Selasa, 8 Februari 2011

SYUKUR




Makna syukur berasal dari bahasa arab yang bermakna berterima kasih di atas nikmat yang Allah berikan.Nikmat yang Allah berikan kepada kita sangat banyak.Sehinggakan jika diperhitungkan satu persatu maka kita tidak akan terbalas niknat yang Allah berikan kepada kita umat manusia.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya"  . (QS IBRAHIM :34)

D i antaranya adalah bersyukur di atas nikmat islam dan iman yang Allah berikan kepada kita.Nikmat islam dan iman adalah nikmat yang paling besar yang Allah berikan kepada kita.Tanpa islam dan iman hidup kita ibarat layang-layang terputus tali,tanpa pedoman  dan tanpa pegangan .Maka kita akan jadi manusia yang hina sehinanya di mata Allah S.W.T. walaupun kita adalah makhluk Allah yang kaya dan teragung diabad ini.
Kita akan dimasukkan ke dalam neraka Allah .Na'uzubillah.Janganlah kita meroskkan islam dan iman kita dengan mensyirikkan Allah S.W.T. sebagaiman firman Allah  yang bermaksud:


Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu Mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, Padahal kamu mengetahui. Ialah segala sesuatu yang disembah di samping menyembah Allah seperti berhala-berhala, dewa-dewa, dan sebagainya.(QS. Al-Baqarah ayat 22)


1.      Nikmat lain yang Allah berikan kepada kita adalah nikmat kesihatan.Tanpa kesihatan yang baik kita tidak akan dapat mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.Dan ingatlah bahawa kita tidak sentiasa sihat . Kita akan sakit bila Allah menghendaki kita sakit. Lalu hargailah kesihatan yang Allah berikan. Abdikan diri kepada Allah sementara badan masih sihat sebagaimana hadis Nabi yang bermaksud:

"Kejarlah 5 perkara sebelum datang 5perkara iaitu hidup sebelum mati,kaya sebelum miskin,sehat sebelum sakit,waktu luang sebelum sibuk,muda sebelum tua".

Selain daripada nikmat yang dua di atas  ingin ummu nyatakan bahawa kita sebagai makhluk Allah juga mesti bersyukur di atas  nikmat ilmu yang ALLAH berikan kerana tanpa ilmu manusia itu hina.Tanpa ilmu kita tidak dapat menyempurnakan solat , tanpa ilmu kita tidak dapat tahu apa fungsi kejadian manusia  dan tanpa ilmu kita tidak tahu yang mana halal dan yang mana haram.Lalu jadilah kita  manusia yang melakukan sesuatu perbuatan itu hanya penat dan lelah sahaja yang kita dapat tapi hasilnya adalah sia-sia.

Lagi tentang nikmat yang  Allah berikan kepada kita manusia adalah nikmat tidur.Tanpa tidur yang lena kita akan jadi tertekan, mengantuk dan penat, lalu kita tidak akan dapat menyempurnakan segala tugas kita sebagai hamba Allah .Cuba anda bayangkan orang yang tidak boleh  melelapkan mata walau sedetik kerana penyakit yang ditanggungnya.Cuba juga anda bayangkan manusia yang tidak mempunyai makanan disebabkan kemiskinan atau sakit yang mereka hadapi sedangkan anda boleh menikmati makanan yang lazat.


Dan ....renungkanlah! betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah menjauhkan kita dari ketulian; penglihatan mata anda yang terhindar daripada kebutaan;dan ingatlah kulit anda yang cantikyang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.Perhatikanlah juga fungsi otak anda !Allah telah memberikankesihatan akal sehingga terhindar daripada kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan segunung emas? 
Apakah anda mahu menggantikan lidah anda dengan istana yang menjulang  tinggi ,namun anda bisu ?
Apakah anda mahu menukarkan tangan  anda dengan kereta volvo tapi tangam anda kudungApakah anda mahu menggantikan nikmat makanan yang anda makan hari ini dengan tidak mempunyai makanan seperti manusia yang miskin di negara-negara yang sedang ditimpa bencana dan rakyatnya kebuluran .Apakah anda mahu menggantikan rumah anda yang selesa dengan tidur di tepi jalan atau dalam kotak kertas seprti rakyat  yang tidak berumah Jadi nikmat manakah  lagi yang anda mahu dustakan seperti firman Allah dalam surah Ar-Rahman yang bermaksud :


Maka nikmat tuhan kalianyang manakah yang layak anda dustakan ?(Ar--Rahman:13)                            .,

PERINGKAT SYUKKUR

1.Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.


Kenapa kita dituntut untuk bersyukur.

Karena setiap orang sangat memerlukan Allah swt dalam setiap gerak kehidupannya. Dari udara untuk bernafas hingga makanan yang ia makan, dari kemampuannya untuk menggunakan tangannya hingga kemampuan berbicara, dari perasaan aman hingga perasaan bahagia, seseorang benar-benar sangat memerlukan apa yang telah diciptakan oleh Allah swt dan apa yang dikaruniakan kepadanya. Akan tetapi kebanyakan orang tidak menyadari kelemahan mereka dan tidak menyadari bahwa mereka sangat memerlukan Allah swt. Mereka menganggap bahwa segala sesuatu terjadi dengan sendirinya atau mereka menganggap bahwa segala sesuatu yang mereka peroleh adalah karena hasil jerih payah mereka sendiri.


Dalam surat Ar-Rahman,Allah swt membicarakan aneka nikmat-Nya dalam kehidupan dunia ini dan kehidupan akhirat kelak.
 Hampir pada setiap dua nikmat yang disebutkan, Al-Quran mengulangi satu pertanyaan dengan redaksi yang sama; maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu ingkari?
Pertanyaan tersebut terulang sebanyak tiga puluh satu kali.
8 yang pertama  nikmat ---------tentang Al-Quran, pengajaran berekspresi, langit, bumi, matahari, lautan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
7 nikmat yang kedua --------siksa neraka di akhirat nanti. Perlu diingat bahwa ancaman adalah bagian pemeliharaan dan pendidikan serta merupakan salah satu nikmat Allah swt.
8 nikmat lagi------------nikmat Allah swt yang diperoleh dalam surga yang pertama.
8 nikmat lagi------- nikmat-nikmat pada surga kedua.
Kesimpulannya-------siapa yang mampu mensyukuri nikmat-nikmat Allah swt yang disebutkan dalam rangkaian delapan pertanyaan pertama maka ia akan selamat dari ketujuh pintu neraka yang disebut dalam ancaman 7 nikmat yang kedua.
Sekaligus dia dapat memilih pintu-pintu mana saja dari kedelapan pintu surga, baik surga pertama maupun surga kedua, baik surga kenikmatan duniawi maupun kenikmatan ukhrawi.

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” Ibrahim:7.





Apa ertinya kita bersyukur:


Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis



Dan syukur segala anggota itu bahawa mengerjakan dengan dia amal yang sholeh;  dijadikan amal itu akan syukur.
Dan bertanya seorang lelaki kepada Aba Hazim r.a.;
Katanya baginya(Aba Hazim);  Mana syukur dua mata?
Maka kata katanya(Aba Hazim);  "Apabila kamu melihat dengan kedua mata akan kebajikan,  maka engkau nyatakan dia;  dan apabila engkau melihat dengan kedua mata itu akan kejahatan,  maka engkau tutup akan dia".


Keterangan Suluk

Keterangan selanjutnya adalah dijuruskan kepada perinciaan bahagian syukur yang ketiga,  iaitu Syukur segala anggota.  Berkenaan ini,  didatangkan jawapan Aba Hazim sebagai memaksudkan makna yang berkaitan dengannya. 

 Nyatakan kebaikan yang dilihat dengan mata ialah memaklumkan dan menyebarkan kebaikan-kebaikan yang dilihat oleh kita.  Umpamanya dilihat bahawa di suatu tempat tertentu,  ada seseorang guru yang ikhlas sedang mengajar dan mendidik manusia ramai supaya kembali ke jalan Allah,  maka hendaklah kita panjangkan kebaikan itu dengan menyebarkan kepada rakan-rakan,  jiran-jiran dan saudara-saudara kita yang lain,  agar mereka dapat sama-sama mengambil kebaikan dan manfaatnya di sana.

Sebaliknya apabila dilihat sesuatu keburukan atau kejahatan saudara-saudara atau jiran-jiran kita,  maka janganlah jadi seperti wartawan bebas yang mewar-warkan kejahatan itu.  Sebaliknya kita duduk diam-diam dan mendoakan agar mereka diberikan petunjuk untuk kembali bertaubat dan merujuk kepada Allah.

Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kata katanya(seorang lelaki);  Mana syukur dua telinga?
Katanya (Aba Hazim);  "Apabila kamu mendengar dengan kedua telinga itu akan kebajikan,  maka engkau dengarkan akan dia,   dan apabila engkau mendengar akan kedua telinga akan kejahatan,  maka engkau tanamkan dia".


Keterangan Suluk

Syukur dua telinga ialah dengan menggunakannya untuk mendengar sesuatu yang bermanfaat dan kebajikan;  seterusnya memanjangkannya kepada saudara-saudara kita yang lain.  Sebaliknya apabila mendengar sesuatu yang keji dan jahat seperti fitnah dan umpatan,  maka hendaklah kita menjauhkan diri dan menyembunyikan apa yang terdengar tadi dari diketahui oleh orang lain.


Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis


Dan kata katanya(seorang lelaki);  Mana syukur pada kedua tangan?
Katanya (Aba Hazim);  "Jangan engkau ambil akan kedua tangan itu akan barang yang tiada bagimu dan jangan engkau tegahkan haq iaitu bagi Allah Taala dalam keduanya".


Keterangan Suluk

Syukur pada kedua tangan ialah memeliharanya daripada mengambil sesuatu yang haram dan bukan dari milik kita.  Termasuknya juga pengertian di sini tidak menggunakan jawatan dan kuasa serta pengaruh yang dimiliki bagi mengambil sesuatu dengan jalan yang salah.  Ini adalah kerana kedua tangan,  mengikut pengertian ahli makrifat adalah lambang kepada kuasa yang ada pada seseorang.  Dengan kerana itu,  hendaklah digunakan keupayaan,  kemampuan,  pengaruh dan kekuasaan yang ada di atas jalan yang hak yakni yang boleh mendekatkan kepada Allah Taala.


Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kata katanya(seorang lelaki);  Mana syukur pada perut?
Maka katanya (Aba Hazim);  "Adalah di bawahnya sabar dan di atasnya Ilmu".



Keterangan Suluk


Di bawahnya sabar yang dimaksudkan ialah menahan diri dan bersabar daripada memasukkan sesuatu yang haram,  manakala di atasnya Ilmu bermaksud menggunakan pertimbangan ilmu syarak dalam menentukan sesuatu yang boleh dan tidak boleh untuk dimakan dan diminum.


Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kata katanya(seorang lelaki);  Mana syukur pada faraj?
Maka katanya (Aba Hazim);  "Seperti firman Allah Taala;  Bermula mereka itu(mu'min) itulah bagi faraj mereka itu dipeliharakan mereka itu melainkan atas segala isteri mereka itu atau yang dimilik(hamba) mereka itu.  Maka bahawasanya tiada kecelaan.



Keterangan Suluk

Syukur pada faraj ialah memeliharanya dari melakukan hubungan seks kecuali kepada isteri yang sah serta hamba sahaya yang dimiliki secara benar.


Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan kata katanya(seorang lelaki);  Mana syukur pada dua kaki?
Maka kata (Aba Hazim);  "Maka jikalau engkau lihat akan seuatu yang memberi kebajikan,  maka engkau kerjakan akan dia atasnya;  dan jikalau engkau lihat akan suatu yang memberi kejahatan,  maka engkau tegahkan keduanya daripada mengerjakan dia.  Dan hendaklah engkau syukur bagi Allah Taala.


Keterangan Suluk

Syukur pada kedua kaki pula ialah dengan menggunakannya untuk pergi ke tempat-tempat majlis ilmu,  majlis zikir,  mencari rezeki yang halal,  menziarahi sanak-saudara,  guru-guru dan sahabat handai,  mereka yang terlantar sakit serta apa sahaja yang dituntut oleh syarak.  Segala tempat maksiat yang dikutuk oleh agama hendaklah dijauhi dan hendaklah dilakukan segala kebaikan yang tersebut di atas semata-mata ikhlas kerana Allah,  bukannya kerana-kerana yang lain.


Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis


Maka adapun orang yang syukur dengan lisannya dan tiada syukur pada segala anggotanya,  maka umpamanya seorang lelaki baginya pakaian diambil pada ..........




RUJUKAN
1.Bahagiam syukur: http://www.angelfire.com
2.Buku jangan bersedih:Dr.'aidh bin 'Abdullah al-Qarni terjemah oleh Noraine Abu












Tiada ulasan:

Catat Ulasan