Anemia ialah penyakit yang melemahkan
tubuh badan.Sama ada disebabkan kekurangan
dalam bilangan sel darah merah atau
hemoglobin(pigmen pembawa oksigen).
Boleh juga disebabkan kekurangan
hemoglobin(pigmen pembawa oksigen).
Boleh juga disebabkan kekurangan
ferum(menjadikan sel darah merah berwarna merah)
dan bahan membentuk darah yang
lain melalui penyakit seperti leukemia
dan talasemia, kehilangan darah yang
berlebihan atau jangkitan.
Semua kekurangan ini akan menyebabkan
sel darah merah tidak dapat membekalkan
oksigen yang mencukupi kepada tisu badan.
Nilai normal Hb (hemoglobin) pada wanita rata-rata 12-14g/dl.
JENIS -JENIS ANEMIA
1) Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12
Vitamin B12 sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf
dan sel darah merah yang normal,penghasilan sel darah
putih dan platelet.
2) Anemia Disebabkan Penyakit Kronik
Anemia terjadi disebabkan penyakit atau jangkitan
kuman terlalu lama.Jangkitan ini mnyebabkan belaku perubahan dalam
sistem pembentukan (heamatopoiesis), seperti
memendekkan jangka hayat sel darah merah,
menurunkan kandungan ferum
dan mengurangkan sumsum tulang.3) Anemia Disebabkan Kekurangan Folat.
Lazimnya disebabkan pengambilan diet yang
kurang paras asid folik.Masalah jenis ini kerap berlaku di kalangan wanita, kanak-kanak
dan juga orang dewasa khususnya mereka yang
tinggal di luar bandar.
Mengikut kajian yang dilakukan, kadar
kejadian kurang darah (anaemia)
di kalangan wanita hamil di kawasan luar bandar
ialah dalam lingkungan 60 peratus.
4)Anemia Hemolisis Imun Cetusan Ubat-Ubatan.
Jenis ini berlaku apabila sesetengah jenis ubat
saling bertindak dengan selaput sel darah merah,
menyebabkan sel darah merah ini menjadi
antigenik (boleh merangsang pembentukan antibodi
atau berupaya bertindak balas dengan antibodi)
5) Anemia Hemolisis
Berlaku apabila sum-sum tulang tidak dapat
menampung pemusnahan awal sel darah merah
dengan meningkatkan penghasilannya.
6) Anemia Hemolisis Disebabkan Kekurangan G-6PD
Kekurangan G-6PD adalah merupakan ganguan
ganguan genetik rantaian resesif-x yang diwarisi.
7) Anemia Aplastik Idiopatik
Berlaku apabila sum-sum tulang gagal untuk
membentuk semua jenis sel darah sempurna.
8) Anemia Hemolisis Imun
Berlaku apabila antibodi dalam badan melawan
sel darah sendiri.
9) Anemia Megaloblastik
Ia merupakan satu bentuk ganguan dalam darah di mana
saiz sel darah merah lebih besar daripada biasa,
bilangan sel darah putih dan plattelet rendah.
10) Anemia Pernisius
Disebabkan faktor dalaman iaitu sejenis bahan yang
diperlukan untuk menyerap vitamin B12 dari saluran
gastrousu (penghadaman).
11) Anemia Aplastik sekunder
Berlaku apabila sel stem cedera dan menyebabkan
pengurangan semua jenis sel darah.
Boleh disebabkan kimoterapi,terapi ubat untuk
menekan sistem imun , terapi radiasi, racun
seperti benzena atau arsenik,
dadah,kehamilan,masalah kongenital,Hepatitis
berjangkit dan Eritematpsus Lupus Sistemik.
12) Anemia Sel Sabit
Ia disebabkan oleh sejenis hemoglobin yang abnormal
iaitu hemoglobin S yang diwarisi sebagai ciri autosomal
resesif yang khusus
Tanda-tanda 4)Anemia Hemolisis Imun Cetusan Ubat-Ubatan.

- Kulit pucat, terutamanya di hujung jari, bibir, sekeliling mata dan lidah.
- Lesu, tidak bermaya dan lemah.
- Sesak nafas selepas melakukan aktiviti.
- Pening.
- Kadar nadi meningkat.
- Rasa tidak dapat berfikir dengan waras
- Kurang berselera
- Tidak dapat tidur
- Rasa tertekan
Mengapa Penyakit Buah Pinggang kronik
menyebakan anemia?
Kebanyakan orang dengan penyakit ini akan menyebakan anemia?
menghadapi masalah anemia kerana badan
mereka tidak dapat mengeluarkan erithropoietin(EPO),
hormon yang membantu sumsum tulang
untuk menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.
Penyelidikan menunjukkan bahawa keadaan pesakit-pesakit
menjadi lebih baik selepas anemia dirawat.
Bagaimana Mengesan Anemia
Menjalankan pemeriksaan tahap hemoglobin(Hgb)
samada ia jatuh bawah tahap normal.Jika demikian
keputusan anda perlu mendapat rawatan anemia.
Bagaimana Anemia Dirawat?
. Rawatan bergantung kepada faktor utama anemia
dan anda mungkin dikehendaki mengambil zat
pelengkap seperti zat besi,vitamin B12 atau asid folik.
. Pemindahan darah mungkin dicadangkan bagi anemia
jenis tertentu.
. Pesakit -pesakit yang menghidap anemia akibat
penyakit buah pinggang kronik mungkin akan disuntik.
ubat seperti alfa epoetin untuk meningkatkan hasilan darah merah.
. Ada juga ubat herba seperti Hb keluaran hpa boleh membantu
meningkatkan kuantiti sel darah merah kerana ada daun bayam
duri didalamnya.Spirulina pun boleh di guna pakai.
Berbincanglah dengan herbalis bagi mendapat ubat yang sesuai.
Apa Yang Berlaku Jika Anemia Tidak Dirawat?
Ia akan memburukkan lagi masalah kesihatan.
Jika anemia semakin serius jantung mungkin perlu bekerja
lebih untuk mengepam darah dan membawa oksigen keseluruh
badan.Ini akan menyebabkan masalah jantung
seperti hipertropi ventrikular kanan atau LVH
Malangnya ramai yang menghidap penyakit buah pinggang
tidak menerima rawatan anemia sehinggalah
buah pinggang mereka gagal berfungsi
dan terpaksa menerima rawatan dislisis.
Dapatkan rawatan segera walaupun anda mempunyai
1 atau 2 tanda anemia.
SUMBER :
PENYAKIT UMUM--SENARIO KESIHATAN GLOBAL
CATATAN INI HANYALAH INFO SEMATA
RAWATAN HENDAKLAH BERSAMA PERAWAT
DICATATOLEH UMMUBALQIS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan