1) MULUT
2) HIDUNG
3) TELINGA
4) MATA
5) KEMALUAN
6) DUBUR
Penyakit yang tidak boleh diubati dengan bekam
"Artikel ini ummu salin daripada buku SEMBUH DENGAN SATU TITK karangan dr.Wadda' A.Umar"
Bekam sangat baik untuk meringankan dan mengubati beberapa penyakit.Ia dapat dipergunakan untuk meningkatkan kesihatan tubuh, atau menigkatkan daya tahan tubuh ( fungsi promotif) sehingga boleh dipakai pada orang -orang yang sihat.Selain itu dapat dipakai pula untuk mencegah agar seseorang yang sihat tidak terserang penyakit (fungsi pencegahan).Pada sebahagian orang sakit boleh meringankan bebanan kesakitan( fungsi paliatif, dan boleh pula menghilangkan penyebab penyakit ( fungsi kuratif).
Namun ada juga penyakit yang tidak boleh diubati dengan bekam. Diantaranya ialah :
1. Penyakit yang disertai perubahan anatomi dan morfologi tubuh seperti kanser dan tumor tapi bekam boleh mengurangkan simptom penyakit itu.
2 . Penyakit yang memerlukan operasi atau penbedahan seprti patah tulang,dislokasi tulang dan sendi, dan ruptur ( lepasnya /terputus ) organ-organ dalam tubuh
3.Penyakit kerana trauma fizik,terkena zat kimia, tersiram air panas, dan luka terbakar
4.Penyakit kerana kecelakaan seperti tenggelam, tersengat binatang , luka-luka robek dan melecet.
Oleh kerana itu , dalam beberapa jenis penyakit ,penulis tidak menganjurkan bekam sebagai pengobatan utama dengan melupakan atau meninggalkan metode pengubatan lain.Penulis juga tidak mencadangkan agar semua penyakit diobati dengan bekam.Sebab ,beberapa pesakit masih memerlukan pengobatn dan tindakan pengubatan yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan