RUKUN HAJI (6 PERKARA) | RUKUN UMRAH (5 PERKARA) |
- Niat ihram mengerjakan haji
- Wukuf di Arafah
- Tawaf di Kaabah
- Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
- Bergunting atau bercukur rambut
- Tertib pada kebanyakan rukunnya
| - Niat ihram mengerjakan umrah
- Tawaf
- Sai'e
- Bergunting atau bercukur
- Tertib
|
RUKUN HAJI DAN UMRAH |
5. Bergunting atau Bercukur Rambut (Tahallul)
Rukun haji yang kelima ialah tahallul iaitu bercukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai, tetapi yang sebaik-baiknya bercukur semuanya sekali bagi lelaki. Bagi wanita pula tidak dihendakki bercukur, cuma menggunting rambut sahaja. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah membenarkan Rasul-Nya (dalam) mimpinya dengan kebenaran (iaitu) demi seseungguhnya kamu akan ke Masjidil Haram insya Allah ( jika dikehendaki Allah) dengan aman sentosa serta bercukur dan menggunting (rambut) kepalamu tanpa takut sedikit pun" (Surah Al- Fath ayat 27)
WAKTU BERCUKUR
Bagi orang yang mengerjakan haji, ialah selepas melontar Jumrah Aqabah atau tawaf rukun. Ini dinamakan tahallul awal. Bagi orang yang tidak membuat tahallul awal dalam mengerjakan haji, ialah selepas sa'ie. Demikian juga waktu bercukur bagi orang yang mengerjakan umrah.
Bagi orang yang membuat haji Ifrad ialah selepas tawaf rukun, jika dia telah mengerjakan sa'ie selepas tawaf qudum dahulu. Dengan bercukur atau bergunting itu maka seseorang itu telah bertahallul dan tamatlah pantang larang semasa berihram baginya.
PERINGATAN
Seseorang itu hendaklah bercukur atau bergunting untuk dirinya dahulu sebelum dia boleh mencukur atau mengguntingkan orang lain.
TAHALLUL HAJI
Tahallul haji terbahagi kepada dua bahagian iaitu: " Tahallul Awal " Tahallul Thani Tahallul Awal (pertama) ialah apabila seseorang itu selesai mengerjakan dua dari tiga perkara berikut:-
i) melontar jumrah Aqabah;
ii) tawaf rukun;
iii) bercukur atau bergunting Tahallul Thani (Kedua) ialah apabila seseorang itu selesai mengerjakan ketiga-tiga perkara yang tersebut di atas. Setelah selesai melakukan tahallul awal (pertama), para haji bolehlah melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam masa ihram, melainkan tiga perkara masih terlarang, iaitu:
1. Berkahwin, mengahwinkan (menjadi wali) dan menerima wakil kahwin,
2. Melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan seperti bercium-ciuman, bercumbu- cumbu dan sebagainya dan,
3. Bersetubuh Sebaliknya apabila telah selesai melakukan tahallul kedua, maka tidak ada lagi pantang larang semasa berihram itu sama sekali.
SUNAT-SUNAT SEMASA BERCUKUR
Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa bercukur atau bergunting rambut itu diantaranya ialah:- 1. Memulakan bercukur di sebelah kanan, kemudian baru yang kiri, 2. Menghadap kiblat (Ka'bah) 3. Bertakbir serta berdoa, 4. Mengandam misai dan memotong kuku, Bagi orang yang berkepala botak, maka sunat melalukan pisau cukur di atas kepalanya, walaupun tiada berambut.
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan