Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]
Perkahwinan adalah merupakan fitrah setiap makhluk Allah yang bernama manusia.Setiap insan memerlukan pasangan seperti firman Allah yang bermaksud :
"Dan di antara tanda membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa ia menciptakan kamu( wahai golongan lelaki) pasangan (isteri) dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.( surah ar-rum : ayat 21)
Dan menurut tafsur Ibnu kathir, yang dimaksudkan pasangan itu adalah Hawa. Allah S.W.T menciptakan Hawa daripada tulang rusuk sebelah kiri Adam yang pendek.Selanjutnya , di antara kesempurnaan kasih sayang Allah S.W.T kepada manusia ialah Allah S.W.T menjadikan mereka itu pasangan dari jenis mereka sendiri.Allah menciptakan setiap mereka perasaan cinta dan kasih sayang.
Berkaitan jodoh, tidaklah semua manusia yang lahir kedunia ini mempunyai jodoh dan berkahwin.Ia adalah rahsia Alllah S.W.T sebagaimana persoalan ajal, rezeki dan sebagainya.
Begitu juga tidak semua yang berkahwin itu pasti mempunyai zuriat. Tetapi secara fitranya ,manusia memerlukan pasangan ,zuriat, harta dan sebagainya.
Sejarah perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan adalah merupakan fitrah setiap makhluk Allah yang bernama manusia.Setiap insan memerlukan pasangan seperti firman Allah yang bermaksud :
"Dan di antara tanda membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa ia menciptakan kamu( wahai golongan lelaki) pasangan (isteri) dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.( surah ar-rum : ayat 21)
Dan menurut tafsur Ibnu kathir, yang dimaksudkan pasangan itu adalah Hawa. Allah S.W.T menciptakan Hawa daripada tulang rusuk sebelah kiri Adam yang pendek.Selanjutnya , di antara kesempurnaan kasih sayang Allah S.W.T kepada manusia ialah Allah S.W.T menjadikan mereka itu pasangan dari jenis mereka sendiri.Allah menciptakan setiap mereka perasaan cinta dan kasih sayang.
Berkaitan jodoh, tidaklah semua manusia yang lahir kedunia ini mempunyai jodoh dan berkahwin.Ia adalah rahsia Alllah S.W.T sebagaimana persoalan ajal, rezeki dan sebagainya.
Begitu juga tidak semua yang berkahwin itu pasti mempunyai zuriat. Tetapi secara fitranya ,manusia memerlukan pasangan ,zuriat, harta dan sebagainya.
Sejarah perkahwinan
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar.
Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.”
Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.

Hukum -hukum perkahwinan dalam Islam
- Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
- Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
- Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
- Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
- Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Rukun nikah
- Pengantin lelaki
- Pengantin perempuan
- Wali
- Dua orang saksi
- Ijab dan kabul (akad nikah)
Syarat bakal suami
- Islam
- Lelaki yang tertentu
- Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
- Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
- Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
Syarat wali
- Islam, bukan kafir dan murtad
- Lelaki dan bukannya perempuan
- Baligh
- Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Tidak fasik
- Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
- Merdeka
- Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Syarat-syarat saksi
- Sekurang-kurangya dua orang
- Islam
- Berakal
- Baligh
- Lelaki
- Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
- Dapat mendengar, melihat dan bercakap
- Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
- Merdeka
Rujukan
wikipedia
berita minggu- Ahad 6/2/2011
wikipedia
berita minggu- Ahad 6/2/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan