Selepas mengenal pasti kedudukan titik akupuntur ,terdapat beberapa cara memicit titik tersebut .
Antaranya ialah:
1. Mengusap
2. Memicit
3. Menekan
4. Menggetar.
1. MENGUSAP
Mengusap bermakna seluruh tapak tangan di gunakan untuk memicit persekitaran titik tersebut. Semasa pengusapan dilakukan, tekanan telapak tangan harus stabil.Urutan secara perlahan di sekitar titik akupuntur adalah penting supaya titik-titik akupuntur yang berdekatan dapat berfugsi . Ini untuk menghilangkan penyakit dengan lebih berkesan lagi.
2. MEMICIT
Memicit digunakan dengan menggunakan telapak jari tangan. Jari ini dipicitkan pada tempat-tempat yang sakit, keras atau bengkak.Pemicitan hendaklah dilakukan dengan perlahan tetapi serata.Pemicitan secara menegak iaitu termasuk menggunakan kuku tidak digalakkan kerana boleh menambah kesakitan
3. MENEKAN
Menekan dilakukan dengan menggunakan satu atau beberapa jari pada titk akupuntur.Jari akan ditekan selama lima saat dengan tahap tekanan antara 3- 5 kilogram.
Menekan hendaklah di lakukan beberapa kali sehingga pesakit berasa lega.Proses menekan ini boleh di lakukan dengan cara samada dengan memusing ataupun memutar-mutar jari.
Menekan boleh dibahagikan kepada dua cara iaitu tekanan secara lembut dan tekanan secara kuat.Tekanan secara lembut akan digunakan pada peringkat awal proses ini.Setelah beberapa kali ,tekanan secara kuat pula digunakan dibahagian yang sakit.Kedua-dua proses ini akan dilakukan secara berterusan.
MENGGETAR
Prose menggetar dilakukan dengan meletakkan telapak tangan atau jari tangan pada titik akupuntur sambil menggetar atau menggoyang-goyangkan tangan.
Corak ini amat digalakkan terutama apabila mendapati kulit pesakit tebal atau keras atau tidak dijumpai titik akupuntur.
Selamt mencuba .Wallahu'allam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan