1.
1. 1. Tidur telentang tidak berbantal dan terdedah kepada
angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu didalam pantang.
2. Tidur dengan bantal tinggi adalah di galakkan ketika ibu
dalam pantang supaya angin tdak naik ke kepala.
3. Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan
udara yang nyaman selama 6 atau 7 jam adalah digalakkan
untuk menjaga ibu-ibu semasa dalam pantang.
4. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik
bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka –luka selepas melahirkan dan menjaga rahim
biar tetap baik.
5. Berbedak atau berparam juga dapat menjaga kesihatan
ibu-ibu selama dalm pantang supaya badan sentiasa
panas dan tidak masuk angin.Lakukan cara ini pagi dan
petang selama sebulan.
6. Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut yang tebal
supaya tidak kesejukan akibat keluar darah yang banyak
semasa bersalin.
7. Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu
semasa dalam pantang , bertungku boleh membuang
angin dan mencairkan darah beku dalam perut .
Bertungku hendaklah dilakukan setiap pagi dan petang
selama sebulan.
8. Minum air pati kunyit selama tiga hari semasa
dalam pantang adalah baik untuk mencuci rahim
dan sekali gus membuang darah kotor dalam perut.
9. Ikan keli adalah ikan mengandung bisa tapi
bergantung kepada badan seseorang ,ummu makan
semasa dalam pantang , Alhamdullilah tak ada apa yang berlaku.
10. Lobak merah baik untuk ibu –ibu dalam pantang .
11. Pucuk pegaga baik di rebus dan dimakan bersama nasi bagi
merawat luka dalaman semasa melahirkan.Makanlah 2 kali sehari.
12. Ubi-ubi seperti keledek , ubi kayu dan kentang , tidak baik
di makan oleh ibu-ibu di dalam pantang. Kerana ubi-ubian
mengandungi banyak angin yang boleh menggangu ibu-ibu
semasa dalam pantang.
13. Buah anggur , bersifat panas, buah ini boleh dimakan oleh
ibu-ibu semasa dalam pantang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan