Selasa, 5 April 2011

FISIOLOGI SEK WANITA (2)





Assallamualaikum, ummu ucapkan kepada sahabat yang melayari blog ummu.Terimakasih kerana masih setia melayari blog ummu.Lama rasanya ummu tidak menulis kerana internet di rumah ummu rosak.Alhandullillah baru hari ini ummu dapat menulis semula ..Lega rasanya kerana ummu dapat meneruskan minat ummu yang satu ini. Ummu mahu menyambung kembali tulisan ummu pada beberapa minggu yang lepas tentang fisiologi sek wanita.

Usia 20 tahun -28 tahun

Pada usia 20 tahun wanita  masuk zaman dewasa, dimana wanita lebih cepat menjadi dewasa daripada seorang lelaki.Jadi ingin ummu nasihatkan kepada para wanita  cubalah ikhtiarkan mencari  calon suami yang lebih berusia daripada anda.Itupun kalau jodohnya begitu tapi kalau tidak begitu terimalah seadanya asalkan sholeh , Kerana lelaki yang sholeh adalah lelaki yang  taat kepada perintah Allah dan orang yang taat kepada perintah Allah maka pertolongan Allah sangat dekat dalam menyelesaikan masalah.

Pada usia  ini mungkin ada wanita yang telah mendirikan rumahtangga.Mungkin juga sudah mempunyai cahayamata.Dan , bagi wanita yang mendirikan rumahtangga, taatlah kepada seorang lelaki yang bergelar suami selagi lelaki itu tidak menyuruh kepada melanggar perintah Allah.Uruskanlah anak mengikut suruhan islam .Bacalah buku bagaimana mengasuh anak secara islam dan ikutlah majlis ilmu yang mengajar tentang cara-cara mendidik anak dengan betul.

Kepada wanita yang masih belajar di IPT, jagalah tingkah laku dan pergaulan supaya tidak terjerumus ke lembah noda.Belajarlah dengan ikhlas dan dapatkan segulung ijazah ,diploma atau sijil untuk dijadikan cagaran bagi mendapatkan pekerjaan, tak kiralah pekerjaan apa pun asalkan halal.Bila sudah tamat belajar ,pasanglah niat untuk berkahwin kerana di usia ini para wanita berada di tahap yang  masih lagi produktif.

Kepada wanita yang masih lagi belum bertemu jodoh  pada usia 28 ini,banyakkan berdoa dan buat sembahyang hajat  supaya mendapat jodoh yang baik.


29- 40 tahun

Sibuk dengan anak-anak dan rumah tangga. Kadang-kadang layanan seks untuk suami tidak dihiraukan.
Sebab mudah, diwaktu suami mengajak untuk melakukan hubungan badan, anak menangis meminta susu ibu.
Ibu terpaksa melayan anak, suami menjadi kesepian.
Bila hal ini berlalu terlampau kerap, si bapa akan keluar rumah ‘mencari sesuatu yang hilang’ dirumah untuk menghiburkan kesepian.Kepada sang suami ummu ingin berpesan carilah kebahagian dengan sesuatu yang halal bukan yang haram.
Nafsu seks perempuan mula menurun sebab sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga. Badan tidak dijaga lagi, suami tidak terurus.
Ini adalah sifat semulajadi – fitrah alam yang harus anda tempuhi.
sayang-sayanglah suami anda, sayang-sayanglah rumah tangga anda.

Untuk membinanya anda memerlukan 15 tahun dan lebih tetapi untuk memusnahkan, memadai hanya 3 patah perkataan ‘aku cerai kamu’ !!
Di sini ingin ummu nasihatkkan kepada para wanita walau sesibuk mana pun anda letakkanlah suami  di tempat teratas selepas Allah dan rasul.Cuba berikan layanan kelas pertama pada suami anda kerana Suami adalah asset kita untuk ke syurga selain daripada taat kepada Allah dan Rasul.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah berkata yang maksudnya: “Wanita mana saja yang meninggal dunia, sementara suami reda dengannya, maka ia pasti masuk syurga.” 

Isteri yang derhaka kepada suami, solatnya tidak akan diterima dan segala kebaikan dilakukannya tidak akan terangkat ke langit, sehingga suami reda dan memaafkannya, seperti diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga jenis orang yang solatnya tidak akan diterima dan tidak pula diangkat kebaikannya ke langit, iaitu hamba sahaya yang lari tuannya sehingga ia kembali, lalu meminta maaf kepadanya. Wanita yang membuatkan suaminya marah sehingga suaminya reda kepadanya serta seorang pemabuk sehingga ia sedar.” 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan