Rabu, 19 Januari 2011

MENGAPA HILANG BAHAGIA DENGAN POLIGAMI -SIRI 2?





 Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha
penyanyang.Sholawat dan salam untuk Nabi Muhammad S..A.W.
yang menunjukkan jalan yang benar.

Beberapa lagi soalan yang berkisar dengan 
poligami semalam tak sempat nak menyambung kerana
suami ummu dah balik dari kerja.Hari ini ummu 
sambung balik cerita pasal persoalan tentang poligami :

1.Seandainya saya jadi suami saya tidak sanggup  hendak 
menduakan isteri.Tetapi kenapa dia sampai hati untuk 
berbuat begitu?
Saudari tidak boleh menyamakan jiwa lelaki dan wanita.
Jauh bezanya hati antara dua makhluk yang berlaianan
jenis ini.Syariat membenarkan poligami kerana lelaki
mempunyai jiwa dan fizikal yang layak untuk itu,untuk
tujuan -tujuan yang besar pulaTetapi wanita tidak 
dijadikan untuk tugas sedemikian.

2. Saya tetap merasakan bahawa setiap wanita
tidak setuju dengan poligami.Kami hilang 
bahagia dengan poligami .
Manusia hilang bahagia bukan kerana poligami.
Berapa ramai orang yang tidak terlibat dengan poligami 
sering kecewa,ramai bunuh diri bukan kerana poligami,
tetapi kerana iman lemah.Sesiapa yang tidak mempunyai 
iman yang kuat,akan hilang bahagia dengan segala bentuk 
ujian.Ujian tidak lulus periksa ,tunang diambil orang,
kematian orang yang dikasihi,suami berkahwin lagi dan lain-lain.

3Saudari menganggap saya tidak beriman?
Bukan begitu,Bukti iman seseorang adalah  dia 
redha dengan takdir yang Allah  tentukan padanya
.Dia tidak keluh kesah . Tedak menderita .Iman membuatkan 
seseorang boleh tenang dalam ujian.Tenang walaupun
suaminya berkahwin lagi.

4. Saudari menyuruh saya melawan fitrah
kewanitaan saya, sedangkan kehendak fitrah adalah
suatu tuntutan yang murni,  yang patut dibenarkan?
Menderita kerana suami berkahwin lagi bukan suatu  
fitrah .
Itu adalah nafsu semata sebab poligami bukan 
mengambil  seluruh keperluan batiniah
wanita( ertinya tidak menafikan keperluan fitrah). 
Ia hanya meminta wanita mengorbankan sebahagian
kenikmatan itu untuk kaum sejenisnya yang juga
memerlukan nikmat itu.

5. Apa faedahnya kita memikirkan sangat tentang 
akhirat?  
Supaya kita dapat  berkoban sebanyak 
mungkin di dunia ini, untuk mendapat sebanyak-banyaknya 
keuntungan di akhirat.Contohnya saudari korbankan
harta benda di jalan Allah agar ia menjadi simpanan
di akhirat,sedangkan wang itu jika tidak dikorban ia
akan habis di dunia sahaja.Begitu juga saudari 
dapat berkorban untuk suami dengan membenarkan  
dia berkahwin demi merebut janji ALLAH diakhirat.
Walhal jika saudari  kontrol dia,dia pasti akan mati juga
dan saudari tidak mendapat apa-apa diakhirat.
Mengapa saudari mesti melepaskan peluang ini?
Begitu juga dengan orang lain, bersusah -susah dalam 
hidupnya demi mendapatkan kemewahan duniawi.
Sekarang cuba saudari  paksa diri untuk menanggung
beban kesusahan duniawi demi untuk mendapatkan syurga
akhirat yang kekal abadi.
Kalau betul saudari beriman dengannya.







Bagi wanita di luar sana yang dah ada kerjaya dan  
mepunyai wang banyak  tapi masih tidak mempunyai  
keluarga maksud ummu masih belum berkahwin
bukalah hati anda untuk berpoligami.Janganlah anda
terlalu berkira-kira kalau-kalau
harta anda jatuh ketangan madu anda.
Tapi carilah calon suami yang beriman dan 
janganlah anda bercinta dulu sebelum berkahwin 
cukuplah anda membuat solat istikharah
bagi mendapat calon suami.Bercinta sebelum kahwin 
bersamanya adalah syaitan yang dilaknat Allah.
Bercinta selepas kahwin adalah sesuatu 
nikmat yang tidak dapt digambarkan.
BAGI wanita yang dah berkahwin bukalah pintu hati anda 
untuk membenarkan suami anda berkahwin lagi bagi merebut 
pahala akhirat dan menolong para wanita yang belum berkahwin
tapi usia dah lewat.Mereka juga memerlukan apa yang anda 
inginkan sebab mereka juga bernama wanita.
Bagi mereka yang dah bermadu khususnya pada 
para wanita , tolonglah suami anda ,janganlah membebankanya
,bertolakansurlah dalam semua hal , jangan terlalu berkira
samada dalam soal giliran , makan minum,duit dan lain-lain lagi .
Bagi isteri yang punya keewangan yang teguh tolong isteri
yang tidak punya keewangan yang  teguh . BUKANKAH
ALLAH MENGGALAKKAN MAKHLUKNYA MENDERMA
BAGI MENDAPAT PAHALA AKIRAT.
Moga - moga anda sekeluarga dimasukkan kedalam jannah Allah .

" Hanya setakat ini dahulu ,semoga pandangan  dan nasihat ini 
dapat membetulkan beberapa kesilapan yang selama ini 
kurang disedari oleh para wanita dan muslimat.
Moga-moga nasihat dan pandangan ini dapat menberi
manfaat kepada anda semuanya dan yang benar itu dari 
Allah SWT dan samalah kita menerimanya dan yang tidak benar 
itu datangnya dari kelemahan saya sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan