APA ITU HAIDH?
Haid menurut bahasa ialah 'ASSAILAA' yang
bermaksud ' mengalir'. Haid menurut syarak pula ialah darah
yang keluar dari hujung rahim perempuan pada ketika sihat
pada waktu tertentu.
Haid menurut para doktor pula adalah suatu keadaan fisiologi
yang tetap dan teratur.
Dalil mengenai haid ini terdapat dalam Al Quran
dengan firman Allah yang bermaksud :
Mereka bertanya kepadamu (Hai Muhammad) tentang haid.
Katakanlah haid itu adalah satu kotoran.
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri
dari wanita di waktu haid, dan janganlah kamu mendekati
mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci,
maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan
Allah kepadamu. (Surah Al Baqarah: 222)
Umur wanita yang datang haid ialah sekitar 9 tahun Qamariah (Hijrah) dan
selewat-lewatnya 16 tahun.
Jika seorang perempuan melihat darah sebelum usia 9 tahun dan lamanya
darah yang keluar itu tidak melebihi dari 15 hari dan masa sucinya
15 hari (umur 8 tahun 11 bulan 15 hari atau lebih) maka darah yang
dilihatnya tadi ialah darah haid.
Berbeza jika darah yang keluar itu dalam jangkamasa sucinya
16 hari atau lebih sedangkan usianya belum mencapai 9 tahun,
(8 tahun 11 bulan 14 hari atau kurang), maka darah yang keluar itu
adalah darah istihadhah (penyakit) bukan darah haid.
Apabila anak gadis kita telah kedatangan haidh maka para ibubapa mestilah
memastikan mereka solat 5 kali sehari.Aurat mereka ditutup tak mau dedah-dedah
lagi.Semua tuntutan dalam islam wajib dilaksanakan dengan baik.
Pada usia ini mereka telah baligh.Ada dosa dan ada pahala.
Semasa kedatangan haid , seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita
dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan
untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita
atau kitaran haid.
Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang
daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio.
Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang
bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui
saluran vagina(faraj)
Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan
sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap
daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali
semasa mengandung dan penyusuan. Permulaan haid banyak bergantung
kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status
nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur
47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh
kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari.
Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap
kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal
dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran
bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.
Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada
umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah
mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang
sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi
wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata
darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml.
Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan
darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.
Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah
di antara 60 hingga 200 ml.
Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang
tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh
tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala,
pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang,
keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan
pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.
Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita.
Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh
wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang
berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan
keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus
mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu
ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan
produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.
Abnormal semasa haid dan cara mengatasi
Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah.
Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah
sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:
1. Dismenorea/sengugut
Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan
dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak
50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang
berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga
dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita
dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian
bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual,
muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku
di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada
primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan
otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu.
Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah
tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim)
atau penyakit inflamasi pelvik.
Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus
mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut.
Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa
dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi
lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius
dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.
2. Menoragia
Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku
pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan
beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan
yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor
jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.
3. Amenorea
Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder).
Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan.
Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid
sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal,
pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer
dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder
biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan,
menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain
ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari,
kelenjar adrenal, ovari dan uterus.
4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid
Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa
jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan.
Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi.
Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat
di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi.
Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari),
wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.
5. Sindrom prahaid
Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks.
Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan
rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau
di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon.
Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten
bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan
keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala
yang sering dialami ialah:
- Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang,
- lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.
- Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan
- Payu dara - ketegangan, bengkak
- Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut,
- kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula
- Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)
- Kurang kencing
- Kulit berjerawat
Produk atau ubat yang berkaitan dengan masalah tersebut di atas
boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli farmasi. Adalah
penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil tanpa memberikan
kesan samping serta mujarab. Namun, ahli farmasi mesti mengenalpasti
gejala yang dialami semasa kitaran haid yang lalu dan bukannya gejala
akibat penyakit yang lebih serius dan memerlukan permerhatian doktor
pakar sakit puan (obstretrik dan ginaekologi).
Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh
penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera.
Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan
segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak
normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat sangat sebelum
dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual,
ketumbuhan pada bahagian payu dara atau dicaj yang tidak normal
daripada bahagian puting payu dara.
Kaedah rawatan
Jenis dan keberkesanan rawatan bagi masalah di atas bergantung kepada
kumpulan gejala atau simtom yang dialami oleh wanita:
.Sakit - kekejangan otot, sakit kepala,sakit payu dara,
sakit belakang dan lesu.
.Pengumpulan cecair - kenaikan berat badan, masalah kulit,
sakit payu dara dan pembengkakan.
.kesan psikologi - sedih, kesepian, keresahan, tidak selesa,
mudah meradang, murung, tertekan.
Ubat-ubat yang ingin dipreskripsi haruslah bergantung kepada
kumpulan gejala di atas serta mengenalpasti tahap gangguan
haid yang telah diterangkan seperti di atas.
Di antara ubat dan kaedah rawatan yang boleh digunakan ialah:
1. Ubat penahan atau menghilangkan rasa sakit
- NSAIDs - ubat anti-inflamasi bukan steroid seperti aspirin, ibuprofen, asid mefenamik - berkesan untuk mengurangkan pendarahan dan kekejangan. Ia patut diambil tujuh atau sepuluh hari sebelum datang haid untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
- Asetaminofen - Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan paras fonadotrofin dan estradiol
- Pil kontraseptif - Ia menghalang penghasilan hormon lelaki dan merencat reseptor estrogen dalam uterus wanita. Ia kerap digunakan untuk mengawalatur tempoh haid termasuk masalah dismenorea, amenorea dan menoragia.
- Progesteron dalam bentuk sintetik - Progestin, contoh, medroksiprogesteron, noretindron, norgestrel,digunakan untuk masalah menoragia dan mengembalikan masalah haid (seperti tempoh haid yang tidak tetap) kepada normal.
Mengurangkan paras hormon estrogen
4. Kaedah tanpa drug seperti cara pemakanan
yang sihat, senaman, teknik mengurangkan tekanan,
kebersihan (penggunaan tuala wanita) dan sokongan sosial.
Bagi sesiapa yang tidak mahu menggunakan ubat moden bolehlah
mengambil ubat tradisional keluaran Herba Penawar Al Wahida( HPA).
Dibawah ini ummu senaraikan ubat nya,
UBAT SENGGUGUT
PARAMARIA-2PAGI:2MALAM
HERBA SENGGUGUT-2PAGI:2PAGI
HERBA TUJU ANGIN-2PAGI:2MALAM
Amenorea Paramaria ikut berat badan,contoh berat badan 40
ambil 2pagi dan 2 malam.Sinergikan dengan Roselle
atau mega 3
Untuk berhentikan pendarahan cuba ambil Kordial Asiatica
dengan HB
Untuk tahan sakit cuba ambil Kapsul IMT
Bekam dan refleksologi boleh juga dilakukan bagi mengurangkan
kesakitan.sindrom pra haid dan memberikan ketenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan