Dengan nama Allah yang maha pengasih dan lagi maha penyayang.
Sholwat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A .W yang menunjukkan jalan kebenaran.
1) Membahagikan tidur malam kepada isteri-isteri sama rata;
Bermula tidur mengikut perkiraan syarak ialah daripada waktu solat maghrib sehingga waktu solat subuh. Pembahagian siang tidak diwajibkan sesama isteri ke atas suami. Siang ialah waktu bekerja, dipersilakan suami untuk ke mana sahaja untuk mencari rezeki.
Jika suami bekerja malam, maka wajib berada di dalam pengetahuan isterinya yang digilirkan jika dia akan terlewat pulang. Ini hak isteri yang diberikan syarak.
2) Kebendaan;
Bukan suatu keadilan jika diberikan wang sama banyak.
Itu tidak diertikan sebagai keadilan.
Keadilan yang sebenar adalah apa yang mencukupi
keperluan isteri-isteri.
Keadilan yang sebenar adalah apa yang mencukupi
keperluan isteri-isteri.
Jika isteri pertama mempunyai anak 2 orang
dan isteri kedua belum mempunyai anak.
dan isteri kedua belum mempunyai anak.
Logik dan adil sekali wang yang diserahkan kepada
isteri pertama lebih banyak. Ini antara masalah yang
terkeliru sebahagian masyarakat.
isteri pertama lebih banyak. Ini antara masalah yang
terkeliru sebahagian masyarakat.
Isteri pertama mempunyai anak lelaki dan adapun
isteri kedua mempunyai anak perempuan. Adakah
dikatakan adil jika kedua-dua anak tersebut diberi
pakaian yang serupa sedangkan berlainan jantina, umur dan minat?!
Mana-mana suami yang melengkapi dua
perkara tersebut, maka telah melaksanakan keadilan.
Kebanyakan para wanita tidak boleh menerima apa yang dikatakan poligami. Ini kerana perkahwinan merupakan satu ikatan terbina daripada perasaan dan poligami serba sedikit menggoncang perasaan ini.
Kesannya menjadikan wanita-wanita yang tidak beriman mempertikai satu hukum yang ditetapkan oleh Allah Taala.
Adapun yang masih subur imannya, akur dengan ketetapan tetapi tidak akan menyokong.
Wahai saudari benteng agama! Agama ini bukan semata-mata
demi meraikan perasaan. Bahkan terdapat perkara yang lebih
besar daripada itu.
Tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi
Tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi
hanya sementara demi hasil yang akan dipungut di akhirat.
Statistik dunia mendapati wanita semakin ramai daripada
Statistik dunia mendapati wanita semakin ramai daripada
lelaki iaitu 2:1. Cuba kita berbicara secara logik.
Jika tidak dibenarkan poligami, siapakah suami kepada baki-baki wanita
Jika tidak dibenarkan poligami, siapakah suami kepada baki-baki wanita
yang daripada jenis kalian juga. Apakah dibiarkan berpelesiran,
berzina, tanpa suami dan zuriat sehingga mati, hidup tanpa lelaki
yang berada di sisi dan dan dan ....
Allah yang melemparkan perasaan cemburu di dalam hati
kalian dan Allah juga yang memberikan ketetapan hukum
berkenaan poligami. Kenapa kita tidak cuba mencari hikmah
yang cuba ditunjukkan oleh Maha Pencipta daripada
menurutkan perasaan yang cuba menyesatkan.
Ucapan ini tidak bermaksud satu sokongan padu kepada poligami
kerana sebagaimana kita perlu menentang golongan yang
menentang poligami begitu juga kita akan menentang golongan
yang ingin berpoligami tetapi tidak mampu adil. Ingin berkahwin
tetapi isteri dan anak-anak tidak mampu di didik dengan didikan
agama yang sempurna. Ingin poligami tetapi tidak lebih
melainkan ikutkan hawa nafsu semata-mata. Golongan sebegini
tidak kita bicarakan di ruangan ini, kerana persoalan berkenaan
keadilan poligami pada wanita serta keperluannya.
Akhirnya, poligami bukannya metode yang mampu diguna pakai
oleh semua lelaki dan juga tidak boleh dihalang semua lelaki
untuk menggunakannya. Firman Allah terlalu jelas berhubung perkara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan