Rabu, 19 Januari 2011

BEKAM 1 -APA ITU BEKAM?

SEGALA PUJI BAGI ALLAH ,ROBB SEMESTA ALAM.SEMOGA

SHOLAWAT DAN SALAM SELALU TERCURAHKAN KEPADA 
NABI MUHAMMAD S.A.W YANG TELAH MEMBIMBING KITA 
KEJALAN YANG BENAR.

Ummu adalah peminat kepada rawatan bekam .Ummu duk buat bekam sejak ummu masuk jadi ahli hpa pada tahun 2009.Di dalam kelas mingguan yang setiap cawangan hpa anjurkan , para herbalis bercerita pasal kebaikan bekam dan keberkesanan bekam.Lalu ummu balik ,ummu cuba satu titik pada titik Al-kaahil terletak disekitar tulang leher belakang nombor 7 (processus spinosus vertebrea cervicalis VII) , antara bahu (acromion) kanan dan kiri ,setinggi  bahu.Kata para herbalis untuk buang toksin.
Alhamdulliah selepas ummu buat 3 kali ,rasa  ringan kepala yang berat.Dan sekarang ummu dah buat berpuluh tititk .Terimakasih sifuku puan Zahirah dan kawan seperjuanganku di cawangan semabok.Terimakasih kerana telah menyedarkan ku tentang  salah satu rawatan sunnah ini.
Semoga anda semua sihat dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat..

Kembali pada tajuk yang tertulis di  atas,iaitu  apa itu bekam?
Bekam mempunyai beberapa istilah seperti :canthuk,canduk,kop dan mambakan.
Di Eropah disebut cupping dan fire bottle.Dalam bahasa mandarin disebut Pa Hou Kuan.
Dalam bahasa arab disebut hijamah dari kata al-hijmu yang beerti pekerjaan,iaitu membekam.
Al-Hajjam beerti ahli bekam.Al-Hjjmu beerti menghisap atau menyedut.Sedangkan Al -Mihjan dan Al-Mihjamah  merupakan alat untuk membekam seperti gelas untuk menampung darah  yang keluar darah yang keluar dari kulit.
Dalam istilah bahasa bekam beerti menghisap.
Dengan demikian ,proses bekam melalui tiga peristiwa:
1. Penghisapan
2.Pensayatan
3. pengeluaran darah

Terdapat beberapa teknik bekam :
1.Teknik menghisap udara dan menarik kulit dengan api seperti 
teknik menyalakan api berasaskan wang logam.
2.Teknik menghisap udara dan menarik kilit tidak dengan api tetapi dengan penhisap udara  seperti  dengan tabung penghisap.
3. Teknik mengeluarkan darah dengan menggunakan teknik moden
4. Teknik bekam tanpa mengeluarkan darah iaitu bekam kering , biasanya dilakukan oleh masyarakat barat .Teknik mengeluarkan darah atau labih dikenali sebagai bekam basah lebih popular di negara Arab.Pemilihan jenis bekam bergantung kepada
tujuan pengubatan itu sendiri.

Sebagai nasihat dari ummu ,sesiapa yang belajar bekam ataupun
profesional dengan bekam agar tidak melupakan cara pengobatan  yang lain .

DAN SAYUGIA DI ANJURKAN
PENGOBATAN BEKAM DILAKUKAN SECARA SINERGI 
DENGAN PENGUBATAN MODEN SELAGI PENGUBATAN
ITU TIDAK MENYALAHI HUKUM SYARAK.
wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan