Ahad, 23 Januari 2011
SEJARAH PERKEMBANGAN BEKAM
Perubatan cara bekam ini sudah dikenali semenjak kerajaan sumeria berdiri,sekitar 4.000 tahun sebelum masehi,lalu berkembang di Babilonia, Mesir, Saba' dan Persia.Sumeri adalah daerah yang masuk wilayah Iraq.Para tabid menggunakan bekam untuk mengubati para raja.
Di Cina bekam berkembang sekitar 2,500 tahun sebelum masehi.Di Cina bekam berkembang berdasarkan titik akupuntur.
Di Mesir bekam berkembamg sejak zaman Firaun, sekitar 2,500 tahun sebelum masehi. Pada masa kekuasaan Firaun Ramses II, kira-kira 1,200 tahun sebelum masehi ,secara tidak sengaja pada masa itu banyak orang-orang yang dilemparkan batu, lalu lebam. Setelah dikeluarkan darahnya ternyata banyak yang sembuh penyakitnya.
Di zaman Nabi S.A.W. bekam sudah banyak dikerjakan para sahabat.Bahkan menjadi sunnah dan kebiasaan mereka.Nabi S.A.W selain memerintahkan umatnya unutk berobat dengan bekam, juga memberikan petunjuk tentang tempat-tempat yang sangat baik untuk dibekam.Walaupun Nabi bukan seorang tabid tetapi semua perbuatanya adalah berdasarkan petunjjuk darai Allah S.W.T.
Beberapa titik yang diajarkan Nabi dan sangat baik untuk pengubatan adalah :
HAMMAH, NAQROH, QOMAHDHUWAH, AKHDZA'AIN, KAHIL, MANKIB, DZIQN, UDZN, TSADYU, QITHON, BATHN, SHODR, MAQ'IDAH, RUKBAH, FAKHDZU, SAQ, RUSGAH, NAKHID, QODAM, ILTIWA', WIRIK dan lain-lain.
Di masa perkembangan Islam sekitar tahu 300 hijrah, di Baghdad, bekam merupakan pengobatan yang paling maju saat itu. Para juru bekamnya pun berbagai dari juru bekam jalanan sehingga mereka yang berpelajaran tinggi seperti di lembaga kedoktoran tinggi Jundi Syahpur harran dan lain-lain.
RUJUKAN:
SEMBUH DENGAN HANYA SATU TITIK,DR.WADDA' A. UMAR
Jemaah Haji Malaysia Menggunakan Vaksin Haram ?

Tahniah kepada semua warga Malaysia yang terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Kelihatan rombongan demi rombongan mula berlepas ke tanah suci Mekah. Namun terdapat satu isu yang ingin saya bangkitkan untuk perhatian semua, khususnya pihak berwajib JAKIM, panel pengkaji JAKIM dan Majlis Fatwa kebangsaan.
Pun begitu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002, telah mengeluarkan fatwa berkenaannya seperti berikut:-
Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah membincangkan Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus. Manakala vaksin pelalian meningococcal Miningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram.
Keterangan/Hujah:
1. Ketika ini hanya terdapat dua jenis vaksin sahaja di pasaran iaitu jenama Mencevax dan jenama Monumune. Vaksin jenama Mencevax adalah dari sumber susu, jantung dan lemak lembu berbanding vaksin jenama Monumune yang sumbernya mengandungi bahan khinzir.
2. Permasalahan keraguan terhadap kandungan vaksin jenama Mencevax hanya melibatkan sumbernya iaitu lembu tersebut sama ada ianya disembelih atau sebaliknya. Sekiranya lembu tersebut tidak disembelih vaksin Mencevax juga mengandungi bahan dari najis.
3. Keharusan menggunakan vaksin jenama Mencevax adalah berasaskan kaedah fiqf "Akhafu al-Dhararin " walaupun sumbernya dari lembu yang belum dapat dipastikan ia disembelih atau pun tidak. Hal ini amat jelas bahawa penggunaan suntikan vaksin jenama Monumune yang mengandungi unsur khinzir tidak boleh digunakan.
4. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa walaupun bahan sumber yang asal daripada benda yang najis dan haram sekalipun namun jika ianya diproses dan berlaku perubahan atau pertukaran 'ain yakni sifatnya maka ia dibolehkan. Hal ini mengharuskan untuk menggunakan vaksin berjenama Monumune walaupun bahan sumbernya terdiri unsur khinzir.
5. Penegasan oleh pihak berkuasa amat diperlukan dan menyatakan bahawa vaksin yang sumbernya dari bahan yang diharamkan adalah tidak dibolehkan dan diharamkan. Secara langsung pihak hospital atau klinik swasta perlu akur dan tiada alasan untuk tidak menyediakan vaksin berjenama Mencevax bagi kegunaan suntikan kepada Jemaah Haji atau Umrah Malaysia.
6. Pemberitahuan kepada masyarakat Islam Malaysia perlulah meliputi kedua-dua jenama vaksin iaitu Monumune dan Mencevax. Bahkan dinyatakan juga vaksin berjenama Monumune yang mengandungi asid amino khinzir adalah diharamkan. Maka hanya vaksin berjenama Mencevax adalah diharuskan kerana tiada mengandungi sumber yang diharamkan oleh syarak.
Jelas dari kenyataan fatwa tersebut, masyarakat Malaysia dibenarkan untuk menggunakan vaksin Mencevax dari keluaran GlaxoSmithKline (GSK). Walau berasal dari haiwan yang tidak disembelih, namun menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaannya dibenarkan kerana atas asas dua asas iaitu :-
- Menurut point nombor 4 fatwa Malaysia di atas, ia dikatakan telah melalui proses istihalah atau transformasi, lalu bahan haiwan yang tidak sembelih itu telah hilang sifatnya kepada sifat yang baru.
- Mungkin disebabkan ketiadaan pilihan atau alternatif lain sewaktu fatwa dikeluarkan. Justeru ia dibenarkan atas asas hajiat dan keterpaksaan.
KAJIAN SEMULA DIPERLUKAN
Jika kedua-dua di atas menjadi sebab keharusan umat Islam untuk disuntik menggunakan vaksin Mencevax, keharusan yang diberi wajar itu dikaji semula khususnya di tahun 2010 ini. Ia berdasarkan dua sebab berikut :-
- Kajian terperinci dan audit telah dilakukan oleh Majlis Ulama Indonesia mendapati produk vaksin mencevax keluaran GSK terdapat unsur babi dilibatkan dalam pembuatannya, bukan sahaja lembu sebagaimana yang disebut dalam fatwa Malaysia. Vaksin MENCEVAX yang digunapakai oleh jemaah Haji dan Umrah Malaysia tersebut telah difatwakan HARAM oleh Majlis Ulama Indonesia pada 16 Julai 2010. (RUJUK FATWA LENGKAP).
- Tiada keterpaksaaan kerana telah terdapat vaksin yang seratus peratus halal dikeluarkan oleh dua syarikat iaitu Novartis dan Tian Yuana. Walaupun produk Tian Yuana tidak terdapat di Malaysia, namun product vaksin halal yang dikeluarkan oleh Novartis terdapat di pasaran Malaysia.
- Novartis disahkan mempunyai vaksin yang diiktiraf status halalnya dari peringkat pertumbuhan sehingga ke akhirnya. Menurut sumber Novartis mereka menyebut : “Melalui penelitian selama 20 tahun, perusahaan farmasi asal Swiss itu mengembangkan vaksin MEN-C/AC,Y, W-135. "Medium pengembangan vaksin yang kami gunakan dari gula kacang kedelai," demikian kata Head of Commercial Operations Novartis Indonesia Hanadi Setiarto di Jakarta, akhir pekan lalu. Vaksin ini merupakan satu-satunya vaksin meningitis yang mendapat sertifikasi halal dari Islamic Services of America (ISA), Arab Saudi, Pakistan, Bangladesh, dan Turki badan sertifikasi yang mendapat pengakuan Majelis Ulama Indonesia (MUI) (rujuk) dan juga pengesahannya di sini
- Vaksin Mencevax keluaran GSK juga telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia sejak dua tahun lalu. Walaupun tidak terdapat kesan dan unsur babi tidak dapat dikesan di hujung proses pembuatannya, pihak Majlis Ulama Indonesia menegaskan, mereka mendapati unsur babi digunakan di peringkat pembenihan di awal proses pembuatan vaksin terbabit. Justeru, vaksin Mencevax terbabit telah tercemar dek kerana memanfaatkan bahagian dari khinzir.
Ketua Komisi Fatwa MUI, Dr KH Anwar Ibrahim mengatakan, “salah satu produsen yang telah diaudit adalah GlaxoSmithKline dari Belgia. Vaksin dari perusahaan tersebut dinyatakan haram kerana memakai unsur babi dalam media pertumbuhannya.”
KESIMPULAN
Majlis Ulama Indoensia terkenal dengan sifat dan kajian professional serta telus. Mereka juga dianggotai oleh sebilangan besar pakar Shari’ah berlatarbelakangkan gabungan kedua-dua aliran pengajian iaitu Universiti dan juga Pesantren. Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh pihak mereka mempunyai relvan dan kekeutaan tersendiri serta perlu diambil serius oleh semua Negara, dan Malaysia khususnya.
Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap ibadah haji dan status kehalalan vaksin yang digunakan oleh setiap jemaah haji Malaysia, saya amat berharap pihak pengkaji JAKIM dan Majlis fatwa Kebangsaan dapat meneliti semula fatwa yang telah dikeluarkan pada tahun 2002, kerana ia mungkin sudah tidak lagi boleh dipakai disebabkan penemuan baru dalam bidang vaksin tersebut.
Kaedah Fiqh menegaskan
لا ينكر تغير الأحكام بتغير الزمان
Ertinya : Tidak dinafikan, kebolehan berubahnya hukum apabila berubahnya zaman (disebabkan uruf, adat dan kajian) (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah, No 39 : Syarah Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Az-Zarqa, hlm 227)
Vaksin alternative yang disahkan halal disemua peringkat pembenihan, penumbuhan dan vaksin siap itu boleh dibuka di sini. Ia bernama Menveo. Sila rujuk lanjut detail vaksin di http://menveo.com/
Sekian
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Rabu, 19 Januari 2011
PENYAKIT 6 -ARTRITIS/RADANG SENDI
PENGENALAN
Apakah arthritis
Artritis adalah bengkakan yang sakit dan kekakuan sendi pada tubuh.Penyakit ini biasa ditemui dan kesakitan biasanya meliputi sendi siku,lutut atau sendi-sendi lain pada anggota badan.
Ia biasanya bermula dengan satu bahagian sendi secara beransur-ansur merebak kebahagian tubuh yang lain.Dalam bentuk yang teruk arthritis boleh menjadi penyakit yang melumpuhkan.Penyebab kepada penyakit ini banyak sekali .
Artritis mungkin kerana kerosakan sendi yang teruk atau kesan jangka panjang sesuatu kecederaan.Artritis boleh juga disebabkan jangkitan bakteria yang merosakkan sendi,juga disebabkan pengumpulan asam urat atau asid urik,penggunaan ubat-ubatan dan lain-lain.
JENIS-JENIS ARTRITIS
Ada banyak jenis arthritis (lebih dari 100 dan terus bertambah). Jenis arthritis yang akan saya kemukakan di sini ialah:
OSTEOARTRITIS
REUMATOID ARTRITIS
SAKIT BELAKANG (SPONDILITIS MENGANKILOSIS,SPONDILOSIS,CAKERA TERGELINCIR)
BURSITIS
BUNION
TRAUMA kecederaan sendi dan lain-lain.
1) OSTEOARTRITIS
Osteoartritis berlaku kerana rawan pada sendi pecah atau rosak dan pertumbuhan tulang akan terbentuk di pinggir sendi tersebut.Penyakit ini sangat lazim berlaku pada orang dewasa.
Penyakit ini tidak mempengaruhi bahagian tubuh yang lain seperti yang berlaku pada rheumatoid artritis .Osteoartritis biasanya berlaku pada sendi yang menanggung berat pada badan seperti sendi paha atau sendi lutut(bagi orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan) dan sendi yang mengalami tegangan yang banyak seperti sendi tangan.
Penyakit ini biasanya tidak bermula sehinggalah usia 50 tahun kecualilah orang yang menggunakan regangan yang banyak seperti olahragawan.Tegangan merosakkan rawan dalam sendi dan tulang akan terdedah.Tulang ini akan menjadi semakin padat dan keras dan tulang yang baru akan tumbuh ditepi sendi.Sendi yang terlibat menjadi tegang dan pergerakan menjadi terbatas.
Kadangkala pergeselan sendi boleh dirasai apabila ia bergerak.Otot di sekeliling sendi menjadi kaku dan semakin lemah.kadangkala sendi tersebut bengkak.Kesakitan biasanya datang dan hilang secara berulang.Kesakitan biasanya semakin teruk selepas sendi digunakan dan dapat dipulihkan dengan berehat.
2) REUMATOID ARTRITIS
Penyakit ini biasanya menyerang seluruh tubuh.Salah satu gejala utamanya adalah sakit sendi.Gejala lainnya adalah susut berat badan,deman,letih,anemia dan sendi kaku pada waktu pagi.
Artritis ini biasanya menyerang sendi tangan dan kaki.Sendi anggota yang lebih besar mungkin dijangkiti apabila semakin teruk.Penyakit ini bermula bila seseorang berusia lebuh kurang 40 tahun dan ia berlanjutan selama beberapa tahun.Pada usia ini arthritis semakin teruk dan kemudian pulih semula.
Terdapat arthritis rheumatoid luar biasa yang menyerang orang muda yang dinamakan penyakit Still.Artritis jenis ini adalah kerana radang pada membran sinovia.Apabila ini berlaku semakin banyak bendalir sinovia dirembeskan kedalam sendi tersebut.Atas sebab yang tidak diketahui,tubuh membentuk antibodi yang bertindak balas dengan membran sinovia.
Beberapa bahagian membran dirosakkan dan menjadi berlubang-lubang.Tisu berparut ini boleh merebak ke bahagian sendi dan menyebabkab Ankilosis atau penyambungan tulang.
Penyakit ini mungkin berlanjutan selama 20 tahun sebelum hilang.Antara orang yang menghidap penyakit ini ,20 peratus mengalami pergerakan yang terganggu,40 peratus mengalami pergerakan yang terhad,30 peratus akan sangat terhad pergerakanya dan 10 peratus akan lumpuh dengan teruknya.
Sinar-x bagi tangan penghidap arthritis yang teruk
3)SAKITBELAKANG(SPONDILOSIS,SPONDILOSIS MENGANKILOSIS,CAKERA TERGELINCIR)
Sakit belakang paling lazim berlaku dan mempunyai beberapa sebab.Ia boleh berlaku akibat arthritis spina atau cakera tergelincir.Selalunya sakit belakang berlaku akibat otot yang tegang,reumatisme,ketegangan saraf atau penyakit pada organ dalaman.Tulang belakang terdiri daripada 25 vertebra.
Vertebra ini bersambung antara satu sama lain oleh dua sendi satah dan cakera antara vertebra bertindak sebagai kusyen antara vertebra.Bahagian inilah yang rosak apabila seseorang mengalami kegelinciran cakera.
Di bahagian atas spina,vertebra leher menyokong tengkorak.Di bahagian bawah spina ialah sacrum yang bersambung dengan pelvis.Artritis boleh berlaku pada sendi antara sacrum dan pelvis.
Artritis boleh juga berlaku selepas kerosakan antara terhadap sendi satah antara vertebra.
a) SPONDILISIS
Spondilisis ialah osteoarthritis sendi satah antara vertebra.Spondilisis melibatkan kerosakan terhadap cakera antara vertebra.Ia paling lazim berlaku di kalangan orang lelaki yang membuat kerja fizikal yang berat seperti pembinaan dan perlombongan.
Ruang sendi menjadi sempit dan menyebabkan kerosakan pada rawan sendi.Ini menyebabkan sakit dan kekejangan otot.Terdapat pertumbuhan tulang tambahan pada bahagian tepi sendi dinamakan ‘LIPPING’.
Pertumbuhan ini boleh merebak ke salur spina dan boleh menyebabkan kerengsaan yang sakit terhadap saraf pada saraf tunjang.
Gambar menunjukkan saraf dicengkam apabila vertebra terbengkok dengan teruk
dan ruang sendi antara vertebra yang sempit apabila berlaku arthritis.
b) SPONDILOSIS MENGANKILOSIS
Penyakit ini dalam beberapa cara serupa dengan arthritis rheumatoid.Spondilosis mengankilosis sering menyerang bahagian belakang,dengan mencantumkan tulang- tulang sendi dalam spina.Simptom penyakit ini termasuklah ketegangan pada bahagian spina yang diserang.
Penyakit ini lazimnya berlanjutan selama beberapa tahun sebelum pesakit pulih.Walaubagaimanapun, dalam kes yang teruk spina kekal bengkok.Ini boleh dielakkan dengan memastikan tubuh berada pada kedudukan yang betul ketika berjalan atau tidur.
Korset dan belat boleh membantu untuk menetapkan spina pada kedudukan lurus.Penyakit ini boleh di rawat dengan jayanya.
c) CAKERA TERGELINCIR
vertebra terdiri daripada cecincin rawan luar yang keras dengan bahagian tengah yang mengandungi jeli yang lembut. Apabila cakera tergelincir, sedikit jeli dipaksa keluar melalui cecincin tersebut ke dalam suatu bahagian membran yang kecil.
Ini boleh berlaku pada mana–mana sendi spina.Cakera itu sendiri runtuh dan menjadi kecil.Beeg tersebut menekan ligeman yang bersebelan atau saraf tunjang dan menyebabkan kesakitan yang teruk.Saraf yang keluar daripada sina boleh juga terhimpit.Jika cakera yang tergelincir tidak pulih dengan cepat,cakera tersebut boleh menyebabkan osteoartritis dengan merangsang sendi tersebut.
4) BURSITIS
Bursa adalah beg membran kecil yang terletak antara dua bahagian tubuh yang bergerak.Ada tiga jenis bursa.Satu jenis terletak antara permukaan yang bergerak untuk mengurangkan geseran.Jenis kedua terletak pada hujung tulang yang tajam untuk bertindak sebagai kusyen pelindung.Jenis ketiga teletak di dalam rongga suatu sendi.Rongga ini mengandungi sedikit bendalir yang bertindak sebagai penyerap hentak dan pelincir.
Bursitis adalah radang sesuatu bursa.Bursitis disebabkan oleh kecederaan seperti siku yang tegang.Jenis bursitis yang paling lazim adalah lutut housemaid.
Jenis bursitis ini disebabkan melutut pada permukaan keras berulang-ulang kali. Melutut merosakkan lapisan bursa dan ini menyabakan lutut bengkak dan sakit. Kadangkala bursa dijangkiti.Jika suatu sendi terlibat,bursitis yang tidak dirawat boleh mnyebabkan arthritis.
5) BUNION
Ibu jsri boleh kekal bengkok ke atas akibat memakai kasut yang ketat.Sendi antara hujung metatarsus yang pertama dan ibu jari itu sendiri menjadi sangat terherot.Bursa terbentuk pada kepala metatarsus.Bahagian kulit yang tebal terbentuk pada bursa untuk membentuk belulang.
Gabungan tulang yang terkeluar, bursa dan kulit yang menjadi tebal itu dikenali sebagai bunion.Artritis biasanya terbentuk dalam sendi yang terherot seperti ini.Terdapat kesakitan,bengkakan dan perubahan warna disebabkan luka.
Kasut yang betul saiznya membantu melegakan gejala tersebut.Jika langkah ini tidak berjaya,bunion perlu dibuang.Jika ini juga tidak berjaya maka sendi baru perlu dibuat.
6) GOUT
Dalam gout terdapat kesakitan,bengkakan dan perubahan warna pada ibu jari yang berlaku berulang-ulang.Kemudian gout merebak ke sendi yang lain dan ini menyebabkan seseorang tidak boleh berjalan.
Hablur asid urik termendap dalam tisu sinovia berhampiran dengan sendi pada hujung ibu jari kaki.Ini boleh menyebabkan kerosakan dalam tulang.Membran sinovia pada sendi mengalami radang dan rawan mungkin rosak.Kesemuanya ini boleh menyebabkan arthritis.Makanan tertentu bolah menyebabkan gout.
Gambar menunjukkan sendi kaki yang menghidap arthritis gout
RAWATAN ARTRITIS
1) Kedoktoran moden
Semua rawatan arthritis yang berkesan bergantung pada diagnosis yang tepat.Diagnosis dan rawatan seharusnya dimulakan secepat mungkin untuk menghadkan kerosakan tulang yang disebabkan oleh penyakit ini.Perubahan yang disebabkan arthritis adalah kekal.
Tetapi tindakan boleh diambil untuk mengurangkan perubahan ini.Gejala penyakit ini juga boleh di kurangkan.Ubat radang boleh diberikan untuk semua bentuk arthritis.
Ubat ini boleh mengurangkan gejala dan memperlahankan penyakit tersebut daripada merebak.
Fisioterapi diberikan untuk membolehkan sendi terus bergerak dan membantu menghalang otot di sekeliling sendi daripada terus rosak.
Senaman dalam kolam yang hangat(hidroterapi) juga membantu kebolehgerakan sendi .
Jika arthritis menjadi semakin teruk,paha dan lutut boleh diganti dengan sendi buatan.
Menyuntik emas digunakan dalam rawatan arthritis reumatiod.Suntikan diberikan setiap beberapa minggu.
Adakalanya bendalir yang berlebihan di buang dengan suntikan.
KESAN SMPINGAN UBAT MODEN
Ubat yang digunakan dalam rawatan arthritis mungkin mempunyai banyak kesan sampingan yang membimbangkan.Ini termasuklah ruam.pening, senak,ulser perut.penyakit hati dan ginjal ,ganguan penglihatan dan luka paru-paru.
Kira-kira 1 dalam 15 orang menderita akibat kesan sampingan.
Sebilangan besar kesan sampingan ini tidak serius dan cepat berhenti apabila ubat tersebut tidak diambil lagi.Tidak semua kesan sampingan berlaku pada setiap pesakit.Terdapat banyak pilihn ubat yang dijual dipasaran tapi berbincanglah dengan doctor sebelum mengambilnya.
Jangan mengmbil ubat sembarangan kerana kesannya akan lebih memburukkan keadaan.
2) KAEDAH BEKAM
Bekam adalah merupakan kaedah yang selamat dan tidak ada kesan sampingan.Bekam yang paling mudah adalah ditempat yang sakit.Namun tidak digalakkan bekam di daerah yang bengkak,kemerahan dan terasa hangat.Untuk daerah tersebut tidak perlu dibekam.Cukup di tuang dengan air ais.Boleh dibekam di sekitar sendi yang bengkak.
3) KAEDAH URUT TAPAK KAKI ATAU REFLEKSOLOGI
Kesakitan di bahagian sendi boleh dikurangkan dengan pengeluaran hormon kortisol di bahagian adrenal.Biasanya warga emas mengambil suplimen kortisol bagi mengurangkan kesakitan akibat dari arthritis.
Masalah dan kesan sampingan akan wujud termasuklah kelenjar adrenal mengurangkan produksinya sendiri.Dengan mengamalkan urutan refleksologi yang teratur,pengamal refleksologi mendapati kesakitan dikurangkan atau pengambilan hormone kortisol boleh diberhentikan oleh pesakit arthritis dengan mengaktifkan kelenjar adrenal.
Biasanya setiap sesi berlangsung lebih kurang 15 atau 20 minit sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.
Ada dua cara untuk mereflek:
CARA 1
1) Diafram(sekat rongga dada atau perut)- mengurangkan ketegangan otot
2) Lengan ,bahu, siku dan pergelangan tangan – memperbaiki sirkulasi dan saraf
3) Peha ,lutut,betis dan buku lali- memudahkan penyembuhan
4) Spinal- mengurangkan rasa risau dan meningkatkan fleksibeliti
5) Serabut sraf perut atau solar plexus- merehatkan penafasan
6) Kelenjar paratiriod- mengimbangkan paras kalsium dan kalium
7) Hati- menapis toksin
8) Buah pinggang- mengurangkan edema(bengkak air)
membebaskan air yang berkumpul di sendi, menolong
pembuangan toksin yang berkumpul di sendi
melalui air kencing
9)Adrenal - mengimbangkan mineral,memperbaiki otot
mengurangkan kesakitan dengan pengeluaran hormone Kortisol.
10) Urut timbal balik di kawasan sakit- melancarkan tenaga di kawasan itu
11) Seluruh kaki-mengurangkan ketegangan yang di sebabkan artritis
CARA 2
1) Ginjal (kiri &kanan),salur kencing(kiri&kanan),pundi kencing(kiri&kanan)
2) Kelenjar adrenal(kiri&kanan)
3) Kelenjar adrenal(kiri& kanan)
4) Kelenjar paratairod( kiri&kanan)
5) Kelenjar getah bening bahagian perut(kiri&kanan)
6) Urut bahagian refleksi sendi yang sejajar(daerah refleksi timbal –balik)
4) UBAT HERBA(HPA)
Ada beberapa kumpulan herba yang kita boleh gunakan .Semuanya bergantung kepada kira bicara bersama herbalis. Di sini saya kemukakan 1 set pengubatan menggunakan herba.
TEH HERBA /ASIATICA-2 UNCANG SEHARI
ARDISIA -2PAGI:2MALAM
MALAC -2 PAGI:2MALAM
DAN
SPIRULINA-2 PAGI:2MALM
MENGKUDU-2 PAGI:2MALAM
KOPI RADIX-2 UNCANG SEHARI
5) Cara pengubatan lain yang boleh digunakan adalah kiropraktik(pembetulan tulang belakang),kaedah homeopati(ahli homeopati percaya bahawa keberkesanan sebarang ubat bertambah baik dengan memberi hanya sedikit dos kepada pesakit) dan akupuntur(untuk menahan sakit).
MENJAGA SENDI ANDA
1) Meluangkan masa bersiar-siar di waktu pagi dalam udara yang segar membolehkan cahaya matahari sampai kekulit anda dan mensntesis vitamin D.Ini penting untuk perkembangan tulang yang betul.
Mengambil suplimen tambahan seperti susu,vitamin ,kalsium(daripada herba tuju angin, kapsul radix hpa,shark certilage hpa dan omega 3 gel.Paramaria plus untuk wanita yanng berusia 40 tahun keatas.
2) Senamanbaik untuk pertumbuhan tulang dan otot.Senaman aerobik sangat baik untuk memperkuatkan tulang .
3) Gunakan kasut yang berpadanan dengan kaki anda kerana kasut yang ketat akan mengherotkan sendi kaki anda.
4) Berhati-hati semasa melakukan perkerjaan harian ,cuba elakkkan kemalangan. Berdoalah dengan ALLAH bagi mengelakkan sebarang bencana keatas diri dan keluarga.Contah doa :
“Ya ALLAH, aku mohon keselamatan agamaku,duniaku,ahliku dan harta bendaku.Tutupilah keaibanku,tenangkanlah kegelisahanku,peliharalah aku dari bencana yang mungkin menimpa aku dari muka dan belakangku, dari kiri kananku dari atasku dan perlindungan dengan kebesaranmu,aku diperdaya dari bawahku.
5) Gunakan posisi yang betul semasa berdiri,duduk dan mengangkat barang.
Diharap info ini berguna kepada muslimin dan muslimat yang sayang dengan anugerah ALLAH yang tidak terhingga ini iaitu tubuh badan manusia itu sendiri.Hargai lah apa yang ALLAH berikan kepada kita dengan menjaganya sesempurna yang mampu.
Doa untuk kesihatan yang baik:
Ya ALLAH, sihatkanlah badanku.Ya ALLAH sihatkanlah /tajamkanlah pendengaranku.Y ALLAH sihatkan/ tajamkanlah penglihatanku.Tiada tuhan selain dia.3 kali
(Riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad no. 701, Abu Daud 5090)
Langgan:
Catatan (Atom)