Era "Facebook-isasi" telah
melumpuhkan semangat ziarah
menziarahi sesame jiran tetangga apatah lagi sanak saudara
dan sahabat handai yang tinggal jauh nun di
seberang.
Kecanggihan telefon pun sudah diatasi dengan
ledakan
fenomena "Facebook-isasi" ini.
Jangan terperanjat, nak cakap dengan roommate yang
Jangan terperanjat, nak cakap dengan roommate yang
biliknya
hanya sekangkang kera pun hanya dengan berFacebook.
Sebab apa?Malas.
Maka dengan itu berjayalah serangan propaganda Yahudi dengan
Maka dengan itu berjayalah serangan propaganda Yahudi dengan
menghancurkan kekuatan ukhwah umat islam. Facebookhanya
menjadi
asbab kehancuran rumahtangga apabila si isteri
mengata suaminya di Facebook.
Si adik bergaduh dengan kakaknya hanya kerana
menekan butang
dislike di gambar kakaknya. Dua hati bercekau
dek salah faham yang
wujud ketika orang luar me"like" dan
mengomen di wallnya.
Dengan "malapetaka" kecerdikan manusia mencipta LRT, rapidKL, bas,
Dengan "malapetaka" kecerdikan manusia mencipta LRT, rapidKL, bas,
kereta api, kereta dan kapal terbang, apa yang
kita mampu
adalah
sekadar menziarahi wall Facebook teman kita.
"Bro! Lama tak jumpa. Ape cite skang?"
Sekali mungkin tidak mengapa. Jika berkali-kali? Jika semua orang
"Bro! Lama tak jumpa. Ape cite skang?"
Sekali mungkin tidak mengapa. Jika berkali-kali? Jika semua orang
begitu? Maka untuk apakah kenderaan diciptakan?
Bertambah seksa lagi,
Facebook telah menyediakan perkhidmatan video
online yang
boleh dilihat di mana-mana sekalipun di
ceruk-ceruk kampung.
Jadi, bila masa nak balik kampung halaman? Mak ayah terkenang
Jadi, bila masa nak balik kampung halaman? Mak ayah terkenang
anak di perantauan menanti sekujur tubuh untuk
dipeluk, dicium, dimesra,
diajak
berbual dan menemani hari-hari tuanya sebelum kubur memanggil.
SUNNAH YANG SEMAKIN DILUPAKAN
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Amalan ziarah
SUNNAH YANG SEMAKIN DILUPAKAN
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Amalan ziarah
sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila
masa bukan hanya sekadar
pada masa sakit sahaja atau Hari Raya. Sabda
Baginda Rasulullah SAW :
Abu Hurairah RA meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Abu Hurairah RA meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Kewajipan
seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu : Menjawab salam, menziarahi
orang sakit, mengiringi
jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan
mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari &Muslim]
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit,seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya : “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan
‘Kharfah’ itu?” Rasulullah SAW bersabda : “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada
bila-bila masa)”. [HR Muslim]
Malah tidak cukup dengan menggiurkan buah-buah di syurga, malaikat juga turut mendoakan untuk kerahmatan yang berpanjangan.
Daripada Ali RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000
malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi.Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang
boleh
dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]
Pemimpin beracuan soleh akan mempamerkan kecirian islam yang sangat "sweet".
Bayangkan
seorang sultan yang berpakaian zuhud turun menziarahi rakyatnya
dengan penuh kasih sayang
dan hanya mengharapkan pandangan Allah
melebihi segalanya.
Itulah kepentingan kuasa. Berdakwah secara
halus
untuk mengembalikan sunnah dan amalan Nabi yang
semakin ditinggalkan kerana dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan