Kehamilan dan kelahiran adalah merupakan satu proses fisiologi untuk memperbanyakkan dan mengembangkan zuriat. dan diterima sebagai suatu pekara yang normal oleh setiap wanita.
Kelahiran juga adalah menukar corak hidup seorang wanita menjadi ibu yang diserahkan beban dan tanggungjawab yang penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan dimana Allah akan menilaikan perjuangan kerohanian seorang ibu itu dalam mempertahankan kesabaran dan keimananya. Kesakitan dan emosi bersalin amatlah pahit untuk dikenangkan sapertimana kata orang tua-tua dahulu iaitu " Saperti Telur Di hujung Tanduk "
Pandangan positif tentang kelahiran
Bagi sesetengah wanita mengandung dan melahirkan merupakan suatu pengalaman yang positif . Pengalaman ini dapat menyakinkan lagi kewanitaan individu berkenaan , meningkatkan pandangan posititf terhadap diri sendiri serta mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara suami dan isteri. Seterusnya hubungan antara ibu dan anak-anak yang baru dilahirkan akan berkembang dan menjadi bertambah erat untuk memenuhi keperluan kedua-dua belah pihak , terutama sekali anak yang memerlukan penjagaan rapi serta kasih sayang daripada ibu dan bapa .
Apakah yang ditakuti oleh wanita yang belum pernah melahirkan?
wanita yang hamil pertama kali mungkin berasa risau dan takut akan proses melahirkan bayi. Dia juga mungkin khuatir tentang keupayaannya menjaga anak yang bakal dilahirkan. Bagi sejumlah kecil wanita , mengandung dan bersalin merupakan punca masaalah dan konflik yang bukan sahaja menyebabkan gangguan emosi semasa hamil malah selepas kelahiran anak.
Pelbagai faktor boleh menimbulkan masaalah ini contohnya
- kandungan itu tidak diingini oleh sebab-sebab sosial,
- kewangan
yang menghambat kehidupan.
- Masaalah
rumahtangga, selain isteri, suami
dan keluarga kedua belah pihak.
- Masaalah perhubungan-komunikasi suami-isteri yang berpanjangan
- Takut
menghadapi kesakitan , pendarahan
dan masuk hospital .
Apa pula yang di takuti oleh wanita-wanita yang telah pernah melahirkan ?
Pengalaman wanita berkenaan dengan kandungan serta kelahiran yang terdahulu terutama sekali jika pengalaman itu amat menyakitkan atau mengancam nyawanya , juga boleh menimbulkan konflik kepada kehamilan kali ini .Semua pekara tersebut harus di bincangkan dengan doktor yang merawat agar dapat menggelakkan masaalah emosi yang mungkin timbul selepas bersalin nanti.
Apakah
penyakit yang
sering dialami oleh
wanita selepas bersalin ?
Kemurungan dan Kemuraman sering dialami oleh wanita -wanita yang telah melahirkan bayi. Ini merupakan gangguan emosi. Di laporkan bahawa 10 hingga 15 peratus wanita mengalaminya dalam tempoh enam minggu selepas bersalin, walaupun sebahagian besar daripada mereka ini akan mengalaminya dalam masa dua minggu pertama selepas bersalin . Bagaimanapun sekiranya tidak dirawat besar kemungkinan gangguan emosi ini akan berpanjangan sehingga enam atau sembilan bulan .
Kemurungan dan Kemuraman sering dialami oleh wanita -wanita yang telah melahirkan bayi. Ini merupakan gangguan emosi. Di laporkan bahawa 10 hingga 15 peratus wanita mengalaminya dalam tempoh enam minggu selepas bersalin, walaupun sebahagian besar daripada mereka ini akan mengalaminya dalam masa dua minggu pertama selepas bersalin . Bagaimanapun sekiranya tidak dirawat besar kemungkinan gangguan emosi ini akan berpanjangan sehingga enam atau sembilan bulan .
Bagaimana
bentuk
penyakit kemurungan
dan kemuraman ?
Ciri utama yang dihadapi ialah :-
Ciri utama yang dihadapi ialah :-
- Perasaan sedih yang agak sederhana teruknya . Wanita berkenaan mungkin mengadu berasa sunyi , lebih mudah menangis , berasa sedih, mudah tersinggung dan terlalu sensitif .
- Cepat marah , dan perasaanya cepat berubah , sedih menjadi riang seterusnya bertukar kepada marah .
- Mereka
merasakan dirinya kurang
berguna
- Hilang minat dalam aktiviti harianya .
- Ada diantara mereka yang diganggu perasaan menyalahkan diri sendiri serta beranggapan bahawa mereka tidak akan menjadi seorang ibu yang baik
- Selain
itu ada pula ibu yang risaukan
kesihatan bayinya , walhal anaknya tidak menghidap sebarang penyakit
- Ada
diantara mereka yang mengalami tidak
suka malah benci terhadap anak dan mungkin enggan mengasuh
atau
menyusui anak itu
- Ada juga yang mungkin terlalu risau akan kesihatan dirinya dan berasa dia ada menghidap penyakit yang belum lagi dapat dikesan oleh doktor.
Apakah faktor -faktor yang boleh menyebabkan kejadian kemuraman dan kemurungan itu ?
Antara faktor yang di kaitkan dengan kejadian itu adalah :-
- Masaalah penyesuaian psikologi yang perlu dilakukan selepas kelahiran bayi.
- Keletihan dan kelesuan fizikal akibat pengalaman bersalin serta penjagaan bayi
- Kekurangan tidur diwaktu malam
- Tekanan kehidupan lain saperti masaalah ditempat kerja
- Masaalah perhubungan keluarga.
- Masaalah
perhubungan suami
isteri
- Umur
yang terlalu muda.
-
Masaalah
kewangan yang
diihadapi lebih membebankan untuk menerima orang baru dalam kehidupan
- Kurang sokongan dan bantuan daripada suami, ibubapa, sanak saudara atau sahabat handai
- Yang terlebih penting adalah hormon yang tidak setabil menyebabkan berlakunya gangguan emosi selepas bersalin .
Kepada para ibu yang melahirkan pasanglah ruqyah semasa anda dalam pantang ,, kerana murung boleh juga disebabkan oleh Syaitan. Syaitan sangat tidak suka kepada bacaan ruqyah.Sekarang teknologi sudah canggih ,,dimana Bacaan Ruqyah boleh di muat turn kedalamtelefon bimbit . Pasanglah 3 kali sehari ,, moga para ibu selamat darigangguan syaitan laknatullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan