Assalamualaikum,,,,
Kepada sesiapa yang belum biasa dengan aktiviti bertanggas ni ,, kak ummu boleh ringkaskan ianya macam kita buat facial muka untuk mehaluskan kulit muka , tapi sekarang kita buat rawatan seperti facial kepada miss-v.Ianya merupakan salah satu cara detoks atau menyahtoksin vagina.Caranya adalah duduk diatas air panas atau bara panas ( yang ada daun herba seperti kunyit,daun sireh , basil, daun sireh dan lain2) dengan berselimut tebal . duduk atas kerusi tau .,, jangan duduk atas bara terus. kan melecet pulak hehehe.
Dicadangkan melakukan aktiviti bertanggas selepas 1 atau 2 hari selepas haid untuk menyah toksin dan merawat ketidakimbangan pada miss-v , bahagian servik dan uterus./rahim . Bertangas juga memberi kesan relaks kepada setengah wanita kerana ianya mampu membuang angin yang berkumpul dalam badan . Diantara kebaikan lain bertanggas adalah :
- Memperbetulkan kitaran haid dan mengurangkan kesakitan sebelum haid
- Membantu memulihkan cysts dalam vagina
- membantu mengurangkan risiko ketidaksuburan pada wanita
- Membantu memulihkan pundi kencing dan jangkitan kulat pada celah kelangkang
- Membantu memulihkan buasir
- Membantu memulihkan rahim yang ada ketumbuhan (fibroid)
- Scarring from childbirth, hysterectomies and laparoscopies
Bagaimana cara bertanggas bekerja.
Bertanggas dalam perubatan cina digunakan untuk mengurangkan pembekuan atau kesejukan dalam badan dan dalam perubatan timur bertanggas digunakan mengembangkan salur darah, meningkatkan pengaliran darah, membekalkan oksigen dan memberikan kerehatan kepada lantai otot pelvik. Kesan bertanggas bergantung kepada herba yang kita gunakan seprti basil( antibaktiria), kunyit ,habbatusauda dan daun sireh (antibaktira ) .
Jangan bertanggas jika anda syak anda mengandung. Bertanggas boleh dilakukan selama 20-40 minit.jangan terlalu lama ,,takut berlaku dehydration ,,boleh demam,, lain jadinya pula.
Pastikan herba yang anda gunakan itu tidak mendatangkan mudarat kepada anda, seperti alahan . Jugapastikan guna herba yang organic selamat dari racun serangga dan jangan gunakan minyak essential (essential oil ) kerana ianya beracun kepada vagina.
Cara bertanggas
Selepas anda mengenal pasti herba yang hendak digunakan, rmasak air lebih kurang 8 cawan dan bila air telah didih .kemudian sejukkan , bila agak-agak suam , barulah masukkan herba . kemudian duduk diatas herba itu dengan kerusi tanggas. Jangan dimasukkan daun sireh atau apa2 daun semasa air mendidih kerana air mendidih mengurangkan kesan khasiat daun . selimut dengan kain selimut atau kain tanggas. Bagi meningkatkan penyerapan herba dan kesan herba, anda boleh urut badan anda dengan tangan
Selamat mencuba dan rasai kesan yang menkjubkan ….
RUjUKAN
1.http://www.medicaldaily.com/should-you-get-v-steam-vaginal-detox-claims-soothe-menstrual-cramps-and-boost-womens-fertility
2.http://www.naturalnews.com/041487_vaginal_steaming_womens_health_traditional_medicine.html
If you’re curious, try v-steaming and see if it provides any physiological benefits for you.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan