
Sabda Rasulullah swt., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya,
minumlah madu.
Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu
di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya
dan sejuta penyakit keluar darinya."
Khasiat Madu Lebah
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
a) membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
a) Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
7. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi
,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut.
Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna
menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti diperakui oleh
para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropikal (Tropikal Forest Honey),
dihasilkan oleh lebah liar dikenali sebagai lebah sialang. Malaysia adalah
antara negara yang bertuah yang mepunyai hutan hujan tropikal yang
tertua dan terkaya di dunia. Sumber flora dan faunanya yang hebat
dengan pelbagai spesis lebah liar yang tidak terdapat di negara lain.
Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi
yang banyak didapati di hutan di semenanjung terutama Pahang,
Kedah, Perak, Kelantan dan Terangganu. Kualiti madu lebah
di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan
madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik.
Ia mengandungi debunga, mineral, banyak jenis vitamin dan
enzim semulajadi dan ia tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah ternak.
Ciri-ciri madu lebah tualang :-
(a) mempunyai agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya
seperti kuprum, zat besi dan magnesium yang tinggi dan jika disimpan
lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi;
(b) Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul
di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut
dan meninggalkan kesan buih di permukaan;
(c) Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit
disebabkan oleh bau pati debunga hutan;
(d) Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan
menyengat bila ditelan;
(e) sesiapa yang biasa meminum madu sendirinya dapat
membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan.
Khasiat madu itu sendiri tersedia maklum oleh semua masyarakat
di dunia sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.
Mengikut Prof H.A. Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin
mendapati madu yang bewarna gelap mengandungi kandungan
zat kuprum, zat besi dan manganese yang lebih tinggi.
Madu juga kaya dengan vitamin dan zat galian penting
membabitkan vitamin A dan B kompleks, C dan E juga zat galian
termasuk kalsium, fosforus, sulfur, karbon, magnesium dan sebagainya.
CARA MENGUJI KETULENAN MADU LEBAH ASLI
1. Ambil mancis api, kemudian bakar madu lebah tersebut.
Madu Asli akan membuat mancis akan terus menyala.
2. Titiskan madu di alas kertas. Madu asli tidak akan tiris.
3. Ambil sesudu madu,kemudian masukkan ke dalam air putih.
Madu Asli lebih tumpat daripada air.
4. Titiskan madu pada kuku. Madu Asli akan memakan
masa untuk menitik.
5. Masukkan madu ke dalam plastik aiskrim dan simpan di dalam freezer.
Madu Asli tidak akan beku atau keras.
(Madu kenyal seperti agar-agar/jeli dan cair selepas 10 minit di keluarkan dari freezer)
6. Ambil 2 sudu besar madu lebah campurkan sebiji kuning telur
Kuning telur akan separuh masak.
Kenapa Madu Tualang agak tinggi dari biasa?
Sebenarnya harga bergantung kepada 3 sebab utama iaitu:
1. KEASLIAN MADU. Kebanyakan madu lain di campur dengan air,
asid benzoik dan sebagainya
2. JENIS MADU. Terdapat beberapa jenis madu lain seperti:
a. madu lebah yang diternak secara komersil (Memang murah
tapi khasiat kurang kerana lebah yang diternak hanya
memakan benda yang disediakan sahaja. Menurut kata pemburu lebah madu tualang,
lebah ini seolah-olah sama dengan ayam daging.
b. madu lebah hutan
PERINGATAN:
1. Bersifat PANAS. Tidak boleh simpan dalam peti ais kerana akan rosak
dan juga tidak boleh disimpan dalam almari bertutup rapat.
2. Pekat dan rasa manis semulajadi
*bukan manis seperti gula merah/gula putih/buah
3. Kebaikan madu ASLI lebah Tualangi.
Tiada expiry date jika disimpan dalam suhu biasa.
ii. Madu yang kami bekalkan TIDAK dicampur bahan pengawet (asid benzoik)
iii.TIADA bahan pewarna dan TIADA bahan perasa tiruan
4. Tidak boleh disimpan dalam botol plastik kerana sifat panas madu.
SILA tukarkan dengan botol kaca sekiranya ingin menyimpan lama.
CARA PENGGUNAAN:
Dewasa : Minum 1 camca teh 2 kali sehari (Pagi/Malam) sebelum makan.
(Untuk mengekalkan khasiat madu tualang,
anda dinasihatkan menggunakan sudu yang diperbuat dari bahan plastik)
Kanak-kanak: Gunakan camca kecil
Minima minum ialah 3 kali sudu teh dalam sebulan.
Apabila di minum satu sudu teh, ia berasa sedikit panas di dalam dada.
Ini bukan kesan sampingan tetapi sebaliknya ia adalah proses
biasa pendetokfikasi atau penyah toksin dalam hati/darah.
Selepas itu ia membantu proses pembinaan metabolisma sel darah.
Juga boleh dibancuh dengan air suam, tambahan dalam
masakan mengikut sesedap rasa seperti masakan
ayam madu dengan aroma dan rasa yang lazat.
Pantang Larang Makan Madu Tualang

lebah tualang membina sarangnya di pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan
MADU lebah tualang memang memiliki kelebihan
banding madu yang dihasilkan
oleh lebah ternak.Antara ciri penting yang begitu sinonim
dengan madu
ialah paras gula atau sukrosa dan kepekatannya.
Menurut pegawai Lembaga PemasaranPertanian
Persekutuan FAMA Daerah Padang Terap
Azmi Ishak kualiti madu boleh diuji di
Pusat Memproses Madu Lebah didaerahnya.
Kepekatan madu bergantung kepada kematangannya
ketika dikutip Madu matang lebih pekat dan berwarna kuning kemerahan.
Madu tualang juga mempunyai kandungan gula di antara
0 5 hingga lima peratus dan air tidak kurang 22 peratus .
Selepas ketulenannya disahkan madu tersebut
akan ditapis untuk tujuan pembersihan dan dimasukkan
ke dalam mesin penyah lembapan untuk proses menyejat
kandungan air sehingga ke paras yang ditetapkan jelas Azmi
MADU TUALANG HAFIZ TIDAK MELALUI PROSES
PENYAH LEMBAPAN .
JADI RASANYA ADA SEDIKIT MASAM .
Menurutnya proses tersebut dilakukanuntuk mengelak madu
menjadi masam dan memudahkan proses pembotolan.
Lantaran paras sukrosa yang rendah Azmi menambah
madu tualang sangat sesuai untuk diambil oleh semua
peringkat umur daripada kanak -kanak hingga warga emas
. Malah pesakit diabetes juga boleh mengambil madu
gromas .
Begitupun ada pantang bila makan madu Jangan makan madu
dalam masa empat jam anda makan ubat .Selain itu hinda
mencampur madu bersama tembikai kerana tindak
balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu
boleh mendatangkan reaksinegatif pada tubuh katanya.
DIPETIK DARIPADA
; http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan