Sekiranya anda mengalami kelahiran normal, kemungkinan besar anda mempunyai luka episiotomi.
Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan tip-tip ini:
Pad Ais.
Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja
mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka
selama 10 minit 3-4 jam sekali.

Semasa kencing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.
Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.
Semasa buang air besar,
tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia
juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.
Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
Elak dari sembelit.
Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan
makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel.
Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan
sekiranya luka anda teruk.
Sitz bath.
Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air
garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.
Senaman Pelvic floor.
Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan
mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda
akan dapat melihat perubahannya.
Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
Jangan percaya pada mitos.
Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau
memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali.
Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan
secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil
dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada
masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga
menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan
menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan