Apakah terdapat penyakit-penyakit lain yang sering berlaku kepada wanita selepas bersalin , juga menakutkan?
1. Bagi ibu yang pertama kali bersalin selalunya menghadapi keadaan radang Payu Dara . Ianya boleh berlaku selepas sepuluh hari melahirkan . Ini disebabkan oleh susu yang terlalu banyak terkumpul dan lambat dikeluarkan sehingga payu dara membengkak kerana si ibu belum pandai menyusukan bayi. Selain daripada itu puting payudara yang merekah dan luka juga boleh menyebabkan keradangan
2. Semasa dalam pantang biasanya ibu kurang membuat pergerakkan fizikal dan banyak tidur . Ini amalan yang kurang sihat dan boleh mengakibatkan thrombosis atau darah beku. Penyakit ini sering berlaku pada awal minggu selepas bersalin . Pesakit akan terasa sakit kepala , bisa-bisa badan yang keterlaluan. Keadaan ini menyebabkan perjalanan darah terutama pada bahagian tekanan saperti bahagian punggung , pinggang dan kaki tersekat-sekat dan perlahan. Ibu akan terasa panas badan ,pergerakan nadi menjadi cepat , perasaan saperti sesak nafas dan sakit saperti dicucuk-cucuk atau kebas pada bahagian kaki dan pinggang ,lebih cepat dibahagian rahim menyebabkan sakit berdenyut dan lelehan yang berbau busuk akan mengalir keluar dari tempat sulit.
3. Selain daripada itu jangkitan pada salur kencing juga mudah terjadi pada waktu nifas atau semasa hamil. jangkitan ini jika tidak dijaga boleh merebak ke bahagian ginjal dan menyebabkan demam
5. Mengikut pendapat orang tua-tua setiap kali bersalin satu urat akan putus. Oleh itu , ibu selepas bersalin atau dalam berpantang akan berasa kurang selesa kerana posisi rahim diketika itu kembang, bengkak, dan terasa berat .
6. Selain daripada itu , urat saraf dibahagian pinggul masih kendur , saluran kencing dan sekitar ari-ari turut bengkak akibat tekanan kepala bayi semasa hendak melahirkan . Luka-luka juga sering berlaku didalam rahim serta dipangkal semasa uri hendak dikeluarkan dan semasa melahirkan . Luka ini disebut " luka menggeleber " Luka yang menggeleber yang kecil biasanya dapat dipulihkan tanpa masaalah tetapi luka yang besar akan menimbulkan rasa tidak selesa dan menggangu kesihatan . Inflamasi yang kronik dan lelehan dari faraj adalah komplikisi biasa akibat luka pada pangkal rahim yang tidak dirawati .Luka ini jika dibiarkan serta tidak mendapat rawatan yang betul boleh menyebabkan penyakit kanser rahim atau kenser pangkal rahim .
7. Demam kelahiran ' ialah demam semasa nifas yang disebabkan oleh infeksi di tisu rahim . Infeksi ini terjadi kerana kuman penyakit saperti streptokokus memasuki tisu di pangkal rahim atau rongga rahim sewaktu hendak melahirkan , keguguran atau pada waktu keguguran . Infeksi ini amat berbahaya kerana ia boleh membawa maut. Infeksi mungkin merebak dari rahim kedalam ovari atau tisu-tisu lain sehingga timbul abses pada selaput peritoneum lalu menyebabkan peritonitis .
8. Lelehan yang berwarna merah akan terus mengalir selagi rahim masih bengkak dan keadaan dalaman yang kurang sihat . Lelehan yang keluar itu banyak sel darah, ketulan darah serta gumpalan dari selaput lendir rahim. Darah nifas biasanya akan beransur kurang selama 14 hari . Selepas itu lelehan menjadi kuning coklat dan seterusnya bertukar warna menjadi putih kekuning-kuningan sehingga tiba ke hari 40 , barulah ia mula mengering.
9. Jika sekiranya masih ada lelehan cairan, ini menandakan rahim masih bengkak dan belum mengecut . Tubuh akan terasa tidak selesa , masih terasa berat dibahagian ari-ari dan tempat sulit, perut sukar dikempiskan , nafas serta badan berbau busuk dan rupa paras tubuh badan kelihatan saperti sedang mengandung . lelehan ini akan berterusan dan menjadi penyakit keputihan selepas pantang . Saluran vagina akan mengembang serta terasa berat . Ini boleh mengganggu hubungan kelamin suami isteri .
10. Sewaktu tidur atau berjalan-jalan , pastikan ibu jari kaki dijaga supaya tidak tersepak , kerana mengikut petua orang tua-tua dulu , mereka bimbang ini boleh menyebabkan bentan (tumpah darah )
11. Semasa melahirkan anak, banyak tenaga telah digunakan yang menyebabkan keletihan . Keletihan ini juga boleh disebabkan oleh darah keluar dengan banyak . Kadang-kadang keletihan ini boleh menggangu kesihatan dan menyebabkan tekanan emosi. Pesanan orang tua-tua , penjagaan ibu bersalin dalam pantang hendaklah dilayan dengan baik kerana mereka dalam keadaan yang lemah dari segi jasmani dan rohani , mudah terkejut , mengalami gangguan emosi yang teruk dan sering tumpah darah apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.
Pada masa dahulu penyakit -penyakit sedemikian boleh menyebabkan kematian. Sekarang ia dapat diselamatkan jika rawatan segera diberikan oleh Pakar Sakit Puan .
Sembelit dan Buasir
Sembelit adalah punca buasir terutama jika seorang meneran ketika membuang air besar .Telah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu dalam pantang bersalin mengalami masaalah sembelit ( sukar membuang air besar ). Sembelit kerap berlaku kepada ibu-ibu yang tidak makan makanan berserat , kurang minum air, dan mengamalkan jamu panas . Diet serta pantang larang secara ini amat membahayakan kesihatan seseorang itu.
Buasir adalah kejadian bonggol-bonggol yang mengandungi vena yang kembang atau timbul diselaput lendir rektum atau pada kudis disekitar dubur. Pesakit akan mengalami pedih bisa serta gatal dan sakit yang berdenyut dibahagian dubur , ada kalanya darah akan keluar bersama najis semasa membuang air besar .Ketika melahirkan semasa meneran dan ketika dalam pantang ibu-ibu akan berasa lemah dan kemungkinan mengalami terkanan darah rendah apabila tumpah darah berlaku setiap kali membuang air besar . Ibu akan kelihatan sugul, pucat dan tidak bermaya dan ini boleh menyebabkan gangguan emosi .
Sembelit juga boleh menyebabkan ketulan najis terhimpun di usus besar dan apabila berlanjutan , sembelit boleh menjejaskan keluaran darah nifas yang teratur.
Kejadian ini boleh menyebabkan angin keracunan atau angin meroyan menyerap kedalam sistem tubuhbadan . Apabila ini berlaku ibu bersalin akan mendapat pelbagai penyakit saperti sakit kepala (migrain ), sakit dan bisa otot dan sendi , kebas-kebas sendi ,bengkak otot dan sendi , gatal dibahagian kemaluan , timbul urat dibetis dan menyebabkan penyakit kuning (jaundice)
Apakah penyakit-penyakit ini hanya terjadi kepada yang bersalin Normal Sahaja ? Bagaimana pula yang bersalin secara Pembedahan ?
Samada bersalin secara normal atau pembedahan seseorang wanita itu pasti akan mengalami masaalah ketegangan emosi yang adakalanya memuncak sehingga boleh mengganggu hari-hari mendatang dalam hidupnya.
Oleh itu orang tua-tua menyuruh berpantang selepas melahirkan supaya kesihatan rohani dan jasmani dapat dikembalikan iaitu bertenaga dan rupa tubuh badan yang asal dapat dinikamati .
Pesanan orang tua-tua juga dengan tegas agar patuh menjalankan pantang larang bersalin kerana pergerakkan yang kasar , mencangkung ketika bekerja , mengadakan hubungan kelamin ketika masih dalam berpantang bersalin , jatuh terhempas punggung boleh menyebabkan peranakan turun (proleps) dan kemungkinan menyebabkan peranakan terkeluar.
Keadaan lebih teruk lagi bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan dimana luka pembedahan mengambil masa untuk sembuh dan sekiranya pekara ini diambil mudah sahaja oleh ibu-ibu yang terlibat ianya akan menimbulkan banyak masaalah kesihatan tubuh badan dimasa mendatang
Sesetengah berpendapat bahawa ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan tidak perlu bersusah payah melalui berpantang bersalin kerana bayi tidak keluar melalui saluran faraj . Ini adalah fahaman yang salah .Bagi setiap wanita proses mengandung dan melahirkan samada melalui pembedahan atau normal , apa yang perlu adalah menjaga kesihatan organ dalaman wantia .
Bagaimana kaedah rawatan ibu-ibu selepas bersalin dilakukan?
Terdapat pelbagai cara rawatan dilakukan mengikut tradisi kaum di Malaysia.
Penyelidikan yang dilaksanakan oleh pasukan saintis di Universiti Sains Malaysia berkaitan amalan pengambilan herba bersalin telah menghasilkan penemuan yang menakjubkan. Pengambilan cekur ketika dalam pantang bersalin dapat menyeimbangkan hormon dan sekali gus mengelakkan masaalah kemurungan atau mother blues.
1. Penjagaan Secara Tradisional Tradisi Melayu
Mengikut amalan secara tradis melayu rawatan yang dilakukan adalah dimana :-
- Menggunakan
bahan-bahan herba saperti
cekur, , halia , kunyit dan lain-lain herba sebagai pemakanan
- Melakukan acara bertuam ,
- Berbarut
atau berbengkung serta
- Berurut
- Bertangas
atau berganggang
salam, apa yang harus dilakukan sekiranya berlaku tumpah darah atau mengalami lelehan darah yang banyak selepas sebulan keguguran? mohon pertolongan..
BalasPadamSalam..saya sudah hari ke 60 bersalin..ada beberapa soalan :
BalasPadam1) adakah memakan jamu boleh menyebabkan masalah sembelit?
2) adakah selepas habis darah nifas keputihan boleh terjadi?
Apakah cara yang terbaik utk mengatasinya?
Terima kasih..
Salam.. Saya pertama kali bersalin normal.hari ini hari ke 23. Tapi rasa tidak selesa dibhgian faraj. Berbau. Adakah itu perkara biasa.
BalasPadamBanyak info baru walaupun sedang berpantang anak ketiga. Alhamdulillah luka dah sembuh dalam 2 minggu, rahim sudah kecut dan dalam proses kempiskan perut semula��
BalasPadam