Apakah perlu ?
Apakah kebahagian akan tercapai?
Apakah akan terjadi sekiranya mengambil ringan akan rawatan selepas bersalin ?
Sembilan bulan sepuluh hari menunggu kelahiran , seorang ibu akan mengalami
perubahan berlaku pada diri jasmani ( tubuhbadan ) dan rohani (jiwa) serta anggota dalaman termasuk juga kadang kalanya menghadapi masaalah yang lebih berat dimana ketegangan emosi yang adakalanya memuncak sehingga boleh menggangu kehidupan harian , terkemudian daripada itu terbiar tanpa sebarang penjagaan yang rapi.
Apakah itu tidak cukup untuk membayangkan akan kesan dan akibat selepasnya ?
Cuba fikirkan sekiranya kesihatan dianggap pekara penting oleh pihak wanita ,
-
Mempunyai
tubuh badan
yang sihat akan menjadikan wanita itu lebih cergas dan boleh
menjalankan kehidupan seharianya dengan lebih bertenaga.
-
Dengan
kesihatan yang
mengembirakan , segala tugas-tugas saperti menjaga anak
-anak,
rumahtangga dan keluar bekerja bukanlah suatu pekara yang membebankan
dan mejadikan tekanan buat wanita itu.
- Wanita
adalah tulang belakang
sesebuah keluarga maka dengan itu mempunyai
kesihatan yang
baik boleh menjadikan kehidupan ini lebih bermakna .
- Wanita yang mempunyai tubuh badan yang sihat dapat membantu keharmonian rumah tangga .
-
Kaum
wanita hendaklah
mengetahui bahawa sebagai isteri , pintu rahim dan rahim adalah asas
kebahagian seorang perempuan sebagai isteri . walau bagaimana rapat
sekalipun saluran faraj , jikalau bahagian rahim menghidap penyakit
puan maka lemahlah saluran faraj
-
Apabila
uzur dibahagian wujud
anggota seorang perempuan maka proses "penuaan"
berlaku
lebih cepat.
Kesimpulanya
Adalah amat penting bagi wanita menjaga diri selepas bersalin dan jika diabaikan , kesannya mungkin tidak berlaku serta merta . Namun apabila melalui kelahiran yang banyak , usia pula meningkat ,dan tenaga semakin menurun banyak masaalah kesihatan akan berlaku,
dan
Akibat pengabaian tentang penjagaan diri semasa dalam pantang , ibu-ibu moden seringkali mendapat penyakit bisa tulang , terasa badan berbisa , kebas kaki dan tangan , bengkak otot dan sendi., sakit pinggang dan sakit di ari-ari. masalah rahim tersangkut (prolapse ), hakisan mulut rahim , keluaran cecair , ketumbuhan dipintu rahim , longgar saluran rahim, tidak ada daya kemutan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan