Selasa, 20 Mac 2012

Khasit dan fadhilat nama-nama Allah- Al-Malik



AL-MALIK adalah nama Allah yang keempat yang bererti "Raja" .Allah adalah sebenar-sebenar  Raja yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh angkasa raya dan berkuasa ke atas  ciptaan-Nya itu.Walaupun di atas dunia ini ramai manusia yang bergelar raja sehinggakan dadah pun mempunyai raja iaitu raja dadah , namun tidak ada raja yang berkuasa dari bumi hingga tujuh petala langit,kecuali allah s.w.t .Justeru itu padanlah bagi Allah menggelarkan diri-Nya  sebagai "AL-MALIK"  yang bererti 'Raja".

Khasiat dan fadhilatnya

Sekiranya seseorang hendak menjadikan wirid Asma al-Husna  yang bernama  "Al-Malik" itu ,hendaklah dirangkaikan  dengan Al-Quddus iaitu ' Al-Malikul Quddus', ataupun dengan menyebut : 'Ya  Malik Ya Quddus.Apabila ia diwiridkan sebagai suatu wirid yang sentiasa diamalkan, maka bagi orang yang mempunyai kedudukan atau pangkat serta darjat, maka dengan berkat wirid " Al-Malikul Quddus" atau 
" Ya Malik Ya Quddus " itu nescaya Allah s.w.t akan megekalkan pangkat dan kedudukan orang itu.

Begitu juga sekiranyan  seseorang  berhajat kepada sesuatu kedudukan atau pangkat yang membawa kebaikan  diri dan kepada orang lain, nescaya Allah Taala akan mengangkatnya kepada kedudukan yang dihajatinya itu dengan keberkatan amal wirid " Al-Malikul Quddus" atau "Ya Malik Ya Quddus.

Wallahhu'allam


DIPETIK DARI BUKU
 " INDAHNYA NAMAMU,KHASIAT DAN FADHILAT ASMA AL-HUSNA"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan