Asma al_Husna yang kelima adalah" Al-Quddus " iaitu " Yang Maha Suci" yang membawa maksud ; suci atau bebas dari sebarang kecacatan..Tuhan yang bernama " Al -Quddus ' iaitu Tuhan yang disembah dan dipuja adalah Zat yang suci dan bersih dari sebarang anasir yang tidak baik dan sebarang cacat dan cela.
Khasiat dan Fadhilatnya
Apabila seseorang berwirid dengan menyebut " Al Quddus " serta digabungkan dengan "As-Shubbuh" iaiu dengan sebutan "Al-Quddusus Shubbuh", ia dibaca selepas dari tergelincir matahari. Maka Allah Taala akan memberikan Khasiat kepada mereka yang membacanya itu, hati atau sanubari yang bersih dari segala sifat-sifat yang keji seperti penakut,pemalas ,kedekut,sombong ,dengki ,khianat dan seumpamanya,.
Demikian juga apabila doa itu dibaca selepas solat Jumaat sebelum dari menikmati hidangan tengah hari ,maka doa " "Al--Quddus Shubbuh" atau "Ya Quddus Ya Shubbuh" itu di samping doa-doa lain ,InsyaAllah Tuhan akan mensucikan hatinya.
Wallahu'allam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan