Khamis, 23 Februari 2012
KHASIAT DAN FADHILAT NAMA -NAMA ALLAH
AR-RAHMAN AR-RAHIM
Apabila seseoarang menyebut seberapa banyak Ar-Rahman Ar-Rahim ataupun "Ya Rahman Ya Rahim" terutamanya selepas setiap fardhu,maka Allah Taala akan mengurniakan kepada orang itu rahmat : tidak lupa dan tidak lalai.Alangkah besarnya rahmat itu kepada manusia apabila Allah Taala membuang sifat "lupa" dan" lalai" dari hati mereka,sedangkan lalai dan lupa merupakan sifat yang sentiasa ada pada diri manusia seperti yang pernah diakui oleh Rasulullah s.a.w .Inilah berkat dari nama Ar-Rahman Ar Rahim
seterusnya jika seseorang beramal membaca Ar Rahim atau Ya Rahim seratus kali sekurang-kurangnya 'nescaya Allah Taala akan menjadikan mereka orang yang sentiasa disayangi oleh manusia. Allah Taala akan buka pintu hati manusia menyebabkanmereka akan merasa simpati dan kasihan belas terhadap orang yang berwirid menyebut " YaRahim itu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan