KULIT BAYI YANG COMEL
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).
Penyakit ini biasanya ada kaitan dengan masaalah resdung.Biasanya resdung melibatkan selsema yang berpanjangan,gatal mata dan hidung jikalau kita makan makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti udang ,sotang dan lain-lain.
Tetapi bila imuniti badan kita bertambah kuat ,kita tidak akan menghidapi masalah resdung tapi ekzema.
Biasanya kalau kita pergi jumpa doktor,doktor akan bagi kita berdasarkan sympton yang kita
hadapi.Kalau kita selsema ,ubat yang diberi adalah ubat selsema.
Kalau kita gatal-gatal seperti dibawah ,doktor akan beri ubat gatal.
Dalam perawatan herbal, ubat untuk semua masalah di atas tak kiralah selsema atau gatal-gatal
ubatnya yang boleh diguna pakai ialah Habbatussauda sofgel halalgel,vco halalgel,madu cosscinium
hpa,kapsul roselle dan sabun clay .Bolehlah di ambil salah satu atau dua produk sekali gus.
Ambil ikut berat badan adalah lebih baik.
SELAMAT MENCUBA .INSYAALLAH PENYAKIT ANDA AKAN MEREDA.
WALLAHUA'LAM
EKZEMA YANG BERLAKU DI TANGAN
ALAHAN YANG BERLAKU DI PELIBAT SIKU
ALAHAN DI BAHAGIAN KAKI
SELAMAT MENCUBA .INSYAALLAH PENYAKIT ANDA AKAN MEREDA.
WALLAHUA'LAM
@armouris terima kasih...diatas info anda
BalasPadam