BALUT MACAM NI YE,KALAU TAK ADA
BANDAGE, PAKAI KAIN PUN BOLEH
APA-APA KAINLAH ASALKAN BERSIH
- Jangan Urut di tempat luka yang terbuka. Mulakan rawatan hanya setelah luka mulai sembuh (mungkin seminggu atau lebih, bergantung pada ringan atau teruknya luka itu). Urutan dilakukan perlahan-lahan dan lembut di sekeliling luka secara tidak langsung sehingga lukanya sembuh sepenuhnya, mungkin mengambil masa beberapa bulan.
- Jauhi mengurut patah tulang. Urutan hanya di mulai setelah besi atau alat sokongnya di keluarkan.
- Jangan diurut jika terdapat pembengkakan, kemerahan yang berbahang dan kekejangan dengan kesakitan yang teramat. Kesakitan yang begitu biasanya ada hubung-kait dengan penyakit seperti Reumatik lenguh sendi dan bisa-bisa sendi (gout). Semua keadaan ini akan berakhir kepada pembengkakan di bahagian bahu, siku dan sendi-sendi.
- Jangan diurut jika terdapat pembengkakan pada urat-urat (darah beku). Perawatan boleh menyebabkan darah beku tersebar dan boleh membahayakan. Jika ini berlaku minta nasihat perubatan (doctor).
- Jangan mengurut semasa jangkitan. Kejangkitan boleh tersebar kepada daerah anggota yang lain dan juga kepada pengurut. Penyakit berjangkit termasuk cacar, kurap, kegatalan, pelbagai penyakit kulit yang berat dan juga kurap kaki.
- Jangan di urut pada benjul dan pembengkakan yang tidak di ketahui puncanya. Jika perawatan dilakukan keatas ketumbuhan amat berbahaya, di takuti boleh menyebabkan merebaknya penyakit itu.
- Jangan mengurut sekurang-kurangnya selama 48 jam selepas berlakunya kecederaan.
BABY YANG SIHAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan