Khamis, 28 Oktober 2010

INFO PENYAKIT-KENCING MANIS/DIABETES

Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus(air kencing yang manis seperti madu) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (kandungan glukosa dalam darah yang sangat tinggi), terutamanya selepas pengambilan makanan oleh penghidapnya.

Dua pengutus kimia utama yang dinamai hormon bertindak untuk mengekalkan jumlah glukosa dalam tubuh pada aras yang normal.Hormon itu adalah insulin dan glukagon.Insulin mengurangkan jumlah glukosa dalam darah,manakala glukagon pula meningkatkan.Kedua-duanya memainkan peranan yang sangat penting.Jika seseorang individu mempunyai terlalu sedikit insulin,jumlah glukosa dalam darah meningkat dan diabetes akan berlaku.
Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. 

Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. 
Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
 1. Diabetes jenis pertama 
     Dikenali juga sebagai diiabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja atau berusia kurang 40 tahun.Diabetes jenis pertama dicirikan dengan 
     kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
    Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula
    mendapat simtom penyakit semasa  kanak-kanak 
    atau remaja.

Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin 
    oleh badan. Pesakit memerlukan suntikan insulin
    setiap hari untuk pengawalan tahap glukosa darah.
    Mereka akan maut sekiranya mereka  tidak mendapat 
    suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat.
    Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga
    lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga 
    dari glukos.
    Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan
    bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan
    keadaan hiperglisemia (hyperglycemia).
    Ketones merupakan molekul asid yang mampu 
    menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel 
    badan gagal berfungsi. 
    Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan
    pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui 
    maut sekiranya tidak dirawat.
 
     Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem 
     imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar 
     pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan
     hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman .
     Kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa 
     suntikan insulin setiap hari,atau menggunakan pam 
      insulin, untuk terus hidup.
     5% hingga  10% pengidap diabetes merupakan dari 
     jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko 
     mengidap kencing manis jenis I adalah serangan
     sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, 
     dan alam  sekeliling.
 
     Diabetes bersandar insulin lebih kerap 
    dikesan di masyarakat Barat. Ini  mungkin disebabkan
    oleh genetik dan kesedaran yang lebih luas   
    dikalangan masyarakat barat.
 
    Lambat  mendapatkan rawatan bagi diabetes
    bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu 
    sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan
    dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak 
    berpeluang untuk dirawat. 
 
     Bagaimanapun peningkatan kes diabetes 
    dikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya 
    disebabkan oleh peningkatan kesedaran 
    mengenai penyakit diabetes dikalangan umum.
    Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan 
    rawatan di hospital.
 
    Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik 
    sebelum makan dan  kadang-kala insulin tambahan
    perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. 
    Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras 
    gula anak  mereka untuk perhatian dan tindakan susulan 
    daripada doktor dan pakar  pemakanan. 
 
     Paras gula yang direkodkan itu amat penting 
    untuk membolehkan doktor  mengubah suai 
    pemakanan kanak-kanak terbabit  dan mengubah dos insulin.
    Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras 
    gula dalam darah  boleh meninggalkan kesan buruk 
     dan pelbagai gejala 
    kepada pesakit diabetes.
 
    Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin
   diambil atau disuntik, keadaan sebaliknya mungkin
   berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai  hipoglisemia
   disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan  
   boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan
   makanan atau  minuman yang bergula.
 
  Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah: 
 
    • Cemas.
    • Berdebar-debar.
    • Berpeluh.
    • Menggeletar.
    • Terasa lapar.
    • Terkeliru.
    • Penglihatan kabur.
    • Pening lalat.
    • Tidak sedarkan diri.

   Oleh itu kesemua penghidap diabetes harus 
   membawa gula beberapa  ketul gula jika berlaku 
   kecemasan.


2. Diabetes bebas insulin - jenis kedua. (Type II diabetes)
    Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali 
    sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 
    90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis 
    mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua).
 
    Pankreas membuat insulin, tapi insulin tersebut
    tidak cukup untuk berfungsi dengan semua 
    glukos dalam darah.  

    Diabetes bebas  insulin (jenis kedua) biasanya
    berlaku seiring dengan faktor usia lanjut,gemuk, 
    terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa 
   (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas  
    insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat
    dikalangan kanak-kana dan golongan remaja di Malaysia.
    
    Gejala selalunya tidak seteruk diabetes
    bersandarkan insulin.

3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
    Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan 
    glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita
    ketika mengandung.
    Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan    
    orangAmerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin dan
    Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati  
    dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari 
     keturunan pengida  diabetes.
 
    Diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk
    menurunkan paras  gula dalam darah agar tidak
    memberi kesan kepada kandungan. Selepas 
    mengandung kebanyakan wanita 90% hingga 95%
    kembali sembuh.
 
    Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil
    mempunyai risiko 20%  hingga 50% mengidap 
    diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.  
    Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko
   bayi mempunyai paras bilirubin yang
    tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.
 
4. Diabetes bentuk lain 
    Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor
    genetik (peringkat  permulaan dewasa),
    pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, 
    jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain
    membentuk 1% hingga 5% daripada semua 
    penyakit kencing manis yang dikenal pasti.

Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-
  1. Sering dahaga dan sering perlu minum air.
  2. Sering ketandas.
  3. Terasa badan lemah.
  4. Berat badan turun dengan cepat.
  5. Penglihatan semakin kabur.
  6. Terasa pening kepala.

Kadang-kala pengidap kencing manis tidak 
menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan 
pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan 
mengesan kencing manis pada peringkat awal. 
Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu 
menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis 
 secara berkala.


Masalah sekiranya Kencing Manis tidak dikawal.
Sekiranya penyakit kencing manis tidak dikawal dalam tempoh yang berlanjutan pengidap kencing manis akan sentiasa mempunyai kadar gula yang tinggi didalam darahnya. Kadar gula tinggi yang berterusan akan mendatangkan banyak perubahan pada bahagian saluran darah dan juga urat(nerve). 
  


  • Hujung kaki tangan menjadi sebal, hilang deria sentuh, disebabkan oleh kerosakan urat/nerve.
  • Gatal-gatal badan yang disebabkan kerosakan urat/nerve.
  • Kurang daya syahwat bagi kaum lelaki yang disebabkan kerosakan urat/nerve dan saluran darah.
  • Sering kencing malam disebabkan buah pinggang gagal mengitar air seperti biasa. Ini mengakibatkan pundi kencing penuh dengan lebih cepat.
  • Kegagalan fungsi buah pinggang. Ini disebabkan oleh kerosakan saluran darah dan ginjal disebabkan kandungan gula yang tinggi terlalu lama.
  • Sakit jantung disebabkan kerosakan saluran darah.
  • Serangan angin akhmar disebabkan kerosakan saluran darah.
  • Buta disebabkan kerosakan mata. Kanta mata menjadi kurang kenyal disebabkan kandungan gula yang tinggi.
Bagaimanapun sekiranya pengidap kencing manis mengambil langkah yang sewajarnya, kadar gula dalam darah boleh dikawal dan pengidap kencing manis dapat hidup seperti orang lain. Makanan yang seimbang perlu dikawal seumur hidup disebabkan penyakit kencing manis masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.


Dicatat oleh ummubalqis



Tiada ulasan:

Catat Ulasan