Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus(air kencing yang manis seperti madu) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (kandungan glukosa dalam darah yang sangat tinggi), terutamanya selepas pengambilan makanan oleh penghidapnya.
Dua pengutus kimia utama yang dinamai hormon bertindak untuk mengekalkan jumlah glukosa dalam tubuh pada aras yang normal.Hormon itu adalah insulin dan glukagon.Insulin mengurangkan jumlah glukosa dalam darah,manakala glukagon pula meningkatkan.Kedua-duanya memainkan peranan yang sangat penting.Jika seseorang individu mempunyai terlalu sedikit insulin,jumlah glukosa dalam darah meningkat dan diabetes akan berlaku.
Dua pengutus kimia utama yang dinamai hormon bertindak untuk mengekalkan jumlah glukosa dalam tubuh pada aras yang normal.Hormon itu adalah insulin dan glukagon.Insulin mengurangkan jumlah glukosa dalam darah,manakala glukagon pula meningkatkan.Kedua-duanya memainkan peranan yang sangat penting.Jika seseorang individu mempunyai terlalu sedikit insulin,jumlah glukosa dalam darah meningkat dan diabetes akan berlaku.
Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin.
Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas.
Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.
Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas.
Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
1. Diabetes jenis pertama
Dikenali juga sebagai diiabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja atau berusia kurang 40 tahun.Diabetes jenis pertama dicirikan dengan
kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula
mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak
atau remaja.
Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin
Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin
oleh badan. Pesakit memerlukan suntikan insulin
setiap hari untuk pengawalan tahap glukosa darah.
Mereka akan maut sekiranya mereka tidak mendapat
suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat.
Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga
lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga
dari glukos.
Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan
bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan
keadaan hiperglisemia (hyperglycemia).
Ketones merupakan molekul asid yang mampu
menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel
badan gagal berfungsi.
Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan
pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui
maut sekiranya tidak dirawat.
Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem
imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar
pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan
hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman .
Kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa
suntikan insulin setiap hari,atau menggunakan pam
insulin, untuk terus hidup.
5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari
jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko
mengidap kencing manis jenis I adalah serangan
sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik,
dan alam sekeliling.
Diabetes bersandar insulin lebih kerap
dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan
oleh genetik dan kesedaran yang lebih luas
dikalangan masyarakat barat.
Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes
bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu
sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan
dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak
berpeluang untuk dirawat.
Bagaimanapun peningkatan kes diabetes
dikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya
disebabkan oleh peningkatan kesedaran
mengenai penyakit diabetes dikalangan umum.
Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan
rawatan di hospital.
Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik
sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan
perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur.
Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras
gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan
daripada doktor dan pakar pemakanan.
Paras gula yang direkodkan itu amat penting
untuk membolehkan doktor mengubah suai
pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin.
Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras
gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk
dan pelbagai gejala
kepada pesakit diabetes.
Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin
diambil atau disuntik, keadaan sebaliknya mungkin
berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia
disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan
boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan
makanan atau minuman yang bergula.
- Cemas.
- Berdebar-debar.
- Berpeluh.
- Menggeletar.
- Terasa lapar.
- Terkeliru.
- Penglihatan kabur.
- Pening lalat.
- Tidak sedarkan diri.
Oleh itu kesemua penghidap diabetes harus
membawa gula beberapa ketul gula jika berlaku
kecemasan.
2. Diabetes bebas insulin - jenis kedua. (Type II diabetes)
Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali
sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa.
90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis
mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua).
Pankreas membuat insulin, tapi insulin tersebut
tidak cukup untuk berfungsi dengan semua
glukos dalam darah.
Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya
berlaku seiring dengan faktor usia lanjut,gemuk,
terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa
(genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas
insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat
dikalangan kanak-kana dan golongan remaja di Malaysia.
Gejala selalunya tidak seteruk diabetes
bersandarkan insulin.
Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan
glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita
ketika mengandung.
Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan
orangAmerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin dan
Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati
dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari
keturunan pengida diabetes.
Diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk
menurunkan paras gula dalam darah agar tidak
memberi kesan kepada kandungan. Selepas
mengandung kebanyakan wanita 90% hingga 95%
kembali sembuh.
Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil
mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap
diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.
Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko
bayi mempunyai paras bilirubin yang
tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.
Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor
genetik (peringkat permulaan dewasa),
pembedahan, dadah, kurang zat permakanan,
jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain
membentuk 1% hingga 5% daripada semua
penyakit kencing manis yang dikenal pasti.
Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-
|
Kadang-kala pengidap kencing manis tidak
menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan
pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan
mengesan kencing manis pada peringkat awal.
Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu
menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis
secara berkala.
Masalah sekiranya Kencing Manis tidak dikawal. Sekiranya penyakit kencing manis tidak dikawal dalam tempoh yang berlanjutan pengidap kencing manis akan sentiasa mempunyai kadar gula yang tinggi didalam darahnya. Kadar gula tinggi yang berterusan akan mendatangkan banyak perubahan pada bahagian saluran darah dan juga urat(nerve). |
- Hujung kaki tangan menjadi sebal, hilang deria sentuh, disebabkan oleh kerosakan urat/nerve.
- Gatal-gatal badan yang disebabkan kerosakan urat/nerve.
- Kurang daya syahwat bagi kaum lelaki yang disebabkan kerosakan urat/nerve dan saluran darah.
- Sering kencing malam disebabkan buah pinggang gagal mengitar air seperti biasa. Ini mengakibatkan pundi kencing penuh dengan lebih cepat.
- Kegagalan fungsi buah pinggang. Ini disebabkan oleh kerosakan saluran darah dan ginjal disebabkan kandungan gula yang tinggi terlalu lama.
- Sakit jantung disebabkan kerosakan saluran darah.
- Serangan angin akhmar disebabkan kerosakan saluran darah.
- Buta disebabkan kerosakan mata. Kanta mata menjadi kurang kenyal disebabkan kandungan gula yang tinggi.
Bagaimanapun sekiranya pengidap kencing manis mengambil langkah yang sewajarnya, kadar gula dalam darah boleh dikawal dan pengidap kencing manis dapat hidup seperti orang lain. Makanan yang seimbang perlu dikawal seumur hidup disebabkan penyakit kencing manis masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.
Dicatat oleh ummubalqis