Dijauhi semasa dalam pantang bersalin

-
Ikan
-ikan yang berbisa saperti ikan
bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang ,
tongkol,parang dan juga makanan laut yang lain dimana
ia
boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar
sembuh
dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa
serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi
kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.
-
Ibu
-ibu bersalin dilarang memakan ikan
masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas
berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan
fizikal dan mentalnya

- Ibu
bersalin dinasihati jangan makan
sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk , minuman sejuk bergas dan tajam
saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu,
belimbing
, durian belanda , mangga dan betik.
Segala
ini boleh menyebabkan masaalah
penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini
semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism
,rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.
Segala yang ummu paparkan diatas adalah sekadar panduan, semuanya bergantung kepada ketahanan badan para ibu,ada ibu yang boleh makan semua diatas dan ada yang tak boleh makan .Terpulanglah kepada para ibu merasai sendiri kesannya .Kalau di cuba ada kesannya ,janganlah diambil lagi makanan itu.kalau tak ada kesan yang menyeksakan bolehlah terus dimakan makanan itu.Sebelum makan bacalah nama Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan