Rabu, 19 Januari 2011

MENGAPA HILANG BAHAGIA DENGAN POLIGAMI -SIRI 1?







Di sini ummu akan kemukakan beberapa soalan atau hujah bagi
kaum wanita yang tidak berapa setuju dengan poligami.
Teks ini ummu ambil dari majalah MIDI bulan 15 april 2009.
1. KENAPA ADA LELAKI SUKA BERKAHWIN LEBIH DARI SATU?
Itukan bagus? 
Para isteri berpeluang menghadiahkan
kepada suami mereka sesuatu yang paling berharga.
2. TIDAK MUNGKIN BEGITU?SANGGUPKAH SEORANG LELAKI 
MENGHADIAHKAN KEPADA ISTERINYA SEORANG LELAKI LAIN
SEBAGAI SUAMI KEDUA?
Itu tidak mungkin sebab syariat tidak membenarkan.
Sebaliknya syariat membenarkan seorang lelaki
berkahwin lebih dari satu.
3.KENAPA BEGITU?BUKANKAH DARI SEGI PERASAAN
LELAKI DAN SAMA SAHAJA.KALAU SEORANG
LELAKI TIDAK RELA ISTERI MENDUAKANKKANYA, 
MAKA WANITA JUGA TIDAK RELA 
SUAMINYA MENDUAKANYA. APA SYARIAT TIDAK
MENIMBANGKAN SOAL INI?
Ya ,dari segi perasaan lelaki dan wanita sama 
sahaja tetapi tidak serupa kemampuan dan
tanggugjawab.Oleh ittu tidak semua perkara
dibolehkan pada lelaki,boleh
juga pada wanita.
Contohnya pada poligami ,perempuan tidak
dibolehkan kerana seandainya dia mengandung
anak itu hendak dibinkan suami yang mana?
Kesan dari itu bermacam risiko yang terpaksa 
ditanggung oleh anak itu,ibu, ayah,datuk,nenek
dan saudara mara yang terlibat.
Kepada siapa anak itu hendak dipertangguunjawabkan?
Hal ini tidak berlaku jika lelaki yang berpoligami.
Anak yang lahir dari perut isterinya semuanya
adalah tanggungjawab suami tersebut
Kalau isterinya 4 orang dan anaknya 30 orang maka 
semuanya mesti dibiayai oleh suami tersebut
.Itu adalah satu sebaba kenapa poligami dibenarkan
kepada kaum lalaki sahaja.Lelaki dibolehkan dengan 
syarat dia bertanggungjawab melindungi dan menanggung
semua yang terlibat.Itulah keadilan syariat.
Jika wanita terpaksa berdepan dengan kesusasahan 
berpoligami,lelaki juga sama,wanita susah perasaannya ,
lelaki susah tanggung jawabnya

wassallam ,bersambung dilain masa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan