Selasa, 14 Februari 2017
Kesan negative kunyit
Di sebalik itu , tahukah anda bahawa menggunakan kunyit secara berlebihan dalam masakan akan memberi kesan buruk kepada tubuh seperti
1- Mengurangkan Susu Ibu
Bagi ibu yang menyusukan anak , anda dinasihatkan supaya tidak terlelu kerap menggunakan kunyit dalam masakan untuk mengelakkan susu anda jadi mengurang .
2- Melambatkan Proses Pembekuan Darah
Jika anda mengalami masalah pendarahan , anda dinasihatkan supaya berhenti menggunakan kunyit dalam masakan . Ini kerana , kunyit itu akan menyebabkan pendarahan berlebihan terutama sebelum dan selepas menjalani pembedahan .
3- Batu Hempedu
Pengambilan kunyit yang kerap boleh menyebabkan batu dalam hempedu menjadi semakin kronik .
4- Gastrik
Sekiranya anda penghidap gastrik , kandungan kunyit yang berlebihan akan menyebabkan anda mengalami sakit perut , cirit birit dan merasa loya malah akan ada juga kesan sampingan yang lainnya kerana pembetukan asid gastrik bertambah .
5- Diabetes
Kunyit akan menjadikan merangsang ubat-ubatan diabetes menjadi lebih kuat seterusnya mengakibatkan pesakit lebih terdedah kepada hypoglycemia, iaitu keadaan di mana paras gula pesakit terlalu rendah .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan