Senaman kegel ini sangat bagus bagi wanita kerana :
- Membantu menguatkan lantai pelvik terutama selepas bersalin. Senaman kegel sangat digalakkan untuk dilakukan sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin
- Senaman kegel juga membantu melancarkan peredaran darah selepas bersalin dan seterusnya membantu agar luka episiotomi sembuh dengan lebih cepat
- Mengelakkan masalah terkencing ketika batuk atau bersin
- Menguatkan otot faraj dan seterusnya boleh membantu mengeratkan hubungan suami isteri

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya.
Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?
Ia cukup senang dibuat:- Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
- Tahan selama 2-3saat
- Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
- Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
- Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.
Namun begitu, perlu diingatkan bahawa otot yang perlu dicengkam hanyalah dibahagian faraj dan bukan dibahagian perut (terutama dibawah pusat), di punggung dan dan juga peha. Untuk pastikan bahagian lain tidak dikeraskan sewaktu senaman kegel dilakukan, anda boleh letakkan tangan di perut, peha dan punggung sewaktu senaman kegel sedang dilakukan. Nafas juga tidak perlu ditahan sewaktu senaman kegel sedang dilakukan.
.
Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:
- Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
- Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
- Mengurang buasir
Tapi kesan dari senaman kegel ni tak dapat dilihat dengan segera tapi akan mula dirasai selepas 2 ke 3 bulan jika senaman ini dilakukan setiap hari.
Senaman kagel untuk wanita hamil
Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran.Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan