![]() | ||||
500ml-- RM 36 termasuk urusan pos |
Minyak Zaitun Organik
Jenama Al-jazira
Produk Tunisia
500ml--RM 36 termasuk urusan pos
Minyak zaitun memiliki kandungan utama yaitu vitamin E dan oleic acid, yang memberi banyak khasiat kepada kulit. Oleic acid membantu menghaluskan kulit secara efektif, sementara vitamin E membantu meningkatkan anjalan kulit. Selain itu, vitamin E juga berperananan sebagai antioksidan alami/semulajadi yang mampu melawan radikal bebas (gangguan luar terhadap kulit).
Kegunaan minyak zaitun untuk kecantikan :
1) Mandian Minyak zaitun
Cara 1
Untuk menyediakan mandian dengan menggunakan minyak zaitun, hanya perlu masukkan 5 sudu makan minyak zaitun 'extra virgin' kedalam 'bathtub' dan sedia untuk mandi. Boleh ditambah kuantiti minyak zaitun mengikut sukatan yang digemari .Cara yang mudah ini memberikan kesan yang sangat menakjubkan bagi maenjadikan kulit anda halus.
Atau
Cara 2:
Urut badan anda dengan 'extra virgin' minyak zaitun sebelum masuk kedalam 'bathtub'
.Kulit anda akan menjadi halus seperti kulit bayi
.Kulit anda akan menjadi halus seperti kulit bayi
2) Minyak zaitun sebagai losyen badan.
Sapukan minyak zaitun extra virgin keseluruh badan anda semasa mandi selepas menggunakan sabun mandi atau'shower gel'.Ini adalah cara yang cepat dan senang untuk mendapatkan kulit yang sihat dan lembut apabila disentuh.
3) Minyak zaitun sebagai 'makeup remover'
Minyak zaitun lembut membersihkan makeup anda dan sekaligus ia memberi nutrien kepada wajah anda. Letakkan sedikit minyak zaitun keatas kapas muka atau kapas basah dan gosakkan lembut kewajah anda untuk membersihkan 'makeup'. Bilas dengan air suam dan kemudian air sejuk .Air sejuk akan bertindak melancarkan perjalanan darah dibahagian muka dan menutup liang-liang roma.
Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun sebagai pembersih 'makeup' dibahagian mata.sekalipun makeup yang digunakan itu adalah kalis air.
4)Bagaimana menguatkan kuku anda dengan minyak zaitun?
Minyak zaitun suam adalah cara yang sangat baik untuk menjadikan kuku anda cantik dan sihat. Ia hanya mengambil masa selama 5/ 10 minit sahaja. Rendamkan kuku anda ke dalam minyak zaitun suam ( suhu bilik).lakukan rawatan ini 1/2 kali seminggu.
5) Minyak zaitun sebagai losyen mata
Sapukan minyak zaitun dibawah mata anda sebelum tidur atau waktu pagi . Simpan minyak zaitun dalam petisejuk dan nikmati kesegaranya.
6) Miinyak zaitun sebagai masker
Campurkan 1 biji kunung telur dengan 1 sudu makan minyak zaitun ( jika suka ,tambahkan 1sudu teh jus lemon, ianya menolong memutihkan dan mencerahkan kulit ,(dimana jus lemon kaya dengan antioksidan dan vitamin C ).Sapukan pada wajah dan biarkan selama 5-10 minit, bilas dengan air suam kemudian dengan air sejuk (air sejuk menolong menutup pori-pori wajah). Masker ini sesuai untuk kulit wajah normal dan kering.
Untuk wajah normal juga boleh di campurkan 1 sudu makan tanah liat putih bersama dengan 1 sudu makan minyak zaitun. sapukan pada wajah ,biarkan 5-10 minit dan kemudian bilas dengan air suam

7) Minyak zaitun untuk rambut
Minyak zaitun digunakan sebagai rawatan rambut, ianya sangat senang dan cepat , mengambil masa hanya 15 minit untuk melakukannya.
Campurkan 1 biji kuning telur dengan 2 sudu makan minyak zaitun bersama 1 sudu teh jus lemon . sapukan kecelah-celah rambut ,gosok lembut dab biarkan selama 15 minit , kemudian syampoo. .Rambut anda akan menjadi lembut dan bersinar
Satu lagi cara ialah dengan menyapu minyak zaitun ke rambut anda , biarkan selama 1 jam,,kemudian syampoo dan sapukan pelembab rambut (anda hanya perlu melakukannya 2 kali seminggu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik).
8) Jangan lupa mengunakan minyak zaitu didalam makanan anda samada digunakan di atas salad atau diambil secara terus . Jika puan berminat untuk mengambil secara terus gunakan 2 sudu makan minyak zaitun organik.Minyak zaitun organik mempunyai rasa yang kurang melekat di kerongkong dan baunya wangi.Ianya akan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah anda dan sekaligus mengurangkan risiko penyakit darah tinggi . Minyak zaitun juga boleh memperbaiki kulit dan rambut anda dari dalam.
Ingat !! kecantikan bermula dari dalam badan anda sendiri.
9) Minyak Zaitun sebagai selusuh semasa hendak bersalin
Bg para ibu yang ada tekanan darah tinggi bolehlah diambil 2 penutup pagi dan 2 penutup petang.
Bagi para ibu yang punya tekanan darah yang normal cukuplah diambil 1 penutp pg dan 1 penutp petang . Bacalah selawat sebelum minum. semuga dipermudahkan Allah
bermanfaat info yg dikongsikn..bagos sgt,,tq ye=)
BalasPadam