Artikel kali ini saya memberikan tips atau kaedah bagaimana merawat sakit lutut dengan urutan. Di keseluruhan kaki terdapat urat saraf yang dikenali sebagai sciatic nerve yang memberi rangsangan kepada keseluruhan kulit di kaki, otot di bahagian belakang peha, betis dan juga rangsangan pada tapak kaki (refleksologi).
![]() |
Urat saraf dan pembuluh darah di peha, lutut dan betis. |
Gambar di atas menunjukkan urat saraf (sciatic nerve) berwarna kuning menjalar dari bahagian pinggul sehingga ke hujung tapak kaki. Anda boleh lihat ianya melalui kawasan lutut sehingga ke bawah. Oleh itu bagi merawat masalah sakit lutut ini anda boleh mengurut seperti dalam gambar di bawah.
![]() |
Urutan bagi merawat masalah lutut |
Manakala titik akupunktur di belakang pelipat lutut adalah titik Bladder 40 Weizhong. Sifat titik ini adalah menjernihkan penyebab penyakit panas, melancarkan energi meridian, menghilangkan angin lembap dan bermanfaat untuk mengatasi gangguan pinggang dan lutut. Khasiatnya adalah bagus untuk sakit sendi lutut, sakit pinggang, rambut gugur, kaki kejang, radang, kaki lumpuh dan sakit perut.
![]() |
Titik akupunktur Weizhong BL40 |
Anda hanya perlu menggunakan ibu jari dan tekan ke atas titik Weizhong ini. Sekiranya terasa sakit menandakan lutut dan pinggang anda bermasalah. Semakin meningkat umur kita semakin bermasalah bahagian lutut dan pinggang. Sila tekan sehingga hilang rasa sakit. Insya Allah berkesan.
Terimakasih kepada www.alternatif4u.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan