Khamis, 14 Februari 2013

Bengkung belacu murah dan berkualiti





Harga : Rm 46.00 termasuk urusan pos
Diperbuat daripada kain belacu 100% , dijahit menggunakan 2 lapis kain belacu tebal.
Panjang 46 inci x lebar 18 inci. sangat sesuai untuk ibu yang berbadan besar.

Sesiapa yang berminat untuk menbeli sila sms kak ummu 0137033819 


Bengkung Belacu Viscose murah dan cantik


Harga Rm 55 termasuk urusan pos
Diperbuat daripada kain belacu dan viscose.Dijahit dalam dua lapisan .
berukuran  46 incix 18 inci
Call kak ummu 0137033819 bg membuat penbelian


Rabu, 13 Februari 2013

Minum Air Sejuk Selepas Bersalin?OK Ke?



Soalan:
Betul ke meminum air sejuk selepas bersalin membahayakan? Sewaktu berpantang ibu melarang keras saya meminum air sejuk dengan alasan akan menghalang pengecutan rahim dan membuncitkan perut.
Jawapan:
Seringkali kita mendengar bebelan ibu-ibu, rakan-rakan dan saudara-mara tentang amalan meminum air sejuk selepas bersalin yakni waktu berpantang. Setakat ini, kurang kajian dilaksanakan dalam bidang ini dan tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong penyataan bahawa amalan meminum air sejuk tidak selamat.
Mungkin disebabkan kebanyakan percaya bahawa 'kepanasan' akan membantu proses penyembuhan, jadi pengambilan makanan atau minuman yang sejuk dikatakan akan menghalang proses penyembuhan. Bahkan di kebanyakan negara, ramai ibu-ibu selepas bersalin yang meminum air sejuk tidak mengalami sebarang masalah.

Ibu yang menyusu disarankan meminum air yang mencukupi iaitu di antara 10-12 gelas sehari. Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap menyebabkan kita cepat dahaga dan ramai yang memilih air sejuk untuk menghilangkan dahaga berbanding air panas. Kandungan air dalam badan sangat penting apatah lagi untuk ibu yang menyusu, kerana air diperlukan untuk proses penghasilan susu yang mencukupi. dan seterusnya, mengganggu penyusuan bayi. Dalam aspek ini, amalan meminum air sejuk tidak membahayakan berbanding risiko kekurangan air terhadap ibu dan bayi.

Jadi, jika anda terasa sangat dahaga dan menginginkan air sejuk, jangan rasa bersalah anda boleh meminumnya. jika anda risau dengan meminum air sejuk akan membawa masalah kesihatan, usah risau anda berhak memilih untuk tidak meminum air sejuk. Tetapi pastikan anda meminum air samada suam atau panas yang mencukupi.

Dan jika anda risau meminum air sejuk akan menjejaskan bayi anda, usah khuatir. Dengan meminum air sejuk, suhu air susu anda akan tetap pada suhu badan dan tidak akan mengubah kandungan antibodi dan nutrien yang terkandung.

Kegemukan atau kebuncitan berkait rapat dengan pengambilan kalori yang berlebihan dan meningkatkan penyimpanan lebihan kalori dalam bentuk lemak di bawah kulit. Kebiasaannya, individu akan cenderung meminum air sejuk dalam kuantiti yang banyak berbanding air suam atau panas. Jadi, jika air sejuk yang diminum berkalori tinggi seperti minuman bergas, bergula tinggi atau berkrimer (lemak), ini akan meningkatkan pengambilan kalori secara berlebihan. Individu yang ingin mengurangkan atau mengekalkan berat badan disarankan mengambil air kosong yang mencukupi bagi membantu metabolisma. Ingin dinyatakan disini, bahawa air kosong tidak mempunyai sebarang kalori.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Mengandung


Posted by TANYA DIETITIAN 

Apakah makanan yang menyebabkan risiko keguguran atau mungkin membawa kesan buruk ke atas ibu mengandung dan bayi? Ada orang mengatakan daging kambing bersifat panas, nenas bersifat tajam dan banyak lagi contoh lain yang membawa kepada keguguran bayi dalam kandungan.

Jawapan:
Soalan ini diperolehi berdasarkan pertemuan saya dengan beberapa orang pesakit wanita yang mengandung. Sememangnya terdapat banyak kepercayaan atau mitos diet berkaitan pemakanan semasa mengandung tidak kira dalam etnik mana sekalipun. Tetapi, memandangkan bukti kajian yang masih terhad maka secara rasionalnya, kita akan mengambilkira makanan yang telah terbukti boleh membawa kesan seperti yang telah dinyatakan.
Dibawah adalah contoh beberapa makanan yang boleh menyebabkan kesan negatif terhadap ibu dan kandungan :

  • Daging mentah : Makanan laut yang tidak dimasak atau daging lembu/ayam yang tidak dimasak sepenuhnya perlu dielak bagi mengelakkan risiko pencemaran seperti bakteria Coliform, toxoplasmosis dan Salmonella. Tambahan pula, ibu mengandung berisiko tinggi mendapat keracunan makanan akibat penurunan daya tahan imun semasa hamil. Mungkin tidak menjadi kebiasaan rakyat Malaysia untuk mengambil makanan mentah tetapi risiko tetap ada memandangkan asimilasi budaya pemakanan seperti  makanan barat atau mungkin Sushi dari Jepun.
  • Daging Deli : Daging Deli seperti ham, ayam turki, salami dan bologna atau hotdog juga perlu dielakkan kecuali jika daging ini di masak sepenuhnya. Daging seperti ini mampu menyebabkan keracunan makanan dinamakan listeriosis. Listeriosis berpunca dari sejenis bakteria dipanggil Listeria monocytogenes. Pemanasan sewaktu memasak boleh membunuh bakteria ini. Kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa masalah apabila termakan makanan yang tercemar dengan listeria. Tetapi, ia berbeza bagi ibu mengandung yang 20 kali lebih berisiko dan membawa kepada penyakit berbahaya. Dan bayi dalam kandungan mendapat kesan jangkitan yang lebih teruk berbanding ibu iaitu risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kematian.

  • Ikan bermerkuri tinggi : Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi berkait rapat dengan kelewatan perkembangan dan kerosakan otak. Contoh ikan bermerkuri tinggi ialah ikan yu, ikan todak, ikan kembung raja. Semakin tinggi kedudukan ikan dalam rantai makanan semakin banyak kandungan merkuri yang terdapat dalam ikan tersebut. 
  • Ikan yang terdedah dengan pencemaran industri : Elakkan ikan yang ditangkap dari tasik atau sungai tercemar dengan polychlorinated biphenyls yang tinggi. 
  • Kerang-kerangan mentah : Majoriti kes bawaan makanan laut adalah berpunca dari kerang-kerangan mentah seperti kerang, tiram, dan kepah. Proses memasak mungkin membantu dalam nyah-bakteria tetapi bukan jangkitan berkaitan alga.

  • Telur Mentah : Telur mentah atau makanan yang mengandungi telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk. 
  • Keju Lembut : Keju lembut yang diimport mungkin mengandungi Listeria. Listeria mampu menyeberangi uri, menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut.Elakkan pengambilan keju seperti Brie, Camembert, Roquefort, Feta, Gorgonzola dan sebagainya.
  • Susu yang tidak dipasteur : Susu sebegini juga mungkin mempunyai Listeria. Pastikan susu yang diminum ialah susu yang dipasteur.
  • Kafein : Elakkan kafein terutamanya di awal trimester untuk mengelakkan kebarangkalian keguguran. Secara amnya, pengambilan kafein dihadkan ke 200mg sehari semasa mengandung. Terdapat kajian mengatakan pengambilan kafein berlebihan mampu menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, berat lahir yang rendah dan sebagainya. Langkah terbaik ialah mengelakkan pengambilan kafein semasa mengandung.
  • Alkohol : Tiada amaun alkohol yang selamat semasa mengandung, jadi pengambilannya seharusnya dielakkan semasa mengandung. Pendedahan alkohol prenatal boleh mengganggu perkembangan sihat bayi. Fetal Alcohol Syndrom atau gangguan tumbesaran yang lain boleh berlaku bergantung kepada amaun, masa dan cara pengambilan. 

  • Sayur yang tidak dibasuh : Pastikan ibu membasuh sayur yang hendak dimakan dengan sempurna bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis. Toxoplasmosis mungkin mencemarkan tanah dimana sayur ditanam.
Memandangkan tiada lagi kajian yang membuktikan nenas dan daging kambing menyebabkan keguguran, ibu-ibu berhak untuk memilih samada untuk mengambil makanan yang dikhuatiri atau pun tidak. Daging kambing boleh membahayakan ibu mengandung jika tercemar dengan bakteria seperti Listeria ataupun Salmonella. Daging kambing seperti daging lain (ayam, lembu, kerbau dan sebagainya) akan mengalami proses pencernaan yang sama melibatkan penguraian protein, lemak dan lain-lain. Bagi nenas pula, buah-buahan disarankan untuk ibu mengandung kerana kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Jika ibu-ibu was-was untuk makan nenas, pilihlah buah-buahan yang lain. Tuhan menciptakan kita pelbagai jenis haiwan dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, jadi jangan risau!. Jika takut untuk makan daging kambing dan nenas, makan daging ayam dan tembikai!.

Selamat meneroka kepelbagaian makanan! 

Lemak Trans Meningkatkan Risiko Kemurungan


Pengambilan Asid lemak tidak tepu trans (TFA atau lemak trans) dikaitkan dengan peningkatan risiko kemurungan. Sebaliknya, minyak zaitun, asid lemak mono tidak tepu dan poli tidak tepu memberi kesan perlindungan serta menurunkan risiko kemurungan, cadang kajian terbaru.

Penyelidik Spain dari University of Las Palmas de Gran Canaria menjalankan kajian perbandingan mengemukakan bahawa individu yang mempunyai paras lemak trans yang tinggi, mengalami 48% kenaikan risiko kemurungan.
Penemuan ini mencadangkan terdapat kaitan di antara penyakit kardiovaskular dan kemurungan dari aspek elemen pemakanan serta pengambilan lemak.
"keputusan sebegini tidaklah mengejutkan dan saya fikir mesej yang ingin dibawa sangat jelas :' cuba untuk makan secara sihat" pengarang kajian Almudena Sanchez-Villegas, PhD.

" Elakkan beberapa jenis lemak seperti lemak trans dan lemak tepu, dan meningkatkan pengambilan lemak poili dan mono tak tepu. Lebih baik kita mengambil minyak zaitun berbanding marjerin atau mentega, tenusu rendah lemak berbanding tinggi lemak, dan ikan berbanding daging atau produk daging. Elakkan makanan ringan dan terproses serta bakeri komersial dan cuba untuk tingkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang" tambah beliau lagi.
Dengan mengikuti saranan ini, tambah beliau, bukan sekadar melindungi diri dari penyakit kardiovaskular tetapi juga penyakit mental.

150 Juta terjejas

" Kemurungan menjejaskan lebih dari 150 juta individu seluruh dunia. walaubagaimanapun, secara relatif kajian longitudinal mengenai perkaitan dengan diet adalah sedikit" kata Dr Sanchez-Villegas.
Dr. Sanchez mengatakan kajian sebelum ini mencadangkan perkaitan dengan penyakit kardiovaskular dan kemurungan melalui keradangan, endotelial atau proses metabolik"
Kesan sampingan asid lemak trans terhadap penyakit kardiovaskular dikatakan berpunca daripeningkatan sitokin proinflamatori dan disfungsi endotelial. Kami memutuskan untuk menganalisa kemungkinan perkaitan antara lemak trans dan kemurungan kerana status inflamatori gred rendah dan disfungsi endotelial berlaku ke atas pesakit kemurungan.
Di samping itu, minyak zaitun mengandungi polifenol bioaktif bersama elemen penting anti-inflamatori/ keradangan yang mampu meningkatkan fungsi endotelium.

Kajian Dr.Jacka melaporkan diet "whole" atau penuh bercirikan sayur-sayuran,buah-buahan, bijirin penuh dan daging serta ikan berkualiti tinggi menurunkan masalah kemurungan dan kebimbangan. Ia juga mengemukan bahawa diet barat tinggi makanan terproses dan ringkas, di samping kuantiti lemak tepu yang tinggi boleh meningkatkan kemurungan.
Jadi, tidak rugi untuk makan dengan sihat. Benda baik jangan bertangguh~~

Terimakasih  kepada TANYA DIETITIAN 

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali


Petikan dari The star 13 Disember 2011.

Petaling Jaya : Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi (tekanan darah tinggi), merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar Runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali'
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan saluran arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
kebanyakkan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. mereka menyimpannya didalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang.


Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.
"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
Minyak Masak yang dijual dalam bungkusan 1 kilogram(kg) di pasaran mungkin dikitar semula. Beberapa pengilang dipercayai membeli minyak masak terpakai di restoran menerusi orang tengah dan memprosesnya untuk dijual.
Akta Makanan 1983 masih belum menyenaraikan piawaian untuk menguji bahan campuran yang terkandung dalam minyak masak.
Kesatuan Eropah menetapkan bahawa bahan campuran sepatutnya berada pada tahap 25 peratus manakala Australia dan Switzerland menghadkan 27 peratus.
Semua 13 sampel yang diuji menunjukkan bahan campuran berada di antara 28.4 hingga 70.8 peratus.
"Ujian jelas membuktikan bahawa minyak tersebut bukan minyak baru diproses dan didedahkan kepada haba tinggi.
"Perubahan bahan terjadi apabila minyak digunakan berulang kali untuk memasak," 
17 kg18.88 liters tin cooking oil
Professor A.Saari Csallany, pengkaji bidang kimia dan biokimia pemakanan dari Universiti Minnesota mengatakan bahawa minyak sayuran tidak tepu yang dipanaskan pada suhu menggoreng (365 F) pada jangka masa yang lama (atau lebih dari 30 minit) akan menghasilkan bahan toksik 4-hidroksi-trans-2-nonenal (HNE).

MYTHS ABOUT COOKING WITH OLIVE OIL



There are some myths that have recently circulated about olive oil that we are constantly answering via email and our newsletter. Following are the two most common.
Myth: Heating Olive Oil Will Make it Saturated or Trans-fatty.
One common myth is that heating olive oil will make it saturated or trans-fatty.
This is not true. As far as making a saturated fat, according to Dr. A. Kiritsakis, a world renowned oil chemist in Athens, in his book Olive Oil from the Tree to the Table -Second edition 1998, all oils will oxidize and hydrogenate to a tiny degree if repeatedly heated to very high temperatures such as is done in commercial frying operations. Olive-pomace oils and virgin olive oils are both highly monounsaturated oils and therefore resistant to oxidation and hydrogenation. Studies have shown oxidation and hydrogenation occurs to a lesser degree in olive oil than in other oils. But in any case, the amount of hydrogenation is miniscule and no home cook would ever experience this problem.
The large refinery-like factories that take unsaturated vegetable oil and turn it into margarine or vegetable lard do so by bubbling hydrogen gas through 250 to 400ºF (121 to 204ºC) hot vegetable oil in the presence of a metal catalyst, usually nickel or platinum. The process can take several hours. You cannot make a saturated product like margarine at home by heating olive oil or any other vegetable oil in a pan. We don't know where this weird notion has come from. For more details, see Olive Chemistry.
Changing a cis-fat to a trans-fat does not occur on a home stove.
Myth: Cooking in Olive oil Diminishes The Nutritional Value of the Food.
Another myth is that cooking in olive oil diminishes the nutritional value of the food. This a misconception. The fact is that heating food will break down its nutritional value. High heat such as frying is worse than moderate heat such as steaming, which is worse than eating vegetables raw. It is not the cooking oil per se, but the high heat of frying. We are not aware of any edible cooking oil which by itself diminishes the nutritional value of the food cooked in it. Most nutritionists recommend lightly steaming vegetables or eating them. A touch of a flavorsome extra virgin olive oil added at the table will add taste and healthful anti-oxidants. Such is the Mediterranean diet which has been shown to help prevent coronary disease and have other health benefits.

Kelebihan Menggoreng Menggunakan Minyak Zaitun



Kebanyakan dari kita gemar menikmati makanan bergoreng. French fries, nugget ayam, chicken chop, fish and chips, ikan goreng, ayam KFC dan sebagainya. Menggoreng adalah kaedah memasak tertua dan digunakan seantero dunia. Makan makanan bergoreng yang sihat bergantung kepada jenis minyak yang digunakan. Minyak zaitun adalah salah satu alternatif bijak untuk menggantikan minyak sayuran.
Apakah faktor yang membuatkan minyak zaitun lebih baik?


"
 Smoke Point" atau Titik Asap Minyak


Menggoreng merujuk kepada proses memasak makanan dalam minyak atau lemak menggunakan haba. 
Semasa memasak, adalah penting untuk memastikan minyak atau lemak yang digunakan tidak dipanaskan melepasi titik asap. Titik asap atau 'smoke point' merujuk kepada suhu dimana minyak atau lemak masakan mula berpecah. Minyak terbakar akan menghasilkan asap kebiruan dan bau busuk serta rasa yang kurang enak. Lemak dan minyak mempunyai titik asap yang berbeza. Sebahagian minyak mempunyai titik asap yang rendah dan selebihnya lebih tinggi. Jadi, "deep-frying" atau menggoreng dengan suhu tinggi memerlukan penggunaan minyak bertitik asap tinggi.


Titik asap bagi minyak tertentu berubah bergantung kepada proses 'refinement' atau penapisan. Proses ini membuang kekotoran dari minyak dan meningkatkan titik asap. Sebagai contoh, titik asap bagi minyak zaitun tertapis (246°C) lebih tinggi dari Minyak zaitun Extra-virgin (210°C). Menggunakan minyak lebih dari sekali akan menurunkan titik asap minyak tersebut.

Berdasarkan International Olive Oil council (IOOC) Minyak zaitun adalah minyak paling stabil yang membawa maksud ia mampu menahan suhu menggoreng yang tinggi. Titik asapnya yang tinggi melebihi suhu ideal menggoreng (356°F or 180°C). Kebolehcernaan minyak zaitun tidak berubah setelah dipanaskan, bahkan setelah digunakan beberapa kali untuk proses menggoreng".


Terdapat minyak yang menghasilkan bahan berbahaya setelah dipanaskan

Proses menggoreng mempercepatkan perubahan kimia yang berlaku pada minyak atau lemak. Semasa memasak, beberapa lemak atau minyak yang kurang resistan terhadap haba akan pecah membentuk bahan toksik.
Lemak dan minyak terdiri dari molekul asid lemak yang diklasifikasikan dengan 3 kategori:
asid lemak tepu, mono tak tepu dan poli tak tepu.
Asid lemak terdiri dari rantai panjang karbon yang terikat antara satu sama lain. Setiap atom karbon terikat pada sepasang atom hidrogen. Lemak dikira tepu apabila ia terikat pada semual atom hidrogen, menjadi mono tak tepu apabila satu atom hidrogen hilang dan poli tak tepu apabila hilang dua atau lebih atom hidrogen.
Apabila atom hidrogen hilang, asid lemak menjadi semakin tidak stabil dan aktif secara kimia. Poli tak tepu adalah bentuk paling tidak stabil dan paling cenderung mengalami perubahan.
Apabila dipanaskan, minyak tinggi poli tak tepu membentuk bahan berbahaya seperti radikal bebas dan 4-hidroksi-trans-2-nonenal (juga dikenali HNE). Kajian menunjukkan HNE meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, strok, parkinson's dan kanser.
Minyak poli tak tepu termasuk minyak kacang soya, jagung dan bunga matahari.
Minyak zaitun extra virgin dan minyak zaitun tertapis kedua-duanya tinggi dengan minyak mono tak tepu. Jadi, ia lebih resistan terhadap perubahan kimia.

Lain kelebihan minyak zaitun
Semasa proses menggoreng menggunakan minyak zaitun, ia membentuk lapisan pada permukaan makanan. Lapisan ini menghalang kemasukan minyak serta meningkatkan kualiti rasa. Jadi, makanan menjadi lebih ranggup dan bahagian dalam akan masak sepenuhnya. Makanan yang digoreng juga kurang berminyak, menjadikan ia sesuai bagi penjagaan kesihatan dan berat badan.

Minyak terbaik
Berdasarkan info yang diberikan, minyak terbaik untuk penyediaan makanan ialah:
Untuk pemanasan suhu tinggi (menggoreng, menumis) : Minyak zaitun tertapis kerana ia tinggi titik asap dan kurang kandungan lemak poli tak tepu.

Untuk pemanasan medium : Minyak zaitun tertapis atau extra virgin

untuk salad dressing : minyak zaitun extra virgin

Cadangan
Bagi golongan berkemampuan sememangnya tidak susah untuk mendapat dan menggunakan minyak zaitun bagi tujuan memasak tetapi mungkin tidak bagi golongan berpendapatan rendah. Jadi, mesejnya disini adalah untuk mengurangkan penggunaan minyak bagi memastikan penjagaan kesihatan optima tidak kira mana golongan sekalipun.
Meskipun minyak zaitun menjadi alternatif bijak bagi penggemar makanan bergoreng tetapi bukanlah menjadi alasan untuk makan dengan sewenang-wenangnya. 
Jumlah atau saiz hidangan masih perlu dijaga dan lebih banyak kaedah memasak yang lebih sihat seperti merebus, memanggang, stim dan sebagainya. Perbanyakkan kaedah memasak yang lebih sihat berbanding masakan bergoreng dan berminyak.



Tibb-e-Nabawi ~ Healing by ISLAM, both for the body & soul, for the doctor & patient, for the sick & healthy



بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ ÙˆَالنَّجْÙ…ِ Ø¥ِذَا Ù‡َÙˆَÙ‰ Ù…َا ضَÙ„َّ صَاحِبُÙƒُÙ…ْ ÙˆَÙ…َا غَÙˆَÙ‰ ÙˆَÙ…َا ÙŠَنطِÙ‚ُ عَÙ†ِ الْÙ‡َÙˆَÙ‰ Ø¥ِÙ†ْ Ù‡ُÙˆَ Ø¥ِلاَّ ÙˆَØ­ْÙŠٌ ÙŠُوحَÙ‰ عَÙ„َّÙ…َÙ‡ُ Ø´َدِيدُ الْÙ‚ُÙˆَÙ‰
By the Star when it goes down, your Companion is neither astray nor being misled, and neither does he speak out of his own desire, that which he conveys to you is but a divine revelation with which he is being Inspired, something that a very Mighty One Has Imparted to him. (Surah Najm ~ Verses 1 to 5)
All praise to Allah Who Created the human from soil, He is Allah Who also Made rocks from the soil which can crush the soil, He is Allah Who Created Iron which breaks the rocks, He is Allah Who Created Fire which melts the Iron, He is Allah Who Created WATER which extinguishes the fire, He is Allah Who Created AIR which can carry tons of water as clouds, & He is Allah Who Descends the rain & Gives life to dead soil.
Tibb-e-Nabawi is the divine medicine that was Gifted by Allah to Prophet Muhammad Salallaho Alaihe Wasallam by WAHEE (revelation). It is the true healing for both the doctor & patient, for the sick & healthy.
Purpose of this website is to emphasize that Tibb-e-Nabawi is a complete code of medicine, both for the health of heart (soul) & physical fitness. We ignored it for the last few hundreds of years and as a result, no one in this world considers Tibb-e-Nabwi even as an alternative medicine, you will find followers of Acupuncture, Unani, Ayurveda, Herbalism, Homeopathy, Naturopathy, etc. but very few adopt Tibb-e-Nabawi as their first priority of cure & healing.
There are many books written on Tibb-e-Nabawi, but Ibn Al Qayyam Al Jauziah's book is the most comprehensive, Ibn Al Qayyam was a miracle of Allah’s creations, he lived for 60 years, but had an experience of 1,000 years, precision and perfection of his knowledge on ISLAM & Medicine is reflected in his book on Tibb-e-Nabawi, & we have understood that he has presented the “Diagnosis & Prescription” with curing the heart & soul primarily; prior to treat the physical ailment. He wrote:
"There is a tremendous connection between the soul and what the body suffers due to physical diseases. Only the most ignorant people will deny the effects of the soul on body and on human nature as a whole. Allah Gives the soul certain powers over the body when someone is attacked by diseases. In addition, the soul has certain effects on the body when it experiences the ailments that are caused by septic substances, especially when blood, semen or black bile is irritated. Evil forces take control of the body when it experiences such emotions and ailments, unless the person repels it with an even stronger power, such as remembering Allah, supplicating to Him, invoking and pleading to Him, giving in charity (Sadaqah) and reciting the Quran. In this case, angels will descend and will defeat and neutralize the evil effects of the devilish souls (evil forces). We have successfully tried this method many times, that which only Allah is Able to count, and we witnessed the wonderful effects of such positive forces (good souls) in strengthening one’s resolve and ridding him of bad elements. This method almost never fails".
Disease was Created by Allah & CURE is also Provided by Allah, so why to go through the painful cycle of DMC (Disease ~ Medicine ~ CURE) ?
By disease, Allah Provides an opportunity to reduce the burden of sins, furthermore, He Needs from a Muslim to follow the true principals of SHIFA, which help a Muslim to develop & strengthen belief on his LORD, the DMC cycle creates a strong connection between a Muslim & Rahman, between a slave & his Master, between a Mo’min (Allah’s name) and a Mo’min (A Muslim).
Following are the true principals of SHIFA / Healing which cure both the heart (soul) & body :
1. Healing by Belief (Yaqeen) that Allah Has Sent the disease & Allah is the HEALER, & if the healing is delayed, it is by Allah’s Wisdom & Hikmah
2. Healing by Aa’maal-e-Saalehaat, Salaat, Sadaqah, Fast, Quran, Zikr, Duaas & Ruqya, Husn-e-Khulq, abstaining from sins, Istighfaar, etc.
3. Healing by the foods of Prophet Muhammad Sallallaho Alaihe Wasallam
4. Healing by the herbs of Prophet Muhammad Sallallaho Alaihe Wasallam
5. Healing by HIJAMAH; which is Sunnah & the best kind of treatment in this world
When all of the above tools are combined together, it is very difficult for any sickness / ailment to withstand the crushing power of Tibb-e-Nabawi.

Selasa, 5 Februari 2013

Merawat sakit lutut dengan urutan



Artikel kali ini saya memberikan tips atau kaedah bagaimana merawat sakit lutut dengan urutan. Di keseluruhan kaki terdapat urat saraf yang dikenali sebagai sciatic nerve yang memberi rangsangan kepada keseluruhan kulit di kaki, otot di bahagian belakang peha, betis dan juga rangsangan pada tapak kaki (refleksologi).

Urat saraf dan pembuluh darah di peha, lutut dan betis.


Gambar di atas menunjukkan urat saraf (sciatic nerve) berwarna kuning menjalar dari bahagian pinggul sehingga ke hujung tapak kaki. Anda boleh lihat ianya melalui kawasan lutut sehingga ke bawah. Oleh itu bagi merawat masalah sakit lutut ini anda boleh mengurut seperti dalam gambar di bawah. 

Urutan bagi merawat masalah lutut
Urutan dimulakan dengan mengurut di kawasan belakang peha di kawasan yang bertanda merah panjang. Arah urutan adalah menghala ke bawah iaitu menghala ke lutut. Sekiranya sakit bermakna anda mengalami masalah urat saraf di kawasan tersebut. Urat saraf yang saya sebutkan tadi menjadi pemegang kepada lutut kita. Urutlah dengan konsisten sehingga terasa berkurangan sakitnya. Selalunya pesakit yang saya rawati akan menjerit kesakitan apabila kawasan tersebut diurut dengan kuat. Boleh juga diurut menggunakan cawan bekam satu teknik yang dikenali sebagai bekam luncur. Memang menyakitkan tetapi berpada-padalah menggunakan cara bekam luncur ini.
  
Manakala titik akupunktur di belakang pelipat lutut adalah titik Bladder 40 Weizhong. Sifat titik ini adalah menjernihkan penyebab penyakit panas, melancarkan energi meridian, menghilangkan angin lembap dan bermanfaat untuk mengatasi gangguan pinggang dan lutut. Khasiatnya adalah bagus untuk sakit sendi lutut, sakit pinggang, rambut gugur, kaki kejang, radang, kaki lumpuh dan sakit perut.

Titik akupunktur Weizhong BL40

Anda hanya perlu menggunakan ibu jari dan tekan ke atas titik Weizhong ini. Sekiranya terasa sakit menandakan lutut dan pinggang anda bermasalah. Semakin meningkat umur kita semakin bermasalah bahagian lutut dan pinggang. Sila tekan sehingga hilang rasa sakit. Insya Allah berkesan. 
 
Terimakasih kepada www.alternatif4u.com 

Isnin, 4 Februari 2013

Penyakit yang tidak boleh diubati dengan bekam




Bekam sangat baik untuk meringankan dan mengobati beberapa penyakit.Ia dapat dipergunakan untuk meningkatkan kesehatan, memperbaiki  kesehatan  tubuh, atau meningkatkan  daya tahan tubuh  (fungsi promotif), sehingga boleh dipakai pada orang-orang yans sehat. Selain itu, dapat dipakai pula untuk mencegah agar seseorang yang sehat tidak terserang penyakit (fungsi preventif).

Pada   sebahagian orang sakit  , boleh meringankan dan menghilangkan  beberapa keluhan (fungsi paliatif), dan boleh menghilangkan penyebab penyakit (fungsi kuratif)

Namun ada juga penyakit yang tidak boleh di ubatai dengan bekam.

Beberapa penyakit yang tidak boleh diubati dengan bekam , diantaranya :

  • Penyakit yang disertai dengan perubahan anatomi dan morfologi tubuh ,seperti kanser dan tumor.
  • Penyakit yang memerlukan operasi  / pembedahan , seperti : patah tulang,dislokasi  tulang  dan sendi atau tulang dan sendi  teralih dan ruptur (lepasnya ) organ-organ dalam tubuh.
  • Penyakit kerana trauma fizikal, terkena bahan kimia,tersiram air panas dan luka terbakar
  • Penyakit kerana kecelakaan, seperti : tenggelam,tersengat listrik

Oleh kerana itu dalam beberapa kes penyakit, penulis tidak menganjurkan bekam sebagai pengobatan utama
dengan meninggalkan cara pengobatan  lain. Penulis juga tidak mencadangkan agarsemua penyakit diobatai dengan bekam.Sebab ,beberapa pesakit masih memerlukan pengobatan dan tindakan medis yang lain.

Drp buku Sembuh Dengan Satu Titik oleh dr. Wadda' A. Umar

Jumaat, 1 Februari 2013

How to Use Reflexology for Migraines




For migraines with a known physical cause, treat the spine, concentrating on the neck area at the top of the spine, to release tension. Working these reflex points can bring relief from migraine pain, even if you are unsure of what caused your headache.
  1. 1
    Support your right foot with your left hand.

    Brain Exercises

     Improve Memory and Attention with Brain Games by Scientists
    www.lumosity.com
  2. 2
    Use your right thumb to work over the tops of your first 3 toes, starting with your big toe. If your migraine is acute and this area of your toe is extra sensitive, use only a very light pressure. Press and massage your 3 toes for at least 5 minutes.
  3. 3
    Repeat this process on your left foot, using your left thumb to work the first 3 toes.
  4. 4
    Use your thumbs or your knuckles to press all the reflex points at the base of your toes, both on the soles and tops of your feet. Your toes contain all the reflex points for your brain, sinuses, neck and head.

Liver Reflex Point on Your Right Foot

Migraines are often related to your digestion, so improving your liver function is paramount. Your health and vitality is determined by the health and vitality of your liver. And if you have subjected your liver to a lifetime of toxic chemicals, herbicides, pesticides, fats, drugs, food additives and alcohol, you can start repairing the damage to your liver at the same time you are treating your migraine headache.
  1. 1
    Support the top of your right foot with your left hand and use your right thumb to treat your liver reflex, which is located just underneath your lung reflex.
  2. 2
    Use your thumb to inch across the entire area, from the inside of your foot to the outside.
  3. 3
    Work your way back again in the opposite direction. Your liver is on the right side of your body, so you only need work on your right foot.

Cervical Spine Reflex Points on Your Feet

Your spine reflex runs along the inside edge of each foot, the curves of which mirror those of the spine itself. The cervical vertebrae reflex points are at the top of each foot along the side of your big toe.
  1. 1
    Begin with the reflex point for your cervical spine, where the toe joins the foot. Hold and press this reflex for several minutes.
  2. 2
    Continue pressing on the reflex points for the other divisions of your vertebrae (thoracic, lumbar, sacral and coccyx).
  3. 3
    Repeat the process on your left foot.

Neck, Brain and Spine Reflex Points on Your Hands

Treat the brain and cervical spine reflexes for stress-related migraines.
  1. 1
    Rub your hands together briskly to warm them up and make them more flexible.
  2. 2
    Refer to a hand reflexology chart about the location of your neck, brain and spine reflex points.
  3. 3
    Start with your brain reflex point by using your right thumb to press on the tip of your left thumb. Hold a steady pressure there for one minute and then release.
  4. 4
    Continue using your thumb to apply pressure to all the spine reflexes, continuing from the tip of your thumb along the outer edge of your thumb, all the way down to your wrist.
  5. 5
    Press and squeeze each fingertip of your other four fingers—these are the brain reflexes.
  6. 6
    Squeeze each finger from the base to the fingernail. All of the reflex points for your eyes, ears and sinuses are on your fingers.
  7. 7
    Repeat the process on your right hand.

Liver Reflex on Your Right Hand

Work your liver reflex for migraines linked to food allergies.
  1. 1
    Find the liver reflex on your hand. On your palm, it is about 1" below the base of your fingers on the left side of your right hand.
  2. 2
    Press and massage your liver reflex with your left thumb. Work the area for several minutes.
  3. 3
    Turn your hand over and locate the liver reflex on the top of your hand. It is in the same location as on the palm—it extends from the web of your index finger to the web of your pinky about 1" below the base of your fingers. Work this area for another several minutes.