Untuk mengilap ada satu petua yang amat mudah untuk kita lakukan dalam mengilap barangan tembaga, dan ia amat murah. Bahan-bahan:
- 2 helai kain buruk (cotton)
- cuka
- garam
- plastik container
- pengilap kereta (polish) / Brasso beli kat kedai hardware
Langkah:
- Masukkan cuka secukup rasa dalam bekas plastik (saiz bekas ikut suka anda yang penting boleh muat barang-barang tepak sirih)
- Cuka tak perlu banyak yang penting asal boleh merendam, tak perlu hingga tenggelam, bekas itu boleh kita goyang-goyangkan agar cuka mengenai semua bahagian tembaga
- Selepas cuka dimasukan maka masukan sesudu garam kasar
- Biar sebati hingga separuh garam larut
- Masukkan kompenen tepak sirih satu per satu
- Setelah di rendam selama 2-3 minit dan semua permukaan mengenai cecair tersebut, maka lap dengan kain buruk
- Sementara itu masukkan kompenan lain dalam bekas plastik agar proses kimia berlaku sementara anda mengilap
- Kompenan tadi perlu di lap dengan kering dan kenakan sedikit daya agar kepam di badannya keluar
- Setelah itu ambil sedikit polish kereta dan sapu pada bahagian tembaga tadi.
- Lakukan dengan perlahan-lahan dan kenakan sedikit daya
- Akhir sekali ambil bahagian kain yang kering dan bersih lap bahagian yang telah di polish agar bahan kimia pengilap itu dibuang.
- Lihat perbezaannya ketara bukan!!
- Ulang proses ini untuk kompenan tembaga yang lain.
Sebelum digilap
selepas digilap
Selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan