Selasa, 29 Mei 2012

Cara mengurangkan gejala resdung


Sauda/vcohs/bio-rest


Minyak Dara Habbatus Sauda'
KOD : SAUDA
SAIZ : 60 ml
HARGA : RM 50.00

Bahan-bahan
Minyak Habbatus Sauda' 100%

Cara Penggunaan
Dewasa : 1 sudu makan, 2 kali sehari.
Kanak-kanak : 1/2 sudu makan, 2 kali sehari.
Kegunaan
Sesuai untuk diminum,
memperkuatkan sistem imuniti tubuh.

Minyak Kelapa Dara Plus
Habbatus Sauda'
KOD : VCOHS
SAIZ : 150 ml
HARGA : RM 40.00
Bahan-bahan
Minyak Kelapa Dara 80%
Minyak Habbatus Sauda 20%


Minyak Kelapa Dara Plus
Habbatus Sauda'
KOD : VCOHS
SAIZ : 150 ml
HARGA : RM 40.00
Bahan-bahan
Minyak Kelapa Dara 80%
Minyak Habbatus Sauda 20%
Bio-Rest Aroma Terapi
KOD : RESDUNG
SAIZ : 30 ml
HARGA : RM 40.00
Bahan-bahan
Minyak Kelapa Dara
Minyak Habbatus Sauda
Cinnamomum Zeylanicum

 Cara Penggunaan
Amalkan setiap pagi dan petang.Sila layari link di bawah untuk melihatcara menggunakan produk.Tips Penggunaan (Klik) . minyak ini jangan di makan ye !!!!

Kegunaan
Melegakan pernafasan & resdung.


Dapatkan dengan harga ahli,daftar sebagai ahli di sini 

Boleh juga di cuba mengambil madu lebah tualang   . Ambil 2 sudu besar pagi dan 2 sudu besar malam .Bagi yang ada gastrik ambil lepas makan. Insyaalah madu yang ummu jual Original dan  telah diuji . 

Rawatan cara produk bioasli ( ekzema)





Minyak Kelapa Dara
KOD : VCOP
SAIZ : 150 ml
HARGA : RM 40.00
Bahan-bahan
Minyak Kelapa Dara 100%

Cara Penggunaan
Dewasa : 2 sudu makan, 2 kali sehari.
Kanak-kanak : 1 sudu makan, 2 kali sehari.
Kegunaan
Sesuai untuk diminum, disapukan pada kulit,
digunakan untuk hubungan suami isteri
dengan menyapukannya ke seluruh badan.

Kapsul Minyak Kelapa Dara
                                                          KOD : CVCOPSAIZ : 80 biji
HARGA : RM 40.00

Bahan-bahan
Minyak Kelapa Dara 100% 

Cara Penggunaan
Dewasa : 4 biji, 2 kali sehari.
Kanak-kanak : 2 biji, 2 kali sehari.
Kegunaan
Bersifat sebagai makanan kesihatan,
memberikan tenaga tambahan serta
merawat penyakit dari bahagian dalaman

Kedua-dua produk diatas boleh dimakan dan diminum.Daftarlah sebagai ahli  bio asli untuk mendapatkan harga yang lebih istimewa 

Rawtan cara Bioasli (darah tinggi)






Teh Herba Mas Cotek + Misai Kucing + Stevia ( manisan herba)-THSMM
Harga runcit = RM 40.00
 

Teh Herba Mas Cotek +
Misai Kucing + Stevia
KOD : THSMM
SAIZ : 2g x 30 uncang
HARGA : RM 40.00
Bahan-bahan
Mas Cotek
Misai Kucing
Stevia Rebaudiana


Cara Penggunaan
1 uncang untuk 1.5 liter air panas.
Biarkan 3 hingga 5 minit.
Minum 1 cawan, 3 kali sehari.
Kegunaan
Mengurangkan keletihan,
menurunkan tekanan darah,
melancarkan peredaran darah serta
mengurangkan kadar kolesterol.

 


Kapsul minyak kelapa dara + habbatussauda-CVCO
harga runcit RM 40.00  
 

Kapsul Minyak Kelapa Dara
Plus Habbatus Sauda'
KOD : CVCO
SAIZ : 80 biji
HARGA : RM 40.00
Bahan-bahan
Minyak Kelapa Dara 80%
Minyak Habbatus Sauda 20%


 Cara Penggunaan
Dewasa : 4 biji, 2 kali sehari.Kanak-kanak : 2 biji, 2 kali sehari. 

Kegunaan
Bersifat sebagai makanan kesihatan,
memberikan tenaga tambahan serta
merawat penyakit dari bahagian dalaman.

 


 
Minyak  Kelapa Dara + Habbatussauda -VCOHS 
Harga runcit RM 40.00
Minyak Kelapa Dara Plus
Habbatus Sauda'
KOD : VCOHS
SAIZ : 150 ml
HARGA : RM 40.00
Bahan-bahan
Minyak Kelapa Dara 80%
Minyak Habbatus Sauda 20%

Cara Penggunaan
Dewasa : 2 sudu makan, 2 kali sehari.
Kanak-kanak : 1 sudu makan, 2 kali sehari.
Kegunaan

Sesuai untuk diminum, disapukan pada kulit,
digunakan untuk hubungan suami isteri
dengan menyapukannya ke seluruh badan.

Dapatkan dengan harga ahli  iaitu harga yang lebih istimewa dengan mendaftar sebagai ahli bio asli 
 
 

cara pengubatan bagi mengurangkan gejala kencing manis





  Teh Herba Mas Cotek +
Misai Kucing + Stevia
KOD : THSMM
SAIZ : 2g x 30 uncang

HARGA : RM 40.0
Bahan-bahan
Mas Cotek
Misai Kucing
Stevia Rebaudiana



Cara Penggunaan
1 uncang untuk 1.5 liter air panas.
Biarkan 3 hingga 5 minit.
Minum 1 cawan, 3 kali sehari.
Kegunaan
Mengurangkan keletihan,
menurunkan tekanan darah,
melancarkan peredaran darah serta
mengurangkan kadar kolesterol.



 



Minyak Kelapa Dara
KOD : VCOP
SAIZ : 150 ml
HARGA : RM 40.00
Bahan-bahan
Minyak Kelapa Dara 100%

Cara Penggunaan
Dewasa : 2 sudu makan, 2 kali sehari.
Kanak-kanak : 1 sudu makan, 2 kali sehari.
Kegunaan
Sesuai untuk diminum, disapukan pada kulit,
digunakan untuk hubungan suami isteri
dengan menyapukannya ke seluruh badan.


  


Kapsul Minyak Kelapa Dara
KOD : CVCOP
SAIZ : 80 biji
HARGA : RM 40.00
Bahan-bahan
Minyak Kelapa Dara 100%


Cara Penggunaan
Dewasa : 4 biji, 2 kali sehari.
Kanak-kanak : 2 biji, 2 kali sehari.
Kegunaan
Bersifat sebagai makanan kesihatan,
memberikan tenaga tambahan serta
merawat penyakit dari bahagian dalaman

 beli se cara online  dengan menjadi ahli bio asli  klik disini
Atau buat pembelian online di sini

Isnin, 28 Mei 2012

Khasiat dan Fadhilat nama-nama Allah




Asma Al- Husna yang ke -48 ialah " Al -wadud  " yang bererti  " Tuhan Yang Maha Kasih Sayang" pada hamba-Nya,manusia yang sempurna akal fikiran terutamanya orang yang beriman memang tahu dan sedar bahwa dirinya amat dikasihi dan disayangi Allah Taala.

ikhtibar dari sifat Tuhan yang Al-Wadud iaitu Maha Kasih dan Sayang terrhadap hambanya,maka begitu juga  sebaliknya manusia mestilah menyayangi Allah.Seperti kata pepatah melayu" orang berbudi kita berbahasa " .orang yang tidak tahu mengenang budi dipanggil sebagai  "tak reti bahasa "

Apabila seseorang itu menyayangi Allah s.w.t tidak bererti dia tidak boleh menyayangi selain Allah, tetapi tidak boleh melebihi dari menyayangi Allah.Dia hanya boleh menyayangi apa-apa yang disayang Allah Taala sahaja .Apabila dia menyayangi sesuatu sehingga Allah Taala murka, ini beerti dia tidak sayang kepada Allah  s.w.t

Khasiat Dan Fadhilat

Sekiranya suami dan isteri berselisih faham hingga terjadi pertengkaran, bacalah Asma al- Husna " Al -wadud " atau Ya-Wadud " sebanyak 1000 kali dan dihembuskan pada makanan untuk dimakan bersama dalam keluarga .InsyAllah bukan sahaja suami isteri akan berbaik semula, malah  kasih sayang akan bertambah  subur di dalam rumahtangga dengan berkat nama allah "Al- wadud' .

Khasiat dan Fadhilat Nama-Nama Allah



Asma al-Husna yang ke-14 " A-Mushouuwir" bererti " Yang Maha Menciptakan sesuatu yang berupa" tiga nama Allah Al-Khaliq,Al-Bari, dan Al- Mushouuwir  dirangkaikan menjadi satu kerana ia mempunyai pengertian yang sama atau hampir sama ,iaitu "Tuhan Yang Maha mencipta'

Al-Khaliq dan Al-Bari Pengertiannya serupa saja , kedua -dua nya  membawa makna Yang mencipta. Bezanya hanyalah dari segi penggunaan bahasa.Ada tempatnya diguna Al-Khaliq dan pada tempat yang lain diguna pula Al-Bari.contohnya perkataan bimbit,jinjing, kilik,junjung dan gendong.Kesemuanya membawa erti" bawa" .Penggunaan perkataan yang berbeza -beza itu melihat kepada kesesuaian keadaan , namum kesemua itu membawa erti yang satu ,sama ada di bimbit ,dijinjing,dikilik,dijunjung atau digendonng natijahnya dibawa. 

Walaupun Al-Khaliq dan Al-Bari itu sama ertinya tetapi Al-Khaliq dari segi istilah yang boleh difaham  oleh manusia ialah,bahawa sebelum sesuatu itu diciptakan Tuhan yang Al-Khaliq  ter;abih dahulu telah dirancangkan dan dipertimbangkan dengan teliti.Justeru apabila Tuhan menciptakan sesuatu tidak ada yang sia-sia ataupun tidak berfaedah .Hatta rumput yang melata di tepi jalan,janganlah dikatakan tidak mendatangkan faedah atau menyusahkan orang kerana terpaksa menebasnya selalu.sekurang-kurangnya pada tebing tanah  yang mudah runtuh  dihakis air, jika ditanam rumput lalang pasti tebing tanah akan lebih kukuh disebabkan akar yang panjang dan berselirat padat didalam tanah.

Al-Bari maknanya  menjadikan,Al-Mushouuwir pula bererti Yang Maha mencipta Pelbagai rupa kejadian. Tuhan menciptakan berjuta jenis haiwan di daratan, di lautan dan yang terbang di udara , dengan setiap jenis mempunyai rupa bentuk sendiri.

Manusia adalah di antara makhluk ciptaan Tuhan yang Al-Mushouuwir ,mestilah mengambil iktibar dari sifat tuhan Yang Maha Pencipta . Jika Tuhan yang bernam Al-Mushouuwir telah menciptakan reka pelbagai makhluk yang beraneka jenis dan rupa ,maka manusia sebagai hamba -Nya wajarlah mencontohi Tuhan Ynag bersifat Al-Mushouuwir.Mereka sepatutnya menjadi jurureka.Orang-orang yang beriman sepatutnya jauh lebih maju dalam dunia rekaan bagi menghasilkan ciptaan yang pelbagai bagi kegunaan manusia.Namun malangnya ornag lain yang lebih maju seolah-olah mereka  lebih faham bahawa Tuhan itu bernama A-Mushouuwir  iaitu Tuhan Ynagg Maha Pencipta pelbagai rupa bentuk rekaan.orang islam tertinggal di belakang kerana mereka tidak menghayati ajaran islam sepenuhnya.


Khasiat dan Fadhilatnya

Jika seseorang isteri mandul hendaklah dia berpuasa tujuh hari, setiap kali hendak berbuka hendaklah dia baca "Al-Mushouuwir" atau "Ya-Mushouuwir"  21 kali dan dihembuskan kepada segelas air, dan diminum air tersebut ketika berbuka puasa. Insya-Allah Tuhan akan perkenankan bagi mendapatkan cahaya mata iaitu anak yang  bijak dan cerdas.

khasiat dan Fadhilat nama-nama allah



Asma al-Husna yang ke 59 ialah "Al-Mubdi-u"  yang bermaksud  " Tuhan Yang  mula-mula Menciptakan Makhluk.Allah s.w.t mula menciptakan semua makhluk daripada tiada kepada ada, tanpa sebarang contoh atau model.nsmum Allah pencipta segala yang dapat dilihat di alam maya ini,ataupun yang tidak dilihat seperti kejadian malikat ,alam barzah ,syurga dan neraka


Khasiat dan Fadhilatnya

Sesiapa yang beramal dengan nama Allah s.w.t ' Al- Mubdi-u" ini dengan sebanyakmungkin diwaktu siang atau malam ,nescaya orang itu akan mendapat keberkatan dari hartanya , semakin hari kian bertambah banyak .
sekiranya nama Tuhan Ya Mubdi-u dibacakan dan dihembuskan kepada wanita yang baru hamil, iansya-Allah kandungannya tidak akan keguguran.

Khasiat dan Fadhilat nama-nama Allah


Asma al-Husna yang ke-60 ialah "Al-mu'idu" yang membawa erti :" Tuhan yang mengembalikan semula semua makhluk".Setiap makhluk mempunyai penyudah iaitu ajal.Diakhirat kelak manusia akan dikembalikan semula oleh Allah Taala kepada kehidupan kali kedua yang abadi .Sifat Allah s.w.t yang " Mubdi-u dan 'mu'idu"  menunjukkan bahawa Dia-lah Tuhan ynag memulakan penciptaan.Maka dia juga yang kan mengulangi penciptaan setelah dimusnahkan dengan peristiwa qiamat.

Dari dua sifat Tuhan "Al-Mubdi-u" dan " Al-Mu'idu" maka wajarlah bagi orang-orang yang beriman supaya mengambil ikhtibar.Justeru manusia diminta berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan sifat-sifat baik pada diri.Sekiranya  usaha itu gagal maka hendaklah berusaha memulakan lagi seterusnya sehingga berjaya . Ataupun mereka hendaklah memulakan sesuatu kerja yang baik, kemudian mengulangi kebaikan itu sentiasa.Janganlah hanya sekali memulakan kerja kemudian berhenti setakat itu tanpa mengulanginya   lagi

.Begitu juga sekiranya seseorang berusaha hendak meninggalkan tabiat buruk, mestilah berusaha sepenuh hati. Sekali usaha tetapi tidak berjaya ,maka hendaklah kuatakan azam untuk terus mengatasi sehingga berhasil.Tidak merasa putus asa walaupun telah berusaha berulangkali.namun usaha mencoba dan terus mencoba hendaklah berterusan tanpa rasa bosan.


Khasiat dan Fadhilatnya

Sekiranya isteri sering keguguran dan dia bimbang berlaku lagi keguguran ,maka satu di antara ikhtiarnya ialah bacakan "A-Mu'idu"" 90 kali dengan keadaan letak jari telunjuk pada pusat isteri.Insya-Allah Kandungan akan selamat sehingga sampai masanya dilahirkan. .

Sabtu, 26 Mei 2012

Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa


teddybear.jpg
Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.
Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya
"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"
Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata
"kita kena kembali kepada Islam"
Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.
"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.
"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"
Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.
"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"
"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.
Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.
Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.
JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN
Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.
Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.
Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.
Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.
Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.
Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer(CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.
"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"
Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.
Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.
WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA
"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.
Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.
Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.
Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.
"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"
Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:
"makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"
Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.
Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa.  Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh
"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.
Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.
TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :
"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.
Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.
Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.
Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.
Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.
Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.
Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.
Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.
Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.
Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Iaboleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.
KESIMPULAN
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.
Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman