Asma-ul Husna yang ke enam ialah "As-Salam " iaitu selamat dari sebarang keaiban,sebagaimana Quddus bererti "suci" dari sebarang kecacatan ,maka As-Salam menbawa maksud selamat dari perkara yang mengaibkan .Walhasil Zat Tuhan yang diberi nama As-Salam itu Maha sempurna ditinjau dari sudut mana sekalipun.
Dari sudut kekuasaan sememangnya Tuhan Maha Berkuasa sepenuhnya ,dari sudut kebijaksanaan tentulah Tuhan itu Maha Bijaksana dan yang paling sempurna dan paling indah kesemuanya ada pada Tuhan .Yang cacat dan hodoh pastilah tidak ada pada-Nya.Sebaliknya ia ada pada makhluk yang kejadianya amat dhaif dan serba kekurangan.Justeru itulah Zat tuhan itu dinamakan sebagai "as-Salam" iaitu selamat dari sebarang sifat cacat cela .
Manusia sebagai hamba Tuhan yang bernama As-Salam itu, maka sewajarnya mereka berusaha menghindarkan diri dari segala keaiban yang boleh mencacatkan keperibadian manusia.Meskipun manusia mempunyai banyak kekurangan ,namun segala yang aib dan cela mestilah dijauhi.
Khasiat dan Fadhilatnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan