Rabu, 25 April 2012

Mandi-mandian herba dan akar kayu, dan amalan-amalan lain dalam rawatan bersalin



Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Ibu baru yang mengamalkan pantang-larang sebenarnya membuat pilihan untuk mengikuti satu siri upacara dan sekatan diet selama 44 hari. Ini bertujuan untuk membantu dia pulih sepenuhnya kekuatan fizikal dan emosi selepas mengandung dan melahirkan anak. 

Mandi-mandian herba dan akar kayu 

Satu komponen penting dalam amalan pantang-larang bagi ibu baru ialah mandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah. Ia dipercayai akan:
  • mengembalikan kecergasan;
  • membuangkan angin;
  • menghilangkan bau hanyir;
  • merawat urat yang terputus
  • .

Menyediakan mandian herba 

Ibu-ibu baru hari ini biasanya membeli set rumusan untuk dimasak di rumah. Anda boleh membelinya dari pusat-pusat penjagaan pantang (juga dipanggil pusat rawatan bersalin). 

Set mandian herba juga boleh dibeli sebagai sebahagian pakej yang termasuk penjagaan selepas bersalin, produk herba dan makanan tambahan, semua tersusun dan dijarakkan mengikut amalan-amalan dan jadual berpantang 44 hari. Beberapa pakej boleh merangkumi perkhidmatan bidan urut dan persediaan amalan-amalan pantang yang lain. 

Amalan-amalan berpantang yang lain 

Terdapat beberapa amalan pantang-larang yang jarang diikuti hari ini, lazimnya kerana ibu baru di kota dan bandar kekurangan struktur sokongan tradisional dan masa untuk membolehkan mereka memerhatikan setiap aspek berpantang dengan sepenuhnya. 

Walau bagaimanapun, ada juga pakej dari pusat-pusat penjagaan pantang yang merangkumi amalan-amalan ini:
  • Cucian untuk bahagian sulit yang bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal.
  • Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.
  • Minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.
  • Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.
Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden sebab kekangan tertentu. 


Bagaimana saya boleh dapatkan penjagaan pantang yang baik? 

Tanyalah orang yang lebih berpengalaman.
  • Tanya ibu anda atau ibu mertua, atau kawan yang baru melahirkan, atau rakan sekerja.

Bertungku selepas bersalin


 

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Bertungku dan berbengkung adalah asas kepada amalan-amalan pantang-larang bagi ibu baru dalam budaya Melayu. Sebelum berbengkung, wanita bertungku. 

Salah satu sebab utama bertungku ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan dari badan. 

Dikatakan bertungku juga:
  • memecahkan lemak;
  • mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
  • mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.
Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua. 

Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga. 

Malah, di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) Hospital Putrajayadan Hospital Sultan Ismail di Johor Baru, amalan jagaan perbidanan termasuk urut selepas bersalin, bertungku dan berbengkung. Ibu-ibu baru yang melahirkan bayi secara normal di kedua-dua hospital ini boleh memilih untuk menerima jagaan dari Unit T&CM ini. 

Makan Jamu semasa bersalin



Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Jamu adalah dianggap sebahagian yang penting dalam amalan-amalan berpantang. Adalah dipercayai bahawa jamu dan makanan yang betul boleh membantu ibu-ibu baru mendapatkan semula tenaga mereka dan menyembuhkan selepas kerja mengandung dan melahirkan anak.

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:
  • mengembalikan tenaga;
  • memanaskan badan;
  • mengeluarkan lemak dan toksin;
  • dan, melawaskan ke bilik air.
Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan. Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut. 

Apa yang boleh dan tidak boleh saya makan? 

Ibu atau ibu mertua anda, atau pembantu khas anda, akan menyarankan anda memakan jamu serta herba panas seperti halia. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Anda mungkin juga digalakkan berpantang dari:
  • mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk";
  • memakan hidangan berminyak;
  • meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut.

Di mana saya boleh mendapatkan jamu? 

Mengikut tradisi, bidan kampung yang mengurut ibu baru dan menemani sepanjang tempoh pantang juga akan merumuskan jamu.

Kini, selain menempahkan jamu khas dari bidan kampung, ibu moden boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer,set bersalin hpa ,produk rumusan homeopati seperti salindah dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.

Bengkung semasa bersalin




Tidak boleh dinafikan betapa pahit-manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. Namun begitu, amalan berpantang masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita Melayu. Sebabnya? Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami.

Terdapat beberapa amalan-amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama. 

Dimanakah mendapatkan bengkung? 

Pada suatu masa dahulu, kain bengkung dijahit oleh seorang ibu bagi anaknya yang hamil. Kini, anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu.

Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung:
  • 1. Bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak.
  • 2. Bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas.
  • 3. Bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar (sepanjang 15m) dililit kemas pada badan.

Pemakaian sempurna 

Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai secara ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang atau hari kemudiannya. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (namun sekarang ada wanita yang memakainya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari).

Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara.

Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.
  • Lapitlah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
  • Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
  • Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.

Faedah berbengkung 

"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh menghempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan vagina yang telah regang dan longgar." 

Ia juga dipercayai bahawa berbengkung juga boleh membantu:
  • mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
  • melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
  • mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
  • menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
  • memecahkan lemak dan selulit;
  • mencegah dari makan berlebihan.
Sepatutnya, tidak hanya amalan berbengkung yang harus diikuti. Amala-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan pantang larang. Dikatakan pantang yang diikuti dengan taat dan sempurna boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka. 



http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/bengkung/

SENGKAK DALAM RAWATAN URUT BERSALIN



Rawatan urut bersalin amat digalakkan selepas para ibu melahirkan anak . Ianya bertujuan untuk meMengikut tradisi, wanita Melayu yang baru bersalin dinasihatkan berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. 


Faedah urutan tradisional selepas bersalin 

Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, urutan selepas bersalin akan:
  • melancarkan perjalanan darah;
  • mengeluarkan darah (lokia)yang terperangkap dan tertakung;
  • menaikkan rahim;
  • membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya;
  • memecahkan lemak;
  • mengetat dan membentuk tubuh;
  • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
Yang menariknya, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu.

Malah, di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) Hospital Putrajayadan Hospital Sultan Ismail di Johor Baru, program kesihatan posnatal Melayu juga merangkumi urut payudara. Ibu-ibu baru juga diajar teknik ini supaya mereka dapat melakukannya di rumah.

Ibu-ibu baru yang melahirkan anak mereka secara normal di hospital-hospital tersebut (unit T&CM ini tidak terdapat dalam mana-mana hospital kerajaan yang lain pada masa ini) boleh menikmati urutan tradisional sebagai sebahagian daripada jagaan perbidanan. 

Siapakah yang akan mengurutkan saya? 


Mengikut tradisi, bidan kampung yang berpengalaman dalam semua aspek penjagaan ibu sebelum dan selepas bersalin akan pergi ke rumah ibu baru untuk mengurutnya dan membantu beliau menjaga bayi.

Dalam persekitaran bandar hari ini, di mana banyak pasangan muda tinggal jauh dari keluarga masing-masing, sistem sokongan ini tidak lagi menjadi pilihan.

  • Untuk mencari tukang urut yang baik, anda mempunyai beberapa pilihan.Tanya ibu anda atau ibu mertua, rakan-rakan yang telah baru-baru ini mempunyai bayi atau rakan sekerja jika mereka tahu sesiapa sahaja yang baik.
  • Perkhidmatan pusat-pusat rawatan bersalin dan penjagaan dalam pantang yang menyediakan pakej lengkap dengan urut, bengkung dan jamu   
 Sebut sahaja pasal urut bersalin ratar-rata para ibu akan tanya ummu "kak  ,boleh sengkak ke?".Itu adalah pertanyaan yang biasa ummu dapat bila para ibu bertanya tentang urut bersalin,Daripada pengalaman ummu melahirkan lapan orang anak sengkak adalah satu rawatan yang bersifat sementara .Dimana bila bidan sengkak peranakan maka peranakan akan naik sekejap ,kemudian bila buat kerja berat ,peranakan turun semula.
 Mengapa rahim mengalami prolaps atau penurunan?

Pertama, penting sekali untuk memahami bahwa rahim adalah organ yang sangat mudah bergerak dalam rongga panggul wanita. Rahim melekat di tempatnya dengan disangga oleh banyak ligamen yang tersusun dari jaringan-jaringan berserabut dan sejumlah kecil serat otot.
Berbagai penyangga tersebut mendapat banyak tekanan selama kehamilan dan proses kelahiran normal. Oleh karena itu, keduanya menjadi penyebab utama prolaps uteri (kandungan). Kehamilan itu sendiri mempengaruhi terjadinya prolaps uteri-vagina meski proses kelahirannya adalah operasi sesar(pembedahan). Karenanya, memilih pembedahan untuk kelahiran semua bayi tidak akan sepenuhnya mencegah keadaan  ini.
Penyebab utama lain penyebab prolaps kandungan adalah usia dan menopause, obesitas, batuk kronis dan konstipasi, tumor panggul, dan kerja fisik (misalnya, joging, lari, aerobik). Pada kondisi yang jarang terjadi, lemahnya penyangga rahim sejak lahir menjadi indikasi pada prolaps uteri-vagina pada wanita muda yang belum pernah melahirkan anak.
Seperti yang tertulis diatas terjadinya rahim jatu kerana lemahnya ligeman yang memegang nya.Jadi walau di sengkak setinggi mana pun rahim tetap akan prolap selagi ligamin yang memegangnya lemah.Jadi para ibu ,belehlah sengkak rahim disamping membuat senaman kemutan untuk mengecutkan kembali  ligamen yang memegang rahim ataupun ambillah apa-apa herba yang bertindak memulihkan kembali otot rahim.Kalau  sengkak sahaja  tak memadai untuk memulihkan rahim .
Sengkak juga tidak digalakkan pada usia kelahiran yang  awal takut berlaku pendarahan kerana pada usia awal kelahiran rahim masih belu sembuh sepenuhnya

Wallahu'alam 







Merawat Alahan Dengan perubatan alternatif




Alahan boleh juga dirawat dengan menggunakan kaedah perubatan alternatif .Disini ummu senaraikan pelbagai kaedah untuk merawat alahan yang berlaku kepada kita termasukalah alahan kepada makanan .alahan kepada habuk dan bermacam-bermacam alahan ,lihat http://fitrahsunnah.blogspot.com/2012/04/kenali-dan-tangani-alahan-dengan-teliti.html

Selain daripada berjumpa doktor dan mengambil ubat antihistamin untuk mengurangkan gejala alahan ,anda boleh juga menggunakan pelbagai  produk  dan cara alternatif dan boleh menyembuhkan alahan dengan lebih berkesan di mana gejala alahan itu hanya akan datang sekali-sekal a dalam hidup anda .InsyaAllah

Di antaranya:

1.Pergilah berjumpa demgan doktor homeopathy yang merawat menggunakan keadah tanpa dadah

2. Ambilah madu (pastikan original)  bersama dengan minyak kelapa dara sebagai  "colon cleansing"
caranya adalah  2 sudu besar madu pagi sahaja atau 1 sudu besar pagi dan malam dan 1sudu besar  pagi sebelum makan minyak kelapa dara hafiz http://umarhamzahshop.blogspot.com/ ataupun minyak kelapa dara keluaran bioasli
Jadikan sebagai amalan ,insyaAllah sembuh .Kemudian titikkan minyak kelapa dara hafiz satu titik dalam hidung supaya saraf dibahagian hidung tak sensisitf sangat dengan alergen.

3.Buat urutan tapak kaki dan bekam untuk membetulkan  saraf yang tersumbat supaya ubatnya senang nak sampai ketempat yang sakit.
 
4.Sambil tu bolehlah sapukan minyak kelapa dara di tempat yang sakit dan gatal itu tak kisahlah alahan itu berlaku di bahagian mana pun

Di sini ummu ceritakan pasal usul untuk tapak kaki untuk oarang yang alahan ni


  1. Urut buah pinggang,saluran kencing,pundi kencing, kelenjar bawah otak,saraf trigeminus perut besar,pankreas,kandung hempedu ,limpa,rahang bawah,rahang atas,kelenjar getah bening (atas),kelenjar getah bening (perut),kelenjar getah bening (dada)
Buat urutan seminggu sekali. Insyaallah sembuh.Akhir sekali doalah kepada Allah.




Selasa, 24 April 2012

KOMPOSISI KIMIA MINYAK KELAPA DARA



Struktur Kimia Kandungan Minyak Kelapa Dara



(Klik gambar untuk view yg lebih jelas)


Komposisi Kimia Minyak Kelapa Dara
(Sumber SII, 1977)

Mutu minyak kelapa dara


Standard Mutu Minyak Kelapa Dara Mengikut AFCC(Klik gambar untuk view yg lebih jelas)



Bagamana Minyak Kelapa Dara diproses?

Minyak Kelapa Dara BIO-ASLI dihasilkan secara organik melalui proses pementasi semulajadi dengan tidak menggunakan haba bagi memastikan struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan "lauric acid" tidak rosak seperti standard yang ditetapkan.

Apakah proses pembuatan VCO Bio-Asli terjamin kualitinya ?

Bagi menjamin kualiti struktur MCF dan antioksidan dalam VCO tidak berubah serta hilang, syarikat kami menggunakan teknik khas hasil dari penggabungan, pengubahsuaian dan idea ciptaan kami sendiri dalam proses penghasilan VCO. Oleh itu, proses penghasilan VCO Bio-Asli tidak menggunakan enzim (merosakan ikatan lipoprotein), pemanasan berperingkat (menghilangkan antioksidan) dan pemangkin asid (menguraikan ikatan MCF). Manakala proses pegasingan air dalam minyak tidak menggunakan mesin pemanasan berperingkat yang mana proses ini akan menghilangkan antioksidan. Bio-Asli dihasilkan dengan teknik 100% permentasi (tiada pemanasan, tiada pemangkin kimia dan tiada enzim pemangkin)Manakala proses pengasingan air mengunakan teknik graviti & hidrodinamik dirawat sehingga 0.1 mikron yang dijamin bebas dari segala kotoran.

Kualiti VCO

Apakah yang terkandung di dalam VCO sehingga boleh menyembuhkan berbagai penyakit degeneratif?
Pertanyaan ini sering kali muncul dalam perbualan seharian. Disebabkan itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan VCO. Dari hasil beberapa kajian, ternyata VCO mengandungi rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan " lauric Oil" yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok. Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam VCO adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

Seperti yang telah diketahui oleh ramai, bahawa nenek moyang kita secara turun-temurun telah membuat minyak kelapa dalam kegiatan seharian. Namun, yang menjadi pertanyaan, apakah benar minyak tersebut boleh dikatakan sebagai VCO? Tentunya hal ini harus merujuk pada kualiti yang dibuat oleh penyelidik. Namun, sampai saat ini, penyelidik (melalui Badan Penyelidikan Nasional) belum dapat membuat kualiti yang terbaik untuk VCO. Sebagai rujukan, kita boleh berpegang pada Asian and Fasific Coconut Community (AFCC) dan Philipine National Standards (PNS) dengan kod PNS/BAFPS No.22:2004. Kedua-dua badan ini telah membuat standard kualiti VCO, baik dilihat dari produk mahupun proses pembuatannya.

Untuk membandingkan minyak kelapa dengan VCO, pada Jadual yang menunjukkan kualiti mutu minyak kelapa menurut SII (1979). Sementara jadual diatas menunjukkan kualiti VCO menurut AFCC (2005).

Apabila merujuk kedua-dua jadual, kandungan asid lemak, terutamanya asid lemak rantai sedang, lebih tinggi pada VCO dibandingkan dengan minyak kelapa. Asid lemak rantai sedang inilah yang berkhasiat sebagai ubat. Asid lemak yang paling penting di antaranya lauric asid (C-12), capric asid (C-8),dan asid miristat (C-14).

Menurut AFCC, proses pembuatan VCO tidak melihat kepada proses dengan pemanasan atau tidak. Hal yang terpenting iaitu VCO dihasilkan dari kelapa segar dan sudah matang serta hasil yang diperolehinya (minyak) tidak berubah. Oleh yang demikian, minyak kelapa yang dihasilkan dengan tradisional dan pemanasan bertingkat masih boleh dikategorikan sebagai VCO. Namun, PNS memberikan kualiti yang lebih tepat lagi, di antaranya iaitu bahawa VCO tidak dihasilkan melalui proses kimia refining, deodorizing dan bleaching (RDB).

Minyak Kelapa Dara /Virgin Coconut Oil


Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.


Minyak Kelapa Dara 



Diproses secara semulajadi tanpa haba dan bahan kimia yang lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic.Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa suami isteri "bersama'' dengan melumurkannya ke seluruh badan.


KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA


1-Menyerupai lemak susu ibu.

2-Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric acid dan capric acid bertambah secara ketara. (lihat keterangan terperinci dalam tajuk Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menysukan Anak)

3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan sel mati)

4-Antivirus dan antibakteria.

Lauric acid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk Listeria monocytogenes dan Heliobacter pylori, serta protozoa seperti Giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Sementara capric acid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).

Dr. Halldor Thormar, ahli sains Icelandic, telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.

Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan iaitu dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organisma berkenaan.

Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma sel organisma berkenaan untuk replikasi (replication).



5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia

6- Dikelaskan sebagai Functional Food.

Sebagai functional food, (functional food telah didefinisikan dalam An ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50 peratus kandungan fatty asid di dalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 hingga 7 peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.

Rabu, 18 April 2012

Keistimewaan Dan Khasiat Zaafaran



1. DARI SEGI PERUBATAN


Dios Cerides - seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZA'FARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.


Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZA'FARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZA"FARAN dapat mengelakkan sisitem pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994)
Di Eropah ZA'FARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan.Kini ZA'FARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan dimana warnya yang keemasan itu di manfaatkan.


Di Mesir, ZA'FARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:

" Membantu pencernaan makanan" Menghindarkan batuk dan radang paru-paru" Mengurangkan maslah tidak boleh tidur malam" Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi" Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut" Air anti spashodic


ZA'FARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh 'therapist' dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubaat seperti:
" Melancarkan haid yang tidak menentu" Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin" Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala" Membantu menenangkan jiwa yang tertekanDi negara-negara Asia larutan ZA"FARN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan. Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar


ZA'FARAN bukan sahaj melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat 'filamen' daripad ZA'FARAN tersebut ke dalam susu dan di minum.



2. UNTUK MASAKAN

ZA'FARAN telah menjadi bahan terpenting dalam masakan antarabangsa. Di India ZA'FARAN mempunyai banyak kegunaan di dalam nasi, minuman dan pencuci mlut. Di Negara Teluk, tetamu dihidangkan dengan minuman di mana campurannya ialah kopi ZA'FARAN dan sejenis rempah (cardamurui) serta dihidangkan bersama ZA'FARAN.

Sirap yang menyegarkan juga di sediakan dengan ZA'FARAN. Di Sepanyol sejenis maskan yang menggunakan ZAA"FARAN 'Spanish Cuisine' sangat terkenal diseluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah 'Spanish cuisine' tersebut. Penggunaan meluas ZA'FARAN di Sepanyol sebagai ramuan masakan boleh digambarkan dengan di beberapa buah buku masakan silam seperti Libro Del Arte De Cocina (1599 Ad) De Diego Granado, Libro De Paste Leria (1611 Ad)
Di Itali "Rissoho A La Milanese" adalah makanan termasyhur. Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan 'Cake Za'faran'. Di Jepun penggunaan ZA"FARAN juga bertambah dan mereka juga gemar memakan ikan yang dihidangkan secara mentah bersama ZA"FARAN kerana ianya menambahkan lagi kelazatan ikan tersebut dan mengeluarkan warna keemasan pada daging ikan tersebut.


3. UNTUK MINYAK WANGI

Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, ianya juga digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil 'ZA"FARAN ATTAR' ianya mengeluarkan jenama bertaraf antarabangsa.


4. INDUSTRI TENUSU

ZA'FARAN telah memberikan warna yang cantik danmenyerikan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan kelazatan dan Za'faran juga digunakan dalam membuat ais krim.


5. TEMBAKAU BERPERISA

Kebanyakan di India di mana mereka menggunakan tembakau berperisa Za'faran yang dipanggil "Za'farn Zarda". Ianya menjadi sungguh enak.


6. INDUSTRI MAKANAN

Telah digunakan secara meluas termasuk makanan yang telah diproses.


7. BAHAN PEWARNA

Catatan sejarah menunjukkan bahawa banyak bangsa di dunia menggunakan ZA'FARAN yang keemasan sebagai bahan penyeri kulit seperti bangsa Irish, India, Jepun dan lain-lain serta pakaian. Sehingga sekarang sami-sami buddha masih menggunakan ZA'FARAn sebagai bahan pewarna bagi kain selepang yang mereka gunakan serta di dalam lukisan-lukisan mereka.

Berkenalan Dengan Pokok Zaafaran


 POKOK ZA'FARAN




Za'faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za'faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za'faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah.
 Za'faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za'faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian saintis membuktikan bahawa Za'faran berpotensi digunakan sebagai salah satu eleman penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit.
 Penggunaan Za'faran bukan sahaja dapat mencerahkan kulit, sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah, Za'faran adalah jawapannya. Bagi ibu-ibu mengandung Za'faran dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Za'faran mempunyai nilai perubatan. Za'faran berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.
Ummu beli Stigma Zaafaran dan masukkan dalam air minuman.Rasanya sejuk dan segar.Sekarang ni ummu tengah buat  kajian tentang  produk Hafiz Penyegar Mata .InsyaAllah akan di keluarkan dalam masa terdekat.




Kenali dan Tangani Alahan Dengan Teliti






Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.

Istilah 'allergy' telah dicipta oleh pakar kanak-kanak Vienna, Clemens von Pirquet dalam 1906 selepas membuat nota bahawa sesetengah pesakit-pesakitnya adalah hipersensitif untuk entiti-entiti yang biasanya tidak berbahaya seperti debu, debunga, atau makanan tertentu. Pirquet menamakan fenomena ini sebagai 'allergy', daripada kata-kata Yunani allos bermaksud "lain" dan ergon bermaksud "kerja".

Sejarah

Dari segi sejarah, semua bentuk hipersensitif (hypersensitivity) adalah diklasifikasikan sebagai alahan-alahan, dan segala pemikiran yang disebabkan oleh satu pengaktifan yang tidak wajar kelas antibodi yang bernama Immunoglobulin E (IgE) - Teruka dan Kimishige Ishizaka merupakan antara yang pertama untuk mengasingkan dan menghuraikan IgE dalam tahun 1960an.

Kemudian, ia menjadi jelas bahawa beberapa mekanisma penyakit lain telah dilibatkan, dengan hubungan biasa antara hypersensitivities berbeza-beza ini ada satu pengaktifan yang mengganggu sistem imun dalam satu cara atau selainnya. Suatu skima klasifikasi yang baru telah direka oleh P Gell dan R Coombs bagi mencerminkan apa yang kemudian diberi nama semula reaksi kehipersensitifan (hypersensitivities). Perkataan "alahan" adalah kemudian terhad untuk jenis I hypersensitivities, yang adalah disebabkan oleh mekanisme IgE yang klasik.


Penyebab
  • Tumbuh-tumbuhan.
  • Makanan.
  • Ubat-ubatan.
  • Debunga.
  • Sengatan lebah.
  • Gigitan.

Alahan Rhinitis (Alahan pernafasan)

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.

Tanda-tanda dan gejala
  • Penghasilan mukus (lendir).
  • Gatal-gatal di
    • Tekak
    • Hidung
    • Mulut
    • Mata
    • Kulit
  • Batuk.
  • Sakit kepala.
  • Hidung berair/Bersin.
  • Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

Rawatan
  • Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
  • Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
  • Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.

Pengurusan sendiri
Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk:
  • Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.
  • Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.
  • Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.
  • Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.
  • Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.
  • Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

Alahan terhadap makanan

Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
  • Intolerans terhadap makanan.
  • Sindrom gangguan usus.
  • Tekanan fizikal.
  • Keracunan makanan.
Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

Gejala
  • Tekak terasa gatal.
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Kekejangan otot perut.
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
  • Gatal-gatal/urtikaria.
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.
  • Sesak nafas/bunyi ronkus.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.

Pengurusan sendiri
  • Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.
  • Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.
  • Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan. (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).
  • Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.
  • Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.

Alahan terhadap ubat-ubatan

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala
  • Gatal-gatal.
  • Ruam kulit.
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata.
  • Bunyi ronkus.
  • Bibir membengkak.
  • Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
    • Penyumbatan rongga hidung.
    • Sukar bernafas.
    • Batuk.
    • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
    • Pening.
    • Keliru.
    • Sakit/kekejangan otot abdomen.
    • Loya, muntah.
    • Cirit-birit.

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.


Alahan Konjunktivitis

Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.

Gejala
  • Mata merah.
  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
  • Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
  • Keluar air mata.
  • Kelopak mata bengkak/sembab.
Rawatan

Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

Pengurusan sendiri
  • Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.
  • Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.
  • Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.
  • Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.
  • Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.
  • Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.

Fadhilat Nama Allah AS-Salam






Asma-ul Husna yang ke enam ialah "As-Salam " iaitu selamat dari sebarang keaiban,sebagaimana Quddus bererti "suci" dari sebarang kecacatan  ,maka As-Salam menbawa  maksud selamat dari perkara yang mengaibkan .Walhasil Zat Tuhan yang diberi nama As-Salam itu Maha sempurna ditinjau dari sudut mana sekalipun.

Dari sudut kekuasaan sememangnya Tuhan  Maha Berkuasa sepenuhnya ,dari sudut kebijaksanaan tentulah Tuhan itu Maha Bijaksana dan yang paling sempurna dan paling indah  kesemuanya ada pada Tuhan .Yang cacat dan hodoh pastilah tidak ada pada-Nya.Sebaliknya  ia ada pada makhluk yang kejadianya amat dhaif dan serba kekurangan.Justeru itulah Zat tuhan itu dinamakan sebagai  "as-Salam" iaitu selamat dari sebarang sifat cacat cela .

Manusia sebagai hamba Tuhan yang bernama As-Salam itu, maka sewajarnya mereka berusaha  menghindarkan diri dari segala  keaiban yang boleh mencacatkan keperibadian manusia.Meskipun manusia mempunyai banyak kekurangan ,namun segala yang aib dan cela mestilah dijauhi.


Khasiat dan Fadhilatnya


Barangsiapa yang selalu membaca atau menyebut nama Tuhan "As-Salam " atau dengan seruan "Ya Salam " seratus lima belas kali ,dan dihembuskan kepada orang yang sakit .InsyaAllah ia akan menjadi penawar dan akan sembuh dari sakitnya dengan izin Allah S.W.T.

Jumaat, 6 April 2012

Hernia (Angin Pasang) - Usus Terjulur Keluar



ANDA perasan, ada benjolan sebesar telur puyuh di celah kelangkang. Benjolan itu timbul semasa anda batuk, bersin, berdiri, berjalan, berlari atau melakukan aktiviti fizikal lain.
Namun, ia tidak kelihatan seolah-olah bersembunyi dan menghilangkan dirinya apabila anda berbaring mahupun terjaga dari tidur pada waktu pagi keesokan harinya.
Lazimnya, ia tidak mendatangkan apa-apa kesakitan, cuma rasa agak kurang selesa, malah ada benjolan yang masuk semula dengan sendirinya.
Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat.
Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan.
Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.
Anda mungkin pernah mendengar orang tua-tua bercakap tentang angin pasang, uluran dan burut. Inilah dia. Pakar-pakar perubatan pula memanggilnya sebagai hernia.
Walaupun namanya boleh sahaja membayangkan seorang perawan dengan rupa paras yang menarik, hakikatnya lebih ramai lelaki yang menghidapi hernia, 1:10.
Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi, Hospital Pakar Putra (Batu Pahat), Johor, Dr. Chan Kin Yoong berkata, hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar.
‘‘Kecacatan otot di badan boleh terjadi sejak kelahiran, dikenali sebagai hernia kongenital manakala jenis acquired melibatkan kerosakan otot badan disebabkan oleh kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan berpunca daripada batuk berkali-kali, angkat berat, sembelit dan sukar membuang air kecil.
‘‘Bahagian badan menonjol keluar apabila seseorang itu mengemut atau berdiri. Kalau komplikasi terjadi, perut akan mengembung, sakit, muntah dan tidak boleh buang air besar,’’ ujar beliau.
Nama penyakit ini berasal dari bahasa Latin, herniae, yang bererti penonjolan isi suatu rongga melalui tisu nipis yang lemah pada dinding rongga itu.





Dinding rongga yang lemah itu membentuk suatu kantung dengan pintu berupa cincin. Gangguan ini sering terjadi di bahagian perut dengan isi yang keluar berupa bahagian dari usus,
Menurutnya, umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak dan lebih sering dialami kaum Adam berbanding Hawa.
‘‘Ini terjadi kerana adanya perbezaan proses perkembangan alat reproduksi lelaki dan wanita semasa janin.
‘‘Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.
‘‘Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu dapat menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia,’’ kata Dr. Chan.
Pesakit sering mengeluh adanya benjolan yang tidak menyakitkan namun cukup mengganggu, bergantung berapa besar penonjolannya. Penonjolan muncul kerana adanya kelemahan anatomi pada otot dinding perut, menyebabkan penonjolan di tempat yang lemah.
Keadaan menjadi lebih parah apabila ada dorongan akibat peningkatan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, akibat meneran ketika buang air, batuk, bersin atau mengangkat bebanan berat.
Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.
Mengulas lanjut, katanya, hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan, yang merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan.
Pada orang dewasa, hernia terjadi disebabkan dua faktor utama.
‘‘Pertama, adanya otot dinding rongga, misalnya perut yang lemah. Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya hernia pada orang dewasa ini terjadi pada usia lanjut kerana pada umur tua otot dinding rongga perut melemah.
‘‘Seiring pertambahan usia, organ dan tisu tubuh mengalami proses kemerosotan. Pada wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya bahagian yang lemah.
‘‘Keadaan-keadaan tersebut, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam bahagian yang lemah tadi lalu menonjol ke luar,’’ jelasnya.
Kebiasaan merokok, penyakit yang mengenai tisu dan diabetes melitus juga dapat mempengaruhi timbulnya hernia. Ketiga-tiganya mempunyai kaitan dengan gangguan metabolisme pada tisu.
Dalam kes hernia ringan, bahagian usus yang keluar dapat masuk kembali ke rongga perut jika pesakit berbaring atau didorong sendiri oleh pesakit.
Berita buruknya apabila hernia sudah masuk ke tahap takterturunkan. Pada peringkat ini, isi hernia yang keluar tidak boleh masuk kembali meskipun ditolak dari luar.
Terang Dr. Chan: ‘‘Kita juga perlu waspada jika cincin hernia berdiameter kecil. Bila sudah ada usus yang keluar ditambah tekanan rongga perut yang meningkat, bahagian usus dapat keluar lebih banyak.
‘‘Jika berterusan begitu tanpa rawatan, ia boleh menjadi hernia inkarserat. Bahagian usus yang terjulur keluar tidak dapat kembali ke tempat asalnya.
``Atau menjadi hernia tercekik kerana usus yang terkeluar tadi dapat mengalami pembusukan dan mati akibat tidak mendapat bekalan darah (gangren).’’
*Rawatan
Hernia pada orang dewasa seelok-eloknya ditangani seawal mungkin. Bila didiamkan dan bertambah parah, nyawa mampu menjadi taruhannya.
‘‘Terapinya tak ada jalan lain, kecuali pembedahan,’’ tegas Dr. Chan. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan kerana puncanya melibatkan keadaan anatomi yang melemah atau mengalami kelainan.
Pembedahan untuk menangani hernia ini merupakan yang kedua paling kerap selepas operasi apendiks.
Di kalangan orang dewasa, pembedahan dilakukan untuk menutup lubang dan memperkuatkan bahagian yang lemah. Otot perut dirapatkan menutupi lubang yang ada.
Pada zaman dahulu, pembedahan dilakukan dengan menempatkan pesakit dalam posisi kepala di bawah agar isi hernia masuk kembali ke rongga perut oleh graviti bumi.
‘‘Pembedahan tidak harus segera kecuali bagi hernia inkarserat dan tercekik, ia harus segera dilakukan. Jika tidak, bahagian isi hernia yang terjerut boleh membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian,’’ katanya.
Setelah operasi, ada sesetengah pesakit mengadu bahagian yang dibedah seperti tertarik dan berasa nyeri (sakit seperti ditusuk jarum).





Untuk mengatasi keluhan tadi, kini tersedia jala sintetis yang dikenal dengan mesh.
Selain pembedahan konvensional, kini terdapat rawatan menggunakan teknik bedah laparoskopi yang menawarkan beberapa kelebihan, antara lain, luka surgeri yang kecil sehingga mempengaruhi penyembuhan yang lebih cepat.
‘‘Pada kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya.
‘‘Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus.
‘‘Akibatnya, tidak hanya cairan yang keluar, usus pun dapat keluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia,’’ ujar Dr. Chan sambil menambah, pada kanak-kanak, tindakan hanya ditujukan untuk menutup lubang.
Terapi tanpa bedah berupa pemakaian penopang hanya bersifat menyokong, sama sekali tidak memperbaiki hernia itu, apalagi menyembuhkannya.
Cara ini diperuntukkan bagi pesakit yang menolak pembedahan atau keadaan yang tidak mengizinkannya untuk dibedah.
Namun, untuk penderita yang menolak pembedahan, keadaan penyakitnya boleh memasuki tahap lanjut dan akhirnya tetap memerlukan pembedahan.
Malangnya, pada keadaan ini, surgeri akan menjadi lebih sukar, apalagi kalau sampai isi hernia tidak boleh dimasukkan kembali atau membusuk.
Oleh : 
Shafinaz Sheikh Maznan

Disalin daripada