Selasa, 5 Julai 2011

DIMANA KEKUATAN KITA?



Sahabat yang dikasihi,


Dengan sistem pelajaran yang ada sekarang, anak-anak kita, purata cuma mendapat  2 atau 3 A saja dalam UPSR, setelah mengorbankan 6 tahun dalam alam persekolahan.. bererti mereka  cuma belajar cemerlang dalam 2 atau 3 mata pelajaran sahaja. Umur masa tu, dah 12 tahun..
Imam syafie waktu tu dah boleh keluar fatwa... Cuba bayangkan kewibawaan Imam Syafie dengan anak kita yang berumur 12 atau 13 tahun.

Mungkin Imam Syafie, adalah contoh yang ekstrem, tapi rata-rata orang masa tu, umat Islam masa tu dah cukup matang bila umur 16-17 tahun.  Dah boleh jadi pemimpin dah. 
Sultan Muhammad Fatih memimpin tenteranya, dan Usamah (r.a.) juga anak bekas seorang hamba sudah dipilih oleh Rasulullah memimpin pasukan perang ketika umur yang sama..

Semalam seorang remaja (saya tidak gemar mengguna perkataan ini) lelaki, berumur 18 tahun, mengeluh sebab beliau kena daftarkan diri ke Uitm Kuala Pilah Negeri Sembilan. Ditanya kenapa mengeluh ?  Ketika tu beliau ke klinik datang buat pemeriksaan kesihatan untuk kemasukan universiti. Beliau menjawab, "Jauh ! Dan mau ibubapanya datang bersama semasa pendaftaran kemasukan nanti".  Sedangkan jarak perjalanan Shah Alam dan Kuala Pilah cuma 2 jam setengah dan beliau dah ada kelengkapan perhubungan seperti hand phone dan kita maklum bahawa sekarang tiada masalah perhubungan pengangkutan. Ummu masih ingat lagi ketika ummu mendaftar  seorang diri di UM Petaling Jaya, naik bas dari Terengganu... Waktu tu, nak telepon pun kena cari public phone.. dan bukan banyak pun.  Naik turun dengan beg besar, daftar asrama dll.. 

Bezanya kita dengan mereka adalah cara mendekati Quran , mempelajari dan mengamalkannya.
Kita meletakkan Al Quran sebagai bahan ekstra yang akan dilihat dan dipelajari jika ada ekstra time !
Tetapi mereka melihat Al Quran sebagai manual yang seronok dan wajib didekati, difahami dan akan diambil sebagai petunjuk dan panduan utama dalam kehidupan. Sebab itulah mereka lahir sebagai hamba Allah dan Khalifah di bumi ini.  Pemimpin di bumi ini !

Sistem pelajaran hari ni, begitu sistematik, diolah supaya bila kita keluar, kita akan jadi pekerja-pekerja  yang akan meneruskan sistem yang ada, dan kita  menjadi pengikut atau hamba utk berkhidmat  dan meneruskan sistem ini. Kata  Hassan Al Banna, seorang ulamak muktabar, sistem pendidikan hari ini, menjadikan kita membesarkan anak-anak untuk jadi ayam-ayam daging untuk diguna dan disembelih oleh sistem. 

Berbual dengan seorang rakan di kedai semasa menunggu pesanan makanan sampai, beliau menggatakan "  sungguh, kita nampak sistem pelajaran kita ni  cantik dan sistematik, tetapi tak dapat  bawa anak-anak kita sebagai pemimpin, kalau adapun segelintir anak-anak kita yang ada "ektra" . Itu pun mereka dibekalkan dengan nilai-nilai mulia yang kalau ada, untuk taat kepada sistem.

Kita tengok diri kita, bagaimana  kita beri perhatian kepada Quran dan apa yang dibawanya !!
Hari ni , baca Quran menjadi pilihan terakhir, waktu malam Jumaat atau bila ada kematian.
Sekolah tahfiz atau institusi agama menjadi pilihan terakhir atau Dumping Field untuk ibu bapa yang tak dapat selesaikan anak-anak myang bermasalah. 

Jom kita letakkan semula Al Quran dan penggunaannya di tempat yang betul  dalam diri kita dan anak-anak , dalam pendidikan dan masyarakat.  
Mulakan pada diri kita dan kemudian keluarga !! 

InsyaAllah kita akan bangun semula sebagai umat yang memimpin manusia dan umat  seluruhnya. Wibawa inilah yang kita hilang sebab hilangnya Al Quran dalam diri kita.. Benarlah panduan-panduan yang ada dalam Al Quran, membawa kita cemerlang, umat cemerlang di dunia dan ketika kita kembali menemuiNya.

Inilah yang ditakut dan dibenci oleh musuh-musuh kita dan musuh Allah..

Wassalam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan