Rabu, 13 Julai 2011

MINYAK KELAPA DARA DAN PENURUNAN BERAT BADAN



Hmmm.. minyak kelapa dara mampu menurunkan berat badan. Anda pasti akan terfikir, "Bukankah minyak kelapa dara tak elok?".
Buat makluman anda, sejarah berkaitan minyak kelapa menunjukkan ianya mempunyai reputasi yang buruk ketika peristiwa perang habis habisan melawan lemak pada 50 tahun yang lepas. Menurut kajian yang lapuk berkenaan, mereka mengkaji menggunakan minyak kelapa terhidrogenasi di mana ianya boleh mengakibatkan peningkatan tahap kolestrol dan kami sedia maklum bahawa lemak terhidrogenasi memang tidak baik untuk kesihatan kita.

Bagaimanapun, tidak seperti minyak kelapa terhidroenasi yang lampau, minyak kelapa dara tidak terhidrogenasi dan tidak mempunyai kolestrol. Sebenarnya, ianya merupakan sumber lemak yang paling menyihatkan dalam diet seharian kita.

Jadi, mari kita melihat dengan lebih mendalam untuk membuktikan bahawa anda boleh menurunkan berat badan anda dengan minyak kelapa dara:

Adakah Minyak Kelapa Dara (VCO) meningkatkan metabolisma dan menggalakkan penurunan lemak?
-Satu perkara yang perlu diketahui adalah minyak kelapa dara mengandungi medium chain fatty acids (MCFA) dan ianya lebih dikenali sebagai Medium Chain Triglycerides (MCT).
-Kajian menunjukkan bahawa tubuh badan kita mencernakan MCFA lebih mudah berbanding lemak-lemak lain. Sebenarnya, ianya melalui saluran yang berbeza apabila ia dimakan. Ianya dihantar terus ke hati untuk dimetabolisasikan dan terus ditukarkan kepada sumber tenaga. Ini akan menyebabkan peningkatan metabolisma, peningkatan peluang anda untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan anda dan memberikan tenaga yang lebih kepada anda.
-Suatu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clininal Nutrition mendapati bahawa pengguna dapat menurunkan berat badan apabila mereka memperolehi MCFA dalam diet mereka. Sebenarnya, mereka mendapati ramai yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan diet yang mengandungi MCFA berbanding diet yang mengambil minyak zaitun.

Adakah Minyak Kelapa Dara (VCO) mampu mengurangkan penyakit mengidam makanan?
-Semua sudah maklum bahawa memakan terlalu banyak makanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Jika anda pernah menderita penyakit mengidam makanan pastinya anda tahu betapa mudahnya pihak lain boleh sabotaj anda dengan propaganda penurunan berat badan.
-Kami yakin bahawa diet yang kurang lemak boleh mengakibatkan tubuh anda mengidamkan lemak. Bila saya ingin menurunkan berat badan, saya cuba meningkatkan pengambilan minyak yang sihat maka saya dapat sumber bernutrisi lemak yang sihat dalam diet saya. Saya mendapati ianya mampu mengurangkan selera makan saya dan mengidam makanan berlemak. Menyalurkan diet anda dengan lemak yang sihat akan membantu dalam mengekalkan perasaan di mana anda rasa kenyang dan dapat mengurangkan perasaan mengidam makanan (selera nak makan sangat).

Berapa banyak berat yang mampu diturunkan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO)?

Jumlah berat badan yang boleh diturunkan bergantung kepada beberapa faktor.
Memakan diet yang sihat dan disusuli senaman merupakan peranan uama untuk memastikan penurunan berat badan jangka panjang. Jika anda ingin menurunkan berat badan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO) ianya merupakan suatu proses yang perlahan, berperingkat-peringkat dan proses yang menyihatkan.

Beberapa individu telah mengadu bahawa mereka telah berjaya menurunkan 5 pound dalam masa seminggu dengan Minyak Kelapa Dara, tetapi saya rasa ianya mungkin disusuli beberapa senaman. Beberapa pakar kesihatan mengesyorkan bahawa penurunan berat badan adalah baik adalah 1 pound seminggu.

Kajian perubatan terhadap minyak kelapa dan dan penurunan berar badan.

Ada kajian menunjukkan bahawa Medium Chain Triglycerides (MCT) membantu meningkatkan metabolisma dan sekaligus menurunkan berat badan.

Kajian semenjak akhir akhir ini di McGill School of Dietetics and Human Nutrition in Montreal (Canada), mengkaji minyak kategori MCT pada lelaki dan wanita yang mempunyai berat overweight 25 pound. Minyak berkenaan mengandungi 67% minyak tropika, mengandungi minyak kelapa, flaxseed oil dan minyak zaitun.

Peter Jones, seorang professor yang bertugas dalam kajian berkenaan menyatakan bahawa minyak berkenaan 'terus diarahkan ke hati untuk dibakar dan ditukarkan kepada tenaga. Minyak berkenaan tidak disimpan di dalam tubuh sebagai lemak dan mampu meningkatkan metabolisma, di mana ianya sebagai kunci dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ada juga data provokasi yang mengatakan bahawa minyak yang mengandungi MCT mampu mengurangkan selera makan'.

Salah seorang peserta berjaya mengurangkan sekitar 1 pound sebulan. 'Selepas mengambil minyak berkenaan selama setahun, seseorang boleh menurangkan 1 pound sebulan atau 12 pound setahun' kata Jones, juga mendapati bahawa peserta wanita memperoleh kadar metabolisma yang tinggi.

Anda boleh mendapatkan testimoni daripada internet daripada mereka yang berjaya menurunkan berat badan mereka dengan Minyak Kelapa Dara. Penurunan berat badan ini disebabkan peningkatan metabolisma daripada MCFA, pengurangan kalori, atau peningkatan aktiviti fizikal.

Buat masa ini, ada juga harus berjumpa dengan ahli fizik (perubatan) untuk berbincang jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan Minyak Kelapa Dara atau sebelum bermulanya apa jua pelan kurangkan berat badan.

Kesimpulan

Anda perlu ingat bahawa penurunan berat badan perlu dilakukan dalam kaedah yang seimbang dan menyihatkan. Memakan makanan yang berzat dan mendapatkan aktiviti fizikal yang banyak merupakan peranan utama dalam memperoleh matlamat pengurangan berat badan anda.

Adalah wajar untuk menurunkan berat badan dengan Minyak Kelapa Dara kerana:
  • ianya memberikan tubuh anda lemak yang sihat yang diperlukan untuk tenaga.
  • ia boleh meningkatkan metabolisma - MCFA boleh dicernakan lebih pantas yang mengakibatkan peningkatan metabolisma dan lebih banyak kalori terbakar.
  • ia boleh mengurangkan penyakit mengidam makanan (terlalu berselera) - anda memperoleh sumber lemak yang baik dalam tubuh badan, jadi anda akan sentiasa rasa kenyang dan sifat selera makan tak menentu dapat dikurangkan
  • ingat, MInyak Kelapa Dara bukanlah segala penyelesaiannya dan bukan juga jalan pintas untuk menurunkan berat badan anda. Minyak yang semulajadi ini menolong anda untuk meningkatkan metabolisma dan memastikan anda dapat menguruskan berat badan anda dengan lebih baik.

Selasa, 12 Julai 2011

MEMBUAT TELUR MASIN BASAH





Umumnya telur akan rosak setelah disimpan lebih 2 minggu di ruang terbuka. kerosakan kebanyakkan berpunca dari kotoran yang terdapat dilapisan kulit telur dan penurunan mutu telur disebabkan dengan kelembapan persekitaran. prinsip pengawetan telur adalah bertujuan untuk mencegah peranan bakteria serta keluarnya air dari dalam telur. justeru pengawetan telur penting untuk menjaga meningkatkan kualiti dan nilai tambah telur segar tersebut. salah satu cara yang ekonomik ialah menjadikannya sebagai telur masin.

Ciri-ciri telur masin yang baik ialah:
  • Memiliki kuning telur berwarna kuning cerah dan berminyak
  • posisi kuning telur berada ditengah-tengah,
  • tidak banyak terdapat rongga.
CARA MEMBUAT TELUR MASIN BASAH
Bahan-bahan:
  1. 10 biji telur itik (saiz yang sekata dan baik)
  2. 250 gram garam dapur
  3. 1 liter air bersih
  4. kertas pasir/berus halus - untuk membersihkan kotoran pada telur
  5. 1 bekas plastik yang kedap udara

Cara membuat:
  1. cuci atau lap telur dengan air suam hingga bersih dan kemudiannya dikeringkan.
  2. kemudian gosok secara sekata ( tidak terlalu kuat dan sekadar 1 pusingan) permukaan telur dengan menggunakan kertas pasir/ berus halus bagi memastikan liang-liang telur terbuka.
  3. buat larutan air garam yang terdiri dari air dan garam dapur 1:4 dan masukkan larutan tersebut di dalam bekas plastik yang berpenutup kedap udara
  4. masuk telur yang dibersihkan ke dalam bekas (hingga semua telur terendam) dan tutup bekas dengan penutup kedap udara
  5. simpan telur selama 15-18 hari sebelum digunakan.
Tips:
A. Direndam dalam larutan teh.Setelah jadi telur masin mentah biasanya dicuci dan direbus hingga masak. Namun ada juga yang merendam telur pada larutan teh terlebih dahulu sebelum telur masin mentah tersebut direbus. perendaman dalam larutan teh dilakukan selama 4-8 hari.

Penggunakan ekstrak daun teh ini bertujuan agar zat tanin yang terkandung dalam daun teh dapat menutupi pori-pori telur serta memberikan warna coklat muda yang menarik. malah dapat memberi aroma kepada telur masin.
B Telur Masin dengan lain-lain aroma.
Dalam khalayak umum sudah pernah ada yang bereksperimen membuat telur asin dengan membubuhi berbagai macam aroma dan rasa, seperti telur masin rasa halia, cili, juga jeruk.

Cara membuat ekstrak halia tersebut adalah dengan mengupas bersih halia, kemudian dikisar dengan air secukupnya, lalu ditapis dan jadikan ekstrak halia. kaedah yang sama boleh digunakan untuk hasil ekstrak selain halia.Kemudian ekstrak ini akan dicampurkan kedalam larutan garam dan dikacau dengan rata. Kemudian rendam telur itik ke dalam larutan tersebut selama 7-10 hari. Langkah selanjutnya sama seperti pada pembuatan telur masin biasa. Percampuran ekstrak rasa ke dalam larutan garam untuk merendam telur hanya akan mempengaruhi rasa masin dari telur tersebut, namun tidak mempengaruhi warna baik putih maupun kuning telurnya. Jadi bila kita menambahkan ekstrak halia, maka rasa telur masin akan rasa seperti halia. Begitu juga untuk ekstrak rasa yang lain.
\

Isnin, 11 Julai 2011

KIT PENGURUSAN JENAZAH


Lazimnya yang berlaku pihak yang kematian ahli keluarga ini lebih sibuk memikirkan apa juadah yang perlu disediakan untuk kenduri tahlil berbanding bagaimana mahu menguruskan jenazah si mati. Kadangkala berapa upah yang mahu diberikan kepada orang yang menguruskan jenazah juga boleh menjadi isu kerana biasanya tukang mandi mayat tidak letakkan harga kerana tidak mahu perkara itu menjadi satu urusniaga sedangkan ianya fardu kifayah tetapi kita tetap beri sedikit sumbangan sebagai penghargaan kepada kepada khidmat mereka. Nilai yang perlu diberikan selalu menjadi persoalan tetapi berdasarkan maklumat dari mereka-mereka yang biasa menguruskan jenazah ianya antara RM 150 hingga RM 250.  Jika segala kelengkapan seperti alatan mandian dan kain kapan telah disediakan oleh pihak simati maka sumbangannya bolehlah dikurangkan sedikit. Ada sesetengah kes pihak simati telah mempunyai khairat dengan masjid atau surau berdekatan jadi semuanya ditanggung oleh pihak tersebut.
Diakui bahawa hal-hal begini biasanya kurang diambil pusing oleh ramai orang dan menyedari situasi itu Pihak Dunia Kifayah Enterprise dengan rendah hati telah memperkenalkan satu produk yang memang diluar duga tetapi penggunaannya boleh dikatakan hampir setiap hari. Produk yang dimaksudkan ialah Kit Pengurusan Jenazah.
Segala kelengkapan untuk mandian dan mengkafankan telah siap disediakan didalam Kit ini. Ini sedikit perincian berkenaan item-item yang terkandung di dalam Kit yang bersifat Universal tersebut:
1) Kain Kapan 3 Helai
2) Kain kemban 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Sarung Bantal / Sarung tangan kain 4 Helai
6) Tal 5 helai
7) Kapas 2 Gulung
8   Air Mawar
9) Air Sintok
10) Celak
11) Kapur barus
12) Minyak Attar
13) Sabun
14) Serbuk Cendana /Pacai
15) Apron Plastik
16) Plastik Sampah
17) Sarung Tangan getah 2 Set
18) Topeng Muka 1 set
Usaha pihak Dunia Kifayah sememangnya harus dipuji kerana bagi aku dengan adanya set kelengkapan seperti ini sekurang-kurang orang ramai tahu apa yang diperlukan untuk pengurusan jenazah dan tentunya  lebih memudahkan apabila ianya telah siap sedia dipakejkan sepertimana harapan Pengurus Besar Dunia Kifayah bahawa dengan adanya produk sebegini kerja-kerja pengurusan jenazah akan menjadi lebih teratur, kemas, mudah dan sempurna.
Rasulullah SAW  bersabda “Agama itu mudah oleh itu permudahkanlah jangan memayahkan, gembirakanlah, jangan meliarkan (menakutkan)”

Jumaat, 8 Julai 2011

BERHATI-HATI DENGAN AURAT DI BAWAH DAGU


                                 Pakaian yang mamatuhi etika aurat dalam solat dan tawaf





                       Bahagian bawah dagu terdedah ,,masih belum memenuhi etika aurat dalam solat

Pada 5 dan 6 hb jun yang lepas ummu ikut program intensif kursus haji.Program ini di anjurkan oleh pihak tabung haji ,lanjutan dari 17 kursus yang lepas.Begitulah perihatinnya pihak tabung haji dalam melancarkan perjalanan jemaah haji apabila berada di Mekah.Dalam setiap kursus pasti ustaz akan sentuh tentang aurat  semasa mengerjakan tawaf .  Kata ustaz  aurat tawaf sama macam aurat dalam  solat  ,,,,,

Aurat dalam solat taklah  susah sangat , boleh pakai baju kurung tapi pakailah kain dalam ,boleh pakai jubah tapi biarlah jubah yang tebal dan dan tak nampak bentuk badan tak payah pakai telekung pun tak apa.Kalau pakai seluar pakailah seluar yang tak ketat ,labuhkan baju sampai ke punggung kalau nampak punggung yang montok dikira tak tutup aurat lah tu,dah tu.. pakailah stokin ,dan yang paling penting dan ummu tengok ramai wanita yang alpa dengan aurat dibawah dagu .......tutuplah aurat dagu anda dengan kikik yang ada dibawah dagu anda hingga melepasi tulang dagu .Kalau tak lepas tulang dagu maka tak sahlah solat anda.

Bagi yang pakai  telekung  cubalah dapatkan telakung yang tebal sedikit  biarlah mahal sikit ,,tak pelah kiita kan nak mengadap Allah dan juga yang ada kerawang yang bertebuk  biarlah bertebuk di bahagian di bahagian yang menutup aurat.

Ingin ummu ingatkan solat adalah ibadah yang pertama dikira oleh Allah tanpa solat yang betul ,,,semua ibadah kita yang lain adalah sia-sia.

Begitu jugalah dengan aurat dalam ibadah tawaf ,,,yang lain semua dah lepas atau lulus tapi bahagian dagu tak lulus,,,,puas dah ustaz dok bercerita pasal  aurat dibawah dagu ,,,,tak juga dihiraukan oleh makcik-makcik. Tak tahulah kenapa  .....samada tak tahu atau tak mahu tahu ,,,ummu pun tak tahu...

Tapi yelah ibadah tawaf adalah rukun haji ,,,kalau tak lulus maka akan tertanggung seumur hidup ,,,,NAUZUBILLLAH




Jadi kepada para wanita diluar sana awasilah aurat dibawah dagu anda.....samada untuk ibadah solat atau ibadah tawaf

Selasa, 5 Julai 2011

ETIKA BERPAKAIAN WANITA MUSLIMAH






Di sini, suka untuk ana berkongsi point-point ringkas tentang 8 syarat
pakaian bagi seorang muslimah ketika keluar rumah yang dipetik dari
buku yang dikarang oleh Ustaz Haji Aminuddin bin Haji Abdul Rahim,
Penyampai bimbingan Fardhu Ain Kedah FM. Syarat-syarat yang telah
ditulis dalam buku ini amatlah jelas dan mudah untuk difahami. Oleh
itu, ayuhlah para muslimat kita memahami 8 syarat di bawah ini:

1. Menutup seluruh aurat.

· Aurat seorang wanita ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan
kedua tangan (sehingga pergelangan tangan)


2. Pakaian yang tebal dan tidak jarang sehingga boleh menampakkan
warna kulit dan rambut

· Dari riwayat Imam Muslim Hadis no 2128, ertinya:

“Ada dua golongan ahli neraka yang daku belum pernah lihat sebelum
ini. (pertama) beberapa lelaki yang mempunyai cemeti seumpama seekor
lembu (yang digunakan untuk) memukul orang lain(secara zalim), (kedua)
segolongan perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang yang
seleweng serta menyelewengkan, di atas kepala mereka seumpama bonggol
unta. Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menghidu baunya,
sesungguhnya bau syurga itu benar-benar dapat dihidu dari jarak begini
dan begini.”


3. Pakaian mestilah longgar, lapang atau luas yakni tidak terlalu ketat

· Dari Hadis Riwayat Imam Ahmad No:21845, ertinya:

“Sayyidina Usamah bin Zaid telah berkata: baginda Rasulullah s.a.w
telah memakaikan kepada-daku sejenis pakaian yang tebal di mana
pakaian itu ialah hadiah daripada Sayyidina Dihyah Al-Kalbi r.a kepada
Baginda. Kemudian daku pakaikan pakaian itu pada isteriku. Baginda
terus bersabda: “suruhlah isterimu mengenakan pakaian lain di sebelah
dalam kerana saya khuatir pakaian yang ku hadiahi tadi menonjolkan
bentuk rangka atau tubuhnya.”


4. Pakaian itu tidak dikenakan wangi-wangian

· Dari hadis Riwayat An-Nasai hadis no : 5126, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu
Hibban dalam kitab sahih mereka berdua, ertinya:

“Seorang perempuan yang memakai minyak wangi kemudian melaui
(melintasi) di hadapan satu kaum (lelaki) agar mereka menghidu baunya
maka ia dianggap umpama berzina. Begitu juga setiap mata yang
melihatnya dianggap umpama berzina.”


5. Pakaian itu bukan untuk kemasyhuran dan menarik perhatian(menjolok
mata) serta untuk sombong dan takabbur

· Dari hadis riwayat Imam Ibnu Majah Hadis Riwayat no :3607 dengan
isnad yang baik daripada Ibnu Umar r.a, ertinya:

“Barangsiapa yang memakai pakaian kemasyhuran (untuk mashyur) di dunia
maka Allah akan memakaikannya pkaian kehinaan pada hari kiamat,
kemudian Allah membakarnya dengan api neraka”


6. Janganlah sesuatu yang digunakan untuk menutup aurat itu sendiri
merupakan perhiasan. Contoh: mahkota, rambut palsu

· Dari hadis riwayat Ibnu Majah Hadis no 4001, ertinya:

“Ketika baginda Rasulullah s.a.w duduk di dalam masjid tiba-tiba
seorang perempuan dari Bani Muzainah masuk ke dalam masjid dengan
pakaian yang terhias indah sambil berjalan dengan gaya sombong, lalu
baginda s.a.w bersabda: “Wahai manusia!Laranglah perempuan-perempuan
kalian daripada memakai pakaian yang merupakan perhiasan dan
(laranglah mereka daripada) berjalan dengan gaya sombong di dalam
masjid. Sesungguhnya Bani Israil tidak dilaknat kecuali setelah
perempuan-perempuan mereka memakai perhiasan dan mereka(perempuan)
berjalan dengan lagak dan gaya sombong dengan perhiasannya di dalam
masjid”


7. Pakaian tidak menyerupai pakaian orang kafir. Tetapi kebanyakan
muslimah sekarang berusaha sedaya upaya untuk memakai pakaian ala
barat walaupun mahal. Kebanyakan fesyen2 tersebut telah direka khas
oleh orang-orang Yahudi yang berusaha menyesatkan orang Islam
berdasarkan Ayat 120 di dalam surah Al-Baqarah:

· “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju
atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama
mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):
"Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar".
dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka
sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang
kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun)
Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

· Disebutkan juga dari Riwayat Abu Daud Hadis No: 4024 dan Ahmad
daripada Ibnu Umar r.a, ertinya:

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dalam golongan mereka”

8. Pakaian tidak menyerupai pakaian lelaki

· Dari Hadis Riwayat al-Bukhari Hadis No; 5885, dan yang lainnya
daripada Ibnu Abbas r.a, ertinya:

“Rasulullah s.a.w melaknat kaum lelaki yang menyerupai perempuan dan
kaum perempuan yang menyerupai lelaki”



Oleh, itu ayuh muslimat sekalian! Tutuplah jagalah pakaianmu, tutuplah
auratmu sebelum dirimu dikafankan. Sesungguhnya ana pernah mendengar
ustaz ana berkata dulu, antara wanita yang akan tergoda dengan
Dajjal(walaupun Dajjal itu sebenarya seburuk-buruk makhluk) pada akhir
zaman adalah wanita yang tidak menjaga auratnya , tidak taat pada
suami dan banyak melakukan kemungkaran.

Ayuh! Persiapkan diri kita untuk menjadi muslimah yang layak ke syurga. Amin…


~~~only ALLAH knows the BEST~~~


PERINGATAN UNTUK ANAK





Bila dahaga, yang susukan aku.... mak                              
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak                                
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak                      
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak                        
Bila bangun tidur, aku cari.... mak                                
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak                          
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak                              
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak                            
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak                           
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak                              
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak                            
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak                    
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak                              
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak                            
Aku selalu teringatkan .... mak                                  
Bila sedih, aku mesti talipon..... mak                              
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... . mak                        
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak                              
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "                          
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak                          
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak                          
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak                            
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak                            
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak                        
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... mak                          
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak              
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..... mak                    
Yang selalu berleter kat aku... mak                                
Yang selalu puji aku.... mak                                    
Yang selalu nasihat aku.... mak                                  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak    
               
Aku ada pasangan hidup sendiri....      
                         
Bila seronok, aku cari....pasanganku                              
Bila sedih, aku cari.... mak
                                    
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                          
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak    
                         
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                            
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku  
                           
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                            
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak  
                         
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku                    
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan ?Selamat Hari Ibu?
               
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
                                   
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon mak
                               
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                          
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak      
                   
Renungkan:  
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?        
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".                
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......  
                   
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....      
     


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... ..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....  
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1..00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu