Selasa, 28 Jun 2011

POKOK ROSSELE

Pokok roselle ditepi rumah ummu, dah matang dan boleh dibuat jem roselle.


IINDUSTRI ROSELLE DI MALAYSIA


Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor.  Roselle merupakan tanaman semusim dengan  pokok bersaiz renik dan boleh tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter (sm). 
Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa cabang  akan keluar dari batang utama.


Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat. Daunnya berwarna hijau dan  dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan bertukar ke bentuk tiga jari. Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun. Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.




HASILAN ROSELLE
  1. Ekstrak roselle dan khasiatnyaEkstrak roselle diperoleh dengan melakukan proses pengekstrakan terhadap salut bunga segar atau salut bunga kering yang direndam di dalam air panas pada suhu >60°C selama 30 minit hingga semalaman dan seterusnya ekstrak ini bewarna merah gelap yang amat masam diperoleh melalui proses penurasan. Daripada ekstrak ini berbagai-bagai hasilan roselle dapat dikeluarkan. Ekstrak roselle juga boleh dijadikan serbuk melalui proses pengeringan sembur. Ekstrak roselle didapati kaya dengan pigmen anthosianin, asid askorbik dan asid buah yang lain. Hasil analisis mendapati kandungan pewarna anthosianin sebanyak 1.48 g/100 g salut bunga kering. Sementara itu sirap roselle mempunyai kandungan vitamin yang agak tinggi iaitu 200 mg/100 ml.
  2. Minuman roselleMinuman jus atau kordial roselle boleh disediakan dengan mencampurkan ekstrak roselle dengan gula dan bahan tambah yang lain seperti bahan awet. Campuran ini dibancuh menggunakan mesin pembancuh.
  3. Halwa roselleSalut bunga roselle hasil penurasan ekstraknya, dimasak dalam larutan gula sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Seterusnya salut bunga dikeringkan, maka terhasillah halwa roselle.
  4. Serbuk roselleSerbuk roselle atau teh berperisa roselle boleh dihasilkan daripada salut bunga segar yang dikeringkan pada suhu 65–80°C selama 6–8 jam atau sehingga kandungan lembapan 2%. Seterusnya salut bunga yang telah kering dikisar, ditambah bahan anti ketul dan dibungkus. Untuk teh berperisa roselle, salut bunga kering yang telah dikisar dan ditambah bahan anti ketul dicampur bersama daun teh sebelum dibungkus.
  5. Jem dan jeli roselleSalut bunga segar atau salut bunga terpakai selepas proses pengekstrakan, dikisar dan hasilnya disebut pulpa (pulp). Untuk membuat jem roselle, pulpa ini dimasak bersama gula, pektin dan air sehingga mencapai kepekatan 65 °Brix. Jeli roselle juga diproses dengan kaedah yang sama tetapi menggunakan ekstraknya
KHASIAT ROSELLE


1.11111
1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.





 2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.




 3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser. 



4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas. 



5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.



 6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur. 



7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.


Bijibenih roselle yang ummu keringkan

– DuniaHerbaHPA.com » Roselle (Vitamin C)
 pokoko rosselle

BUAH PISANG

                                          
              Pokok pisang tanduk di tepi rumah Ummu.

Macamtulah bila kita berbudi pada tanah. Pisang tanduk  dalam gambar tengah matang , dah boleh ditebang.

   Pokok pisang tu rendah,suami Ummu pun boleh capai buahnya.Bukan main seronok lagi suami ummu menghadiahkan pisang kepada jiran-jiran.Hasil titk peluh sendiri.


              Anak pokok pisang yang suami Ummu semai,mungkin lepas pencen suami Ummu nak jadi pekebun pisang..



haaa tu pisang yang telah masak siap untuk digoreng ,,rasanya manis maklumlah pisang organik.

Kepada pengunjung blog ummu ,di sini ceritakan pasal khasiat buah pisang:

1. Pisang merupakan sumber kebaikan potassium, karena 100 gram pisang mengandungi 400 gram potassium. Sekedar mengingatkan, potassium adalah nutrisi yang boleh membantu menurunkan tekanan darah, memberi tenaga, membantu pertumbuhan otot dan mencegah terjadinya kram otot.Potasium  juga merupakan mineral penting yg dapat menormalkan denyut jantung, menghantar oksigen ke otak dan mengendalikan kadar cairan tubuh. Saat kita sedang STRES (gangguan pikiran yg dapt mengakibatkan gangguan badan), tahap  metabolisme menjadi naik, dan karenanya terjadi pengurangan kadar potasium. Ini dapat dikendalikan dengan makanan ringan dari pisang yg kaya dgn kadar potasiumnya.

2. Pisang mengandungi Tryptphan, sejenis protein yg diatur tubuh menjadi Serotonin, diketahui dapat membawa kesan relax, menambah suasana hati pada umumnya menjadi lebih baik.

3. Duapuluh tiga Juta pisang dibekalkan kepada para pemain tenis lelaki dan wanita dalam permainan tenis Wimbledon setiap tahunnya. Maklum, pisang memiliki sumber tenaga yang tinggi.

4. Diare boleh disembuhkan hanya dengan memakan pisang yang memiliki titik-titik coklat di kulitnya. Sebab, ada pectin, potassium dan magnesium yang dikandungnya.

5. Pisang mampu memulihkan stamina tubuh, sebab pisang menggantikan potassium yang hilang dari dalam tubuh. Selain itu pisang juga mampu menghilangkan rasa pegal, mengurangi rasa mual, dan mengurangi tingginya level magnesium, sehingga membantu menghilangkan pening dan melancarkan peredaran darah.

6. Kulit pisang mempunyai manfaat lebih di daerah tropika, selayaknya Indonesia. Rasa gatal dan bengkak bekas gigitan nyamuk boleh dihilangkan dengan hanya mengusapkan kulitnya.

7. Dua pisang sehari mampu mengurangi tekanan tinggi sampai 10 peratus. Itu berdasarkan penelitian para dokter di India. Vitamin B6 yg terkandung dalam pisang mengawal  kadar gloksa darah, yg dapat mempengaruhi keadaan tubuh lebih baik.Ianya sangat sesuai untuk mengurangkan gejala sydrom PMS bagi wanita

8. Pisang mengandung tiga gula: fruktosa, sukrosa, glukosa dan memiliki lebih banyak karbohidrat serta serta yang penting dibandingkan buah lain. Gula yang masuk ke aliran arah mengalir dengan kecepatan berbeza yang boleh menjaga kadar gula dan menghindari energy crashes.

9. Tinggi zat besi, buah pisang dapat merangsang penghasilan hemoglobin (sel darah merah) dan membantu kes penyakit ANEMIA

10.Menurut penelitian “Jurnal perubatan di New England “, memakan buah pisang adalah sebahagian dari program DIET yang dapat mengurangi resiko kematian akibat STROKE sebanyak 40%.

11.Buah pisang dapat membantu orang yang akan berhenti merokok, karena kandungan vitamin B6 dan B12 dan juga kandungan potasium dan magnesium membantu tubuh mencegah kesan dari gangguan NIKOTIN


Oleh karena itu memakan buah pisang merupakan perubatan semulajadi utk pelbagai penyakit. Jika dibandingkan dengan buah EPAL, pisang memiliki 4 kali bahagian protein, 2 kali bahagian zat karbohidrat, 3 kali bahagian fospor, 5 kali bahagian vitamin A dan zat besi, 2 kali bahagian mineral dan vitamin lain. Juga kaya dengan peratus potasium dan merupakan buah terbaik yg mudah didapati.


Rabu, 15 Jun 2011

RAHIM KENDUR…PUNCA DAN CARA MENGATASINYA….

INFO KESIHATAN WANITA


Kekenduran Rahim (Prolapse)

Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’’, lihat tajuk ‘Pembedahan’)   Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.
Gangguan perkencingan.
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah  perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal.   Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’knya.
Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.     Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami.     Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.
Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan.     Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.
Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion.   Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.    Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan.     Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.
Apakah punca punca kejadian prolapse?
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya‘ prolapse’.     Di antaranya adalah seperti berikut:
i)  Faktor Baka
Setengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khususnya ibu, ibu-saudara atau nenek mengalami masalah yang sama.    Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan.    Kekenduran atau kelemahan otot dan tisu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan mencukupi dari segi semua zat seperti protin dan vitamin.
ii)  Exercise
Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim.   Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau exercise untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung.    Amalan exercise waktu hamil dan selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse.    Oleh itu kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.
iii)  Kehamilan dan Kelahiran
Kehamilan dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendokong rahim.        Kelahiran normal atau secara forceps atau vacuum memang dianggap satu kecerderaan yang merosakkan ligamen-ligamen dan otot disekeliling faraj.     Sering-kali mereka yang melahirkan di rumah mengalami kekoyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan.      Kelahiran yang memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti vacuum atau forceps adalah faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di kemudian hari.
iv)  Menopaus
Keadaan menopaus atau kekurangan hormon samaada yang berlaku secara natural iaitu ketika umur 50 tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan oleh sebab-sebab penyakit yang mana ovari dibuang boleh menyebabkan keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan.     Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse.     Nyata sekali prolapse yang teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 ke atas akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopaus.     Kegunaan hormon sebagai rawatan menopaus nyata dapat mengurangkan berlakunya prolapse.
v)   Ketumbuhan Dalam Rahim
Pada wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam umur empat puluhan ke atas ataupun selepas putus haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah.    Tetapi fibroid ini biasanya yang berukuran besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi saiz bola golf.
Rawatan dan Pencegahan
Langkah yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah tersebut ialah pertama:
i)    Jaga kesihatan dan kawal berat badan
Kegemukan adalah salah satu faktor yang bukan sahaja yang menjadi satu gangguan terhadap kecantikan seseorang wanita, malah ia mempunyai banyak kesan-kesan yang buruk terhadap wanita seperti menyebabkan masalah prolapse di kemudian hari.     Oleh itu eloklah jaga berat badan dengan mengawal makanan dan membuat exercise.
ii)  Amalan exercise
Amalan untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita-wanita Malaysia.     Tetapi tabiat ini sering dilakukan oleh wanita wanita Barat khususnya mereka yang terpelajar. Banyak video- video yang memberi panduan tentang kaedah exercise ini dapat di pasaran.     Panduan untuk melakukan exercise atau gerak tubuh khas untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari pakar physiotherapist atau juru-pulih anggota di hospital atau di klinik swasta.
Ini sangat penting kerana jika ia dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan pada bentuk badan status tubuh badan yang asal seperti sebelum hamil akan dapat dicapai dan ia boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan lain lain gangguan yang dikaitkan dengan prolapse rahim.  Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang.    Malah dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan makanan yang seimbang, yang berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan exercise yang tertentu.
iii) Exercise kemut atau ‘grip’
Exercise untuk mengemut atau grip adalah bertujuan untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal perkencingan.    Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam alat zakar suami.    Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk beberapa saat, misalnya dua  tiga minit sekali dalam waktu pantang dan seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian.     Insya-Allah otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia-kala.
Alat PSX
Terdapat satu alat yang digelar dengan nama PSX yang bertujuan untuk membantu wanita melakukan exercise ini.     Pada asasnya alat ini mengandungi bahagian yang berbentuk seperti zakar yang dimasukkan ke dalam faraj ketika sebelum melakukan exercise dan eloknya ia disarungkan dengan kondom ataupun jika tidak berkongsi dengan orang-orang lain tidaklah perlu menyarongkan dengan kondom tetapi perlu menggunakan pelincir seperti K.Y. Jelly untuk memasukkan ke dalam saluran faraj.     Seterusnya ia juga mempunyai satu alat meter bagi mengukur kekuatan kemutannya.        Setelah memasukkan alat tersebut dalam faraj, kemutan dilakukan dan ia boleh melihat kekuatan kemutan tersebut daripada meter.      Kemutan dilakukan berulang-ulang dan dari ukuran tekanan pada meter alat tersebut, seseorang wanita akan dapat menilai kekuatan otot faraj.      Jika amalan ini dilakukan selalu, Insya-Allah kekuatan otot faraj dan lantai punggung akan pulih seperti sedia-kala  dan seterusnya dapat mengelakkan dari pembedahan.

Pembedahan
Berbagai jenis pembedahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekenduran faraj dan prolapse.     Di antaranya ialah pembedahan untuk membuang rahim serta membetulkan saluran faraj atau vaginal repair (Vaginal Hysterectomy and Repair – lihat tajuk ‘Pembedahan’).  Pembedahan ini dilakukan dalam kes-kes yang teruk ‘prolapse’nya dan di kalangan wanita yang telah meningkat umur.
Tetapi bagi mereka yang lebih muda dan masih bercadang untuk meneruskan zuriatnya, kekenduran faraj boleh diatasi dengan pembedahan hanya untuk menguatkan atau membetulkan saluran faraj (vaginal repair).   Ini pun hanya dilakukan jika lain-lain usaha seperti exercise atau ‘physiotherapy’ dan penggunaan alat PSX telah gagal mengatasi masalahnya.
Pembedahan juga kadang-kala dilakukan ke atas wanita yang tidak dapat mengawal kencing.   Biasanya ini dilakukan bersama dengan vaginal repair, tetapi kadang-kala jika ini gagal dan masalah stress incontinence atau kencing yang tidak terkawal masih berlaku, pembedahan melalui perut atau di bahagian ari-ari mungkin perlu dilakukan untuk menjahit otot di permukaan pundi kencing.
Pembedahan adalah satu jalan terakhir jika usaha-usaha lain yang dilakukan menerusi exercise, kegunaan alat PSX atau kaedah rangsangan elektrik pada otot dan lantai punggung telah dibuktikan gagal.
Kegunaan Pessary
Bagi wanita yang berumur dan mengalami masalah prolapse yang teruk dan tidak sesuai menjalani pembedahan khususnya tidak sesuai menerima bius, maka cara yang lain ialah untuk menggunakan satu alat yang dimasukkan ke dalam faraj.   Alat ini  digelar dengan nama ‘Ring pessary’.  Alat ini boleh mencegah rahim daripada jatuh ke bawah. Wanita yang menggunakan pessary perlu menjaga kebersihan faraj untuk mencegah jangkitan kuman, biasanya pemeriksaan perlu dilakukan antara tiga hingga enam bulan sekali.


Ummu nasihatkan para ibu yang baru melahirkan samada anak sulung atau anak yang keberapa takkiralah berapapun , selepas bersalin  lakukanlah urutan bersalin dan bertungku bagi menegangkan lagi otot-otot rahim.Cara  tradisional ini sedikit sebanyak boleh menguatkan otot rahim.
source: pakar sakit puan: hamidarshat.com