Khamis, 24 Mac 2011

HAK SEORANG TEMAN


Kepada para ibubapa  yang  melayari blog ummu , ingin ummu nasihatkan intailah dengan siapa anak kita berteman. Cuba carikan teman yang baik dan sholeh kepada anak kita kerana yang demikian itu memberi kesan yang besar  kepada corak hidup mereka.Memang benarlah orang berkata : Pengaruh kawan itu sangat kuat. Ada yang  lain pula berkata: Jangan tanya siapa aku ? Tetapi tanyalah siapa kawanku , niscaya engkau akan mengenaliku .

Al-Bhukari dan  Muslim telah meriwayatkan  daripada Abu Musa Al-Asy'ari r.a bahawasanya Rasulullah telah berkata yang bermaksud ;

" Perumpamaan teman yang salih , dan teman yang jahat , adalah umpama orang yang menjual minyak wangi, dan tukang besi peniup api . Penjual minyak wangi , sama ada dia memberi kau sedikit , ataupun kau membeli daripadanya , ataupun kau mencium daripadanya bau yang wnagi. Sedangkan tukang besi peniup  api ,sama ada dia akan membakar pakainmu , ataupun kau mencium bau yang  busuk daripadanya. "

At- Termidzi dan Abu daud meriwayatkan lagi daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :

" Seseornag itu akan dipandang dengan orang yang berjalan dengannya, maka seseorang kamu hendaklah memerhatikan siapa yang menjadi kawanya"

 Adap-adap ni ummu ambil daripada buku Tarbiyatul Aulad karangan  Abdullah Nasih Ulwan.
Di antara adap- adap itu adalah:

(a) Memberi salam ketika bertemu
(b) Menziarahinya ketika sakit
(c) Menngucap rahmat ketika bersin
(d) Menziarahi di rumah kerana Allah
(e) Membantunya di waktu susah
( f) Menerima undangannya  jika di undang
(g) Menberi tahniah pada bulan-bulan dan hari-hari raya . yang bisa dilakukan oleh orang ramai
(h) Saling hadiah-menghadiahi pada musim-musim tertentu ataupun  upacara-upacara tertentu


 Madah yang diucapkan oleh kaum Asad:

Sekiranya rakanku tiada menunggang  di belakang untaku
Sama bergaya, maka tiada ertinya tungganganku
Jika temaku tiada punyai separuh simpanan makananku
Tiada gunalah makanan itu dan tiada ertilah kelebihanku
Kami berkongsi semua harta yang kami punyai
Inginkan di hati biarlah dia lebih  bukan aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan