Sembelit berlaku apabila seseorang itu sukar untuk membuang najis disebabkan najis itu keras. Sembelit bukanlah bermakna seseorang itu tidak kerap buang najis .Kekerapan membuang najis berbeza antara individu . Kadar pembuangan najis yang paling baik adalah 14 jam sekali Sembelit merupakan satu gejala,
bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam
kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang
tidak baik.
Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau
bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang
berlainan. Gejala-gejala tersebut:
*Membuang najis yang keras dan kering seperti batu .
* Perut kembung, kejang atau sakit.
* Kurang selera makan.
* Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi
kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk
elakkan ketidakselesaan.
* Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Sebab-Sebab
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada
makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot
pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada
usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras
kerana kebanyakan air telah diserap.
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot
kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak
ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi
keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
# Kurang serat dalam diet-buah-buahan,sayuran dan tepung berserat kaya dengan fiber
# Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua-aktiviti fizikal akan meningkatkan kadar metabolisme
# Susu- produk tenusu adalah kurang fiber
# Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar atau Irritable bowel syndrome.
# Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
# Penyalahgunaan julap-- julap berkesan untuk pergerakan usus tapi akan mendatangkan risiko bila kita terlalu bergantung kepadanya.
# Menahan untuk membuang air besar--makin lama kita menahan buang air besar maka makin kering dan keras najis didalam usus
# Kekurangan air--Minum banyak air, air soda dan lain-lain minuman yang mengandungi kafein akan menyebabkan dehidrasi.
# Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
# Masalah dengan kolon dan rektum.
# Masalah dengan fungsi usus. sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
# Perubahan rutin harian.-- perjalanan jauh akan megubah ruti harian anda. Pada masa ini masa makan ,masa tidur dan masa ke tandas juga berubah ,oleh itu meningkatkan sembelit
Komplikasi
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir
yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures
(koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh
najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum
mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini
boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang
terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan
dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang
terkeluar.
Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus
dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara
normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction
yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini
boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau
disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin
akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan
jari.
Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan
serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak
menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya
lebih lembut.
Sebaiknya Anda segera ke dokter jika sembelit disertai sakit perut, diare, atau tinja Anda berlendir/berdarah.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
# Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
# Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
# Anda dalam kesakitan.
# Anda mendapati najis anda berdarah.
Bagaimana Minyak Kelapa dara Membantu masalah Sembelit
Bagaimana minyak kelapa dara dapat membantu masalah sembelit?
Minyak kelapa dara mampu membantu masalah sembelit adalah kerana ia
berserat dan dapat membersihkan usus besar dengan berkesan. Ia membantu
meningkatkan kadar metabolisma dimana ia membantu sistem pencernaan
memproses makanan lebih cekap.Ia juga bertindak sebagi pelincir dalam usus.
3 langkah cara pengambilan minyak kelapa dara sebagai pemakanan sehari-hari.
Campurkan 1/2 sudu teh minyak kelapa dara bersama dengan 1 gelas jus .Mnium campuran jus itu.Pastikan jus yang diambil 100 % asli , tiada campuran gula putih
Ulang 3 atau 4 kali sehari sekurang-kurangnya 30 minut sebelum makan.
Tambah dos daripada 1/2 sudu teh sehari sehingga 3-4 sudu makan sehari. Penambahan dos secara berkadar akan memberi masa kepada badan meyesuaikan diri.