Khamis, 27 Jun 2013

Apa itu Alfalfa? 6 Khasiat & Manfaat Kesehatan Alfalfa



Amazine | Online Popular Knowledge
kecambah alfalfa 150x150 Apa itu Alfalfa? 6 Khasiat & Manfaat Kesehatan AlfalfaAlfalfa merupakan tanaman yang dikenal mempunyai berbagai manfaat kesehatan.
Alfalfa (Medicago sativa) termasuk dalam keluarga kekacang. Tanaman ini dapat tumbuh sampai satu meter dan memiliki bunga kecil berwarna ungu.
Tanaman alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 4,5 meter.
Karena akar yang menghujam dalam itulah, tanaman ini terkenal tahan kekeringan.
Dipercaya pula, sistem akar yang dalam membuat alfalfa dapat menyerap mineral yang tidak boleh ditemukan di permukaan tanah.
Hal ini membuat tanaman ini istimewa sehingga dinamai alfalfa oleh orang Arab yang berarti ayah dari tanaman.
Orang Arab menemukan kuda-kuda mereka menjadi kuat dan bugar setelah memakan alfalfa.
Alfalfa telah digunakan sebagai obat herbal sejak berabad-abad dalam pengobatan tradisional Cina dan ayurveda.
Nutrisi Alfalfa
Meskipun terutama dipergunakan sebagai makanan ternak, alfalfa juga memberikan manfaat bagi manusia.
Alfalfa umum diguna dalam bentuk kecambah, batang, maupun daun kering.
Supleman makanan alfalfa juga tersedia dalam bentuk tablet, bubuk, atau teh.
Tanaman ini kaya akan mineral, seperti kalsium, magnesium, fosfor, kalium, dan besi. Alfalfa juga mengandung vitamin B, C, E, dan K.
Selain itu, alfalfa mengandung bentuk alami dari fluorida, protein, mineral, serat, asam lemak /asid lemak ,esensial, dan antioksidan.

Manfaat Alfalfa
Berikut adalah beberapa manfaat kesehatan alfalfa.
1. Alfalfa bermanfaat mengendalikan kolesterol darah dengan menghilangkan kolesterol jahat dari tubuh.
Selain itu, tanaman ini mampu mencegah pembentukan plak di dinding arteri sehingga mengurangi kemungkinan penyakit jantung dan stroke.
2. Alfalfa mampu menurunkan kadar gula darah. Herbal ini sering direkomendasikan untuk penderita diabetes, terutama bagi mereka yang tidak merespon insulin.
3. Sifat diuretik dari alfalfa efektif menghilangkan retensi air dalam tubuh sehingga mencegah edema.
4. Tanaman ini juga berguna mengurangi gejala menopause karena sebagian zat dalam alfalfa bertindak seperti estrogen.
5. Alfalfa juga efektif mengobati asma dan masalah pernapasan lainnya.
6. Tanaman ini bisa digunakan untuk mengobati gangguan pencernaan dan untuk detoksifikasi. Alfalfa dipercaya pula efektif mengurangi kekakuan sendi dan nyeri otot.
Alfalfa umum dikonsumsi dalam bentuk kecambah dan suplemen. Teh alfalfa dikatakan baik untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh, membantu pencernaan, pemurnian darah, dll.
Namun, hindari konsumsi alfalfa mentah karena boleh menyebabkan infeksi Salmonella Saintpaul.
Alfalfa harus diambil dalam jumlah sederhana karena overdos dapat menyebabkan kerusakan sel darah merah.
Pasakit  transplantasi ginjal serta wanita hamil dan menyusui harus menghindari alfalfa.[]

Khasiat cuka kurma

photo

KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena,  vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

KENAPA CUKA DARIPADA BUAH KURMA?
Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim)

Cara Penggunaan:
1).Campur 1 sudu makan dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa-apa
Rawatan Sihir:
1). Untuk rawatan sihir: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas subuh
2). Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa : Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian  sapu dengan minyak zaiton


Tiada kolagen dalam rumpai laut




Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu. 

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.  

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen. 

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar. 

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat. 

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik? 

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan. 

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin). 

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda. 

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman. 

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.  

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi. 

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur. 

Ingat Cantik, ingat vitamin C.



Selasa, 25 Jun 2013

Regangan Ringkas sewaktu bekerja



Jom  kita lakukan bersama,semoga mendapat manfaat:

1. Membongkok  sebelum duduk
Duduk berjam-jam boleh menyebabkan penambahan berat badan.Sebuah studi menyatakan rata-rata individu yang obes duduk sekitar 2.5 jam perhari dibandingkan dengan orang kurus .Duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan penyakit jantung, diabetes dan kanser usus.
Untuk menghindarinya, lakukan gerakan membongkok sebelum duduk. Berdirilah sekitar 2.5 cm di depan kerusi anda, kemudian pegnag perut.membongkok seperti posisi sewaktu andan akan duduk ,namun hanya menyentuh bahagian belakang kerusi,kemudian berdiri kembali.
"Melakukan perkara ini selama satu minit setiap hari akan membakar sekitar 50kalori selama satu minggu bekerja ,"kata Shirley Archer ,palatih olahraga peribadi dan penulis buku Exercises For The Working Week.


2.Regangan pinggang   sambil menggunakan komputer.
Ketika sedang berada di meja kerja,sering kali kita melipat kaki dan membuar saraf tendon di pinggul menjadi lebih pendek. Hal ini membuat pinggang menjadi kaku dan terasa ngilu di bahagian punggung .Untuk menghindari hal ini ,cuba lakuka sedikit regangan.
Sewaktu duduk, bengkokkan lutut dan letakkan kaki di lantai.Angkatkai kanan dan letakkan di atas peha kiri,sehinggatubuh bawah membentuk angka 4.Buang nafas sambil bersandar dab luruskan punggung. tahan nafassebanyak tiga kali kemudian ganti bahagian kaki yang lain. Hal ini boleh dilakukan sebanyak tiga kali selama tempoh anda bekerja ataupun melakukan aktiviti di depan komputer

3. Regangan  jari kaki
Ketika bekerja ,sering kali kita menggunakan kasut tumit tinggi.Sudah bukan lagi satu rahsia lagi, high heels boleh menyebabkab masaalah lutut dan cedera pergelangan kaki. Untuk itu ,cuba lakukan beberapa langkah untuk menegangkan otot kaki setelah menggunakan kasut tumit tinggi.
Dalam posisi duduk,angkatkan kaki anda hungga lutut menjadi lurus .Bayangkan ibu jari kaki anda adalah satu pensel,lalu gunakan ibu jari kaki untuk melakukan gerakan yang membentuk berbagai macam huruf.Lakukan hal yang sama pada kaki lainnya sebanyak 3-5kali setiap hari.

4. Ambil posisi seperti mencapai langit
Seringkali anda merasakan sakit diantara tulang  belikat setelah membongkok beberapa lama di atas papan kekunci.Dalam posisi ini,tubuh anda sebenarnya mencuba menyatakn posisi tersebut buruk untuk tubuh, hanya anda saja mengabaikan.Cubalah untuk mengangkat kedua-dua lengan ke atas ,dan lengkungkan punggung anda ke depan.Kemudian tarik lengan kebawah dan regangkan kedepan.lakukan gerakan ini setiap 20 minit.

Makanan untuk kelihatan muda



Jom kita berkongsi tip:

1. Kulit kebih muda dengan Lobak
Berapa banyak ? 
Satu , dikupas dan dicincang halus
Penyelidik di Universiti Bristol dan Universiti St. Andrew menyatakan karotienoid yang terdapat dalam lobak merah membentuk kulit yang bercahaya.

2. Kekalkan jisim  otot  dengan bawang merah
Berapa banyak ? 
satu, dicincang
Proses penuaan akan berlaku seiringdengan kehilangan ton otot. Tetapi quercetin flavonoid, sejenis antioksidan dapat membantu mengekalkan jisim otot seterusnya mengekalkan wajah muda anda dengan lebih lma.satu biji bawang merah dapat membekalkan amaun yang diperlukan untuk anda tampil muda.

3. Kekalkan stamina dengan bawang putih
Berapa banyak ?
 Dua sudu kecil dihancurkan
Senaman membantu memastikan anda kelihatan muda dan bawang putih akan membantu anda untuk mengekalkannya.Penyelidik dari Turki mendapati ia dapat memperbaiki prestasi dengan meningkatkan  kestabilan aliran darah.

4. Mata bersinar dengan Halia segar
Berapa banyak?
Satu sudu dicincang
Arcus Senilis adalah satu jalur putih bawah mata  yang dikaitkan dengan paras  kolestrol yang tinggi.Ia boleh dibuang dengan Halia.Jurnal Perubatan Arab melaporkan satu kecil halia segar yang diambil berterusan selama 45 hari dapat mengurangkan kolestrol LDL