Khamis, 14 Februari 2013

Bengkung belacu murah dan berkualiti





Harga : Rm 46.00 termasuk urusan pos
Diperbuat daripada kain belacu 100% , dijahit menggunakan 2 lapis kain belacu tebal.
Panjang 46 inci x lebar 18 inci. sangat sesuai untuk ibu yang berbadan besar.

Sesiapa yang berminat untuk menbeli sila sms kak ummu 0137033819 


Bengkung Belacu Viscose murah dan cantik


Harga Rm 55 termasuk urusan pos
Diperbuat daripada kain belacu dan viscose.Dijahit dalam dua lapisan .
berukuran  46 incix 18 inci
Call kak ummu 0137033819 bg membuat penbelian


Rabu, 13 Februari 2013

Minum Air Sejuk Selepas Bersalin?OK Ke?



Soalan:
Betul ke meminum air sejuk selepas bersalin membahayakan? Sewaktu berpantang ibu melarang keras saya meminum air sejuk dengan alasan akan menghalang pengecutan rahim dan membuncitkan perut.
Jawapan:
Seringkali kita mendengar bebelan ibu-ibu, rakan-rakan dan saudara-mara tentang amalan meminum air sejuk selepas bersalin yakni waktu berpantang. Setakat ini, kurang kajian dilaksanakan dalam bidang ini dan tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong penyataan bahawa amalan meminum air sejuk tidak selamat.
Mungkin disebabkan kebanyakan percaya bahawa 'kepanasan' akan membantu proses penyembuhan, jadi pengambilan makanan atau minuman yang sejuk dikatakan akan menghalang proses penyembuhan. Bahkan di kebanyakan negara, ramai ibu-ibu selepas bersalin yang meminum air sejuk tidak mengalami sebarang masalah.

Ibu yang menyusu disarankan meminum air yang mencukupi iaitu di antara 10-12 gelas sehari. Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap menyebabkan kita cepat dahaga dan ramai yang memilih air sejuk untuk menghilangkan dahaga berbanding air panas. Kandungan air dalam badan sangat penting apatah lagi untuk ibu yang menyusu, kerana air diperlukan untuk proses penghasilan susu yang mencukupi. dan seterusnya, mengganggu penyusuan bayi. Dalam aspek ini, amalan meminum air sejuk tidak membahayakan berbanding risiko kekurangan air terhadap ibu dan bayi.

Jadi, jika anda terasa sangat dahaga dan menginginkan air sejuk, jangan rasa bersalah anda boleh meminumnya. jika anda risau dengan meminum air sejuk akan membawa masalah kesihatan, usah risau anda berhak memilih untuk tidak meminum air sejuk. Tetapi pastikan anda meminum air samada suam atau panas yang mencukupi.

Dan jika anda risau meminum air sejuk akan menjejaskan bayi anda, usah khuatir. Dengan meminum air sejuk, suhu air susu anda akan tetap pada suhu badan dan tidak akan mengubah kandungan antibodi dan nutrien yang terkandung.

Kegemukan atau kebuncitan berkait rapat dengan pengambilan kalori yang berlebihan dan meningkatkan penyimpanan lebihan kalori dalam bentuk lemak di bawah kulit. Kebiasaannya, individu akan cenderung meminum air sejuk dalam kuantiti yang banyak berbanding air suam atau panas. Jadi, jika air sejuk yang diminum berkalori tinggi seperti minuman bergas, bergula tinggi atau berkrimer (lemak), ini akan meningkatkan pengambilan kalori secara berlebihan. Individu yang ingin mengurangkan atau mengekalkan berat badan disarankan mengambil air kosong yang mencukupi bagi membantu metabolisma. Ingin dinyatakan disini, bahawa air kosong tidak mempunyai sebarang kalori.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Mengandung


Posted by TANYA DIETITIAN 

Apakah makanan yang menyebabkan risiko keguguran atau mungkin membawa kesan buruk ke atas ibu mengandung dan bayi? Ada orang mengatakan daging kambing bersifat panas, nenas bersifat tajam dan banyak lagi contoh lain yang membawa kepada keguguran bayi dalam kandungan.

Jawapan:
Soalan ini diperolehi berdasarkan pertemuan saya dengan beberapa orang pesakit wanita yang mengandung. Sememangnya terdapat banyak kepercayaan atau mitos diet berkaitan pemakanan semasa mengandung tidak kira dalam etnik mana sekalipun. Tetapi, memandangkan bukti kajian yang masih terhad maka secara rasionalnya, kita akan mengambilkira makanan yang telah terbukti boleh membawa kesan seperti yang telah dinyatakan.
Dibawah adalah contoh beberapa makanan yang boleh menyebabkan kesan negatif terhadap ibu dan kandungan :

  • Daging mentah : Makanan laut yang tidak dimasak atau daging lembu/ayam yang tidak dimasak sepenuhnya perlu dielak bagi mengelakkan risiko pencemaran seperti bakteria Coliform, toxoplasmosis dan Salmonella. Tambahan pula, ibu mengandung berisiko tinggi mendapat keracunan makanan akibat penurunan daya tahan imun semasa hamil. Mungkin tidak menjadi kebiasaan rakyat Malaysia untuk mengambil makanan mentah tetapi risiko tetap ada memandangkan asimilasi budaya pemakanan seperti  makanan barat atau mungkin Sushi dari Jepun.
  • Daging Deli : Daging Deli seperti ham, ayam turki, salami dan bologna atau hotdog juga perlu dielakkan kecuali jika daging ini di masak sepenuhnya. Daging seperti ini mampu menyebabkan keracunan makanan dinamakan listeriosis. Listeriosis berpunca dari sejenis bakteria dipanggil Listeria monocytogenes. Pemanasan sewaktu memasak boleh membunuh bakteria ini. Kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa masalah apabila termakan makanan yang tercemar dengan listeria. Tetapi, ia berbeza bagi ibu mengandung yang 20 kali lebih berisiko dan membawa kepada penyakit berbahaya. Dan bayi dalam kandungan mendapat kesan jangkitan yang lebih teruk berbanding ibu iaitu risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kematian.

  • Ikan bermerkuri tinggi : Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi berkait rapat dengan kelewatan perkembangan dan kerosakan otak. Contoh ikan bermerkuri tinggi ialah ikan yu, ikan todak, ikan kembung raja. Semakin tinggi kedudukan ikan dalam rantai makanan semakin banyak kandungan merkuri yang terdapat dalam ikan tersebut. 
  • Ikan yang terdedah dengan pencemaran industri : Elakkan ikan yang ditangkap dari tasik atau sungai tercemar dengan polychlorinated biphenyls yang tinggi. 
  • Kerang-kerangan mentah : Majoriti kes bawaan makanan laut adalah berpunca dari kerang-kerangan mentah seperti kerang, tiram, dan kepah. Proses memasak mungkin membantu dalam nyah-bakteria tetapi bukan jangkitan berkaitan alga.

  • Telur Mentah : Telur mentah atau makanan yang mengandungi telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk. 
  • Keju Lembut : Keju lembut yang diimport mungkin mengandungi Listeria. Listeria mampu menyeberangi uri, menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut.Elakkan pengambilan keju seperti Brie, Camembert, Roquefort, Feta, Gorgonzola dan sebagainya.
  • Susu yang tidak dipasteur : Susu sebegini juga mungkin mempunyai Listeria. Pastikan susu yang diminum ialah susu yang dipasteur.
  • Kafein : Elakkan kafein terutamanya di awal trimester untuk mengelakkan kebarangkalian keguguran. Secara amnya, pengambilan kafein dihadkan ke 200mg sehari semasa mengandung. Terdapat kajian mengatakan pengambilan kafein berlebihan mampu menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, berat lahir yang rendah dan sebagainya. Langkah terbaik ialah mengelakkan pengambilan kafein semasa mengandung.
  • Alkohol : Tiada amaun alkohol yang selamat semasa mengandung, jadi pengambilannya seharusnya dielakkan semasa mengandung. Pendedahan alkohol prenatal boleh mengganggu perkembangan sihat bayi. Fetal Alcohol Syndrom atau gangguan tumbesaran yang lain boleh berlaku bergantung kepada amaun, masa dan cara pengambilan. 

  • Sayur yang tidak dibasuh : Pastikan ibu membasuh sayur yang hendak dimakan dengan sempurna bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis. Toxoplasmosis mungkin mencemarkan tanah dimana sayur ditanam.
Memandangkan tiada lagi kajian yang membuktikan nenas dan daging kambing menyebabkan keguguran, ibu-ibu berhak untuk memilih samada untuk mengambil makanan yang dikhuatiri atau pun tidak. Daging kambing boleh membahayakan ibu mengandung jika tercemar dengan bakteria seperti Listeria ataupun Salmonella. Daging kambing seperti daging lain (ayam, lembu, kerbau dan sebagainya) akan mengalami proses pencernaan yang sama melibatkan penguraian protein, lemak dan lain-lain. Bagi nenas pula, buah-buahan disarankan untuk ibu mengandung kerana kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Jika ibu-ibu was-was untuk makan nenas, pilihlah buah-buahan yang lain. Tuhan menciptakan kita pelbagai jenis haiwan dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, jadi jangan risau!. Jika takut untuk makan daging kambing dan nenas, makan daging ayam dan tembikai!.

Selamat meneroka kepelbagaian makanan! 

Lemak Trans Meningkatkan Risiko Kemurungan


Pengambilan Asid lemak tidak tepu trans (TFA atau lemak trans) dikaitkan dengan peningkatan risiko kemurungan. Sebaliknya, minyak zaitun, asid lemak mono tidak tepu dan poli tidak tepu memberi kesan perlindungan serta menurunkan risiko kemurungan, cadang kajian terbaru.

Penyelidik Spain dari University of Las Palmas de Gran Canaria menjalankan kajian perbandingan mengemukakan bahawa individu yang mempunyai paras lemak trans yang tinggi, mengalami 48% kenaikan risiko kemurungan.
Penemuan ini mencadangkan terdapat kaitan di antara penyakit kardiovaskular dan kemurungan dari aspek elemen pemakanan serta pengambilan lemak.
"keputusan sebegini tidaklah mengejutkan dan saya fikir mesej yang ingin dibawa sangat jelas :' cuba untuk makan secara sihat" pengarang kajian Almudena Sanchez-Villegas, PhD.

" Elakkan beberapa jenis lemak seperti lemak trans dan lemak tepu, dan meningkatkan pengambilan lemak poili dan mono tak tepu. Lebih baik kita mengambil minyak zaitun berbanding marjerin atau mentega, tenusu rendah lemak berbanding tinggi lemak, dan ikan berbanding daging atau produk daging. Elakkan makanan ringan dan terproses serta bakeri komersial dan cuba untuk tingkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang" tambah beliau lagi.
Dengan mengikuti saranan ini, tambah beliau, bukan sekadar melindungi diri dari penyakit kardiovaskular tetapi juga penyakit mental.

150 Juta terjejas

" Kemurungan menjejaskan lebih dari 150 juta individu seluruh dunia. walaubagaimanapun, secara relatif kajian longitudinal mengenai perkaitan dengan diet adalah sedikit" kata Dr Sanchez-Villegas.
Dr. Sanchez mengatakan kajian sebelum ini mencadangkan perkaitan dengan penyakit kardiovaskular dan kemurungan melalui keradangan, endotelial atau proses metabolik"
Kesan sampingan asid lemak trans terhadap penyakit kardiovaskular dikatakan berpunca daripeningkatan sitokin proinflamatori dan disfungsi endotelial. Kami memutuskan untuk menganalisa kemungkinan perkaitan antara lemak trans dan kemurungan kerana status inflamatori gred rendah dan disfungsi endotelial berlaku ke atas pesakit kemurungan.
Di samping itu, minyak zaitun mengandungi polifenol bioaktif bersama elemen penting anti-inflamatori/ keradangan yang mampu meningkatkan fungsi endotelium.

Kajian Dr.Jacka melaporkan diet "whole" atau penuh bercirikan sayur-sayuran,buah-buahan, bijirin penuh dan daging serta ikan berkualiti tinggi menurunkan masalah kemurungan dan kebimbangan. Ia juga mengemukan bahawa diet barat tinggi makanan terproses dan ringkas, di samping kuantiti lemak tepu yang tinggi boleh meningkatkan kemurungan.
Jadi, tidak rugi untuk makan dengan sihat. Benda baik jangan bertangguh~~

Terimakasih  kepada TANYA DIETITIAN