Jumaat, 3 Februari 2012

Saya tidak bertudung tapi saya solat

Minyak Kelapa Dara "Keajaiban Penyembuhan Kanser"





 Apabila seseorang didiagnosis mempunyai penyakit  kanser .Ia seperti Allah memberi  hukuman mati. Visi mati dan kesedihan biasanya datang ke dalam fikiran. Oleh itu,ramai orang kehilangan harapan dan menghabiskan masa selebihnya mereka di bumi dengan berputus asa dan menyesal. Tetapi hanya segelintir enggan berputus asa dan mencari segala penawar yang mungkin. Minyak kelapa dara adalah salah satu penawar yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit kanser.



Sehingga hari ini, penawar utama untuk kanser masih belum ditemui. Malah, operasi pembedahan tidak boleh menjamin pemulihan penuh pesakit atau menghalang sel barah daripada sering muncul. Pencegahan dengan mengekalkan kesihatan yang baik kekal menjadi perlindungan terbaik.



Tiap-tiap manusia mempunyai sel kanser di dalam badan mereka tetapi tidak semua didiagnosis dengan penyakit maut ini. Ini adalah kerana orang yang mempunyai sistem imun yang sihat memusnah sel kanser  yang  berbahaya ini sebelum ia merebak dan menyebabkan masalah kepada pelbagai bahagian badan. Sel-sel darah putih adalah sistem imun yang mempertahankan tubuh daripada serangan mikroorganisma yang berbahaya. Walau bagaimanapun, apabila mikrob yang terlalu banyak menyerang tubuh, sel-sel darah putih dan sistem imun menjadi lemah dan ini akan mencetuskan perkembangan sel-sel kanser.



Beberapa kajian membuktikan bahawa minyak kelapa dara  mempunyai kesan anti-karsinogen. Satu kajian diuji sekumpulan tikus yang didorong secara kimia dengan kanser kolon. Pelbagai minyak makanan seperti jagung, safflower, zaitun, dan minyak kelapa telah diberikan kepada tikus untuk menentukan kesan terhadap tubuh badan. Pada akhir kajian, tikus yang diberi makan dengan minyak zaiton dan minyak kelapa mempunyai kadar paling rendah mengalami kanser  di usus. Komponen MCFAs minyak kelapa mempunyai bahan antimikrob supaya ia berkesan mencegah penyebaran sel kanser dan meningkatkan sistem imun. Dalam kajian yang lain yang dilakukan oleh LA Cohen dan rakan-rakannya, haiwan kimia didorong dengan kanser payudara.Mereka mendapati bahawa haiwan yang diberi minyak kelapa tidak mnyebabkan tumor membesar manakala haiwan yang diberi minyak lain sebagai diet mereka menyebabkan tumor membesar.



Semua penyakit datangnya dari Allah ,ubat hanyalah cabang ikhtiar kita.dan sembuhnya sesuatu penyakit juga datangnya dari Allah.Usaha dan doa hendaklah seiring.
wallahu'alam






Artikel ini ummu salin dari www.thevirgincoconutoil.com(Virgin Coconut Oil "Miracle Cure for Cancer"  )           




Rabu, 1 Februari 2012

Haji





Assalamualaikum.
Baru 2 bulan ummu meninggalkan Tanah Haram Mekah, makin terasa rindu dengan Baitullah.  Terutamanya rindu dengan bacaan imamnya , rindu dengan air zam-zam, rindu dengan solat jenazah  yang disolatkan hampir setiap  waktu solat dan rindu pada polis wanita yang menjaga keamanan Masjid Haram .Yang paling ummu rindu ,,merenung baitullah setiap hari antara maghrib dan isyak.Moga- moga ummu dapat menziarahi baitullah lagi di lain tahun.Juga rindu pada kawan -kawan sebelah bilik ummu,yang banyak berkongsi kisah suka dan duka di Mekah.Rindu juga kepada makcik-makcik yang Ummu pernah bekam dan urut.Agaknya macammana mereka sekarang .Moga mereka berada dalam rahmat Allah hendaknya.

Kepada  bakal-bakal tetamu Allah  ummu menyeru supaya  mengikhlaskan diri  semasa menunaikan haji atau umrah,iaitu  mengunjungi Baitullah hanya kerana Allah, bukannya kerana niat yang lain.Kepada anak-anak yang membawa bersamanya ibubapa yang sudah mencapai warga emas ,bekalkan sebuah telefon bimbit kepada ibubapa anda supaya  bila  mereka tersasar dari laluan asal tidaklah mereka terkapai -kapai mencari jalan pulang.Sekurang-kurangnya memudahkan pihak ketiga menhubungi para waris.Untuk mengelakkan dari tersesat semasa berada di Masjid haram . pastikan anda keluar dan masuk daripada pintu yang sama , kalau takut terlupa nombor pintu ,tulislah dimana -mana nombor pintu  yang anda masuk.InsyaAllah anda selamat.

Kepada para wanita yang menunaikan haji atau umrah bersama dengan wanita-wanita lain (wanita siqah) ,ummu menyeru supaya bila berada di Tanah Haram tolong menolonglah antara satu sama lain ,jangan terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melupakan amanah yang diberikan kepada Allah ,iaitu menjaga sesama kawan-kawan.Ingatlah setiap amanah yang kita pegang akan Allah tanya diakhirat kelak.

Bagi menyelesaikan semua masaalah yang dihadapi oleh para tetamu ,digalakkan para tetamu Allah banyakkan berdoa  dan banyakkan berzikir . Diantara zikir yang ummu amalkan untuk menghilangkan
kesedihan semasa berada di Tanah Suci Mekah adalah:

1.
.
                                   Hasbunallah---Allah penolong Kami
                                   Wani'mal wakil---dan sebaik-baikpelindung
2.

                           Hasbiyallah--Allah penolong ku
                           Wani'mal wakil-- dan sebaik-baik pelindun

Khamis, 12 Januari 2012

Salam Tahun Baru





Salam kepada pengunjung blog , lama  ummu tak mecatat ,bukannya apa sibuk  dengan bermacam-macam
 urusan ,sekembalinya dari tanah suci  dah masuk alam persekolahan ,dah tu  selesaikan masalah sekolah anak,hantar anak ke asrama ,uruskan pengangkutan pergi dan balik anak kesekolah dan bayar yuran sekolah anak-anak.

Rasanya belum terlambat untuk ummu ucapkan selamat menyambut tahun baru Masehi (tahun baru hijrah pada bulan 11).Tahun baru hijarah telah lama berlalu. Apa- apa pun bercakap berkenaaan tahun baru membuka lagi satu lembaran baru dalam hidup. Umur pun semakin meningkat .Kalau diikutkan faktor umur bolehlah dikatakan kubur semakin dekat dan dunia semakin jauh.Tapi kematian datang tak mengira umur. Bila  rezeki seseorang itu sudah tiada di atas dunia ini lagi makanya meninggallah orang itu,tidak kiralah tua atau muda.Masuklah ke dalam alam yang lain daripada dunia yang ada sekarang iatiu alam kubur,kalau punya amal kebaikan yang banyak selesalah disana kalau punya banyak kejahatan yang dilakukan sakitlah di alam sana .Muhasabahlah diri .......

Semoga di tahun ini kita semua berazam untuk melakukan banyak kebaikkan berganda-ganda berbanding dengan tahun lepas.Ingatkan kematian lebih banyak berbanding  tahun  sebelum ini kerana bila nafas berada di halqum tiada berguna lagi taubat anda ,,taubat anda sudah tidak valid lagi . Yang ada hanyalah penyesalan   demi  penyesalan yang tidak berkesudahan....Wallahualam  

Jumaat, 30 September 2011




Salam kepada semua pengunjung  setia blog ummu ,,Ummu bercuti sebentar untuk menyahut panggilan Kaabah,InsyaAllah jumpa lagi bila ummu kembali ke Malaysia.Doakan ummu selamat pergi dan selamat kembali