Sabtu, 13 Ogos 2011
APAKAH MINYAK KELAPA DARA?
Minyak Kelapa Dara boleh ditemui di dalam banyak produk hari ini. Dari kosmetik , ubat-ubatan dan makanan tambahan, ia jelas merupakan suatu fenomena yang mulai dikenali ramai Oleh itu ada orang yang sanggup membayar untuk menimba ilmu berkenaan minyak kelapa dara .
DEFINASI : Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang diekstrak daripada isi kelapa segar dengan cara mekanikal atau semulajadi. Ia boleh diperolehi dengan atau tanpa menggunakan haba. Untuk melindungi sifat-sifat penting minyak, pengeluaran minyak kelapa dara tidak menjalani penapisan kimia, pelunturan, atau penyahbauan. Dikatakan tinggi dalam vitamin dan mineral, ia sesuai untuk dimakan tanpa perlu untuk pemprosesan selanjutnya.
Ciri-ciri fizikal: kuning pucat minyak tidak berwarna dengan rasa dan aroma yang berbeza. Bergantung kepada kaedah yang digunakan dalam pengeringan dan pemprosesan, beberapa minyak kelapa dara boleh mempunyai rasa berasap dan kekuningan sedikit warnanya. High quality minyak kelapa dara menjadi tidak berwarna dan bebas dari sisa pepejal.
Menurut standard yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan dan Industri Biro Piawaian Produk dari Filipina (pengeksport terbesar di dunia kelapa), minyak kelapa dara mestilah tidak berwarna, mendapan bebas dengan aroma kelapa asli segar dan bebas dari bau atau rasa tengik. Ia diperlukan untuk mempunyai maksimum kelembapan 0,20% dan kandunganyang tidak menentu untuk mencegah bau anyir dan tidak mengandungi bahan tambahan makanan. -PNS/BAFPS22:2004 dengan Pindaan 1:2005.
MENGAPA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...
POINT BEKAM THIBBUN NABAWI -QUMAH DUWAH (Tengkuk)

Sabda Rasulullah SAW "hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk,kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit"
Point bekam ini bermanfaat untuk penyakit ringan dan berat seperti pandangan kabur,meningkatkan daya ingatan,sakit kepala,sakit bahu dan kerongkong.
Posted by Pembekam Wanita at 6:00 PM
RAWATAN BEKAM DI PUSAT KEPALA
1. MAMPU MENINGKATKAN DAYA INGATAN

2. MAMPU MENYEMBUHKAN MASALAH RABUN MATA

Rawatan bekam di pusat kepala juga mampu menyembuhkan penyakit rabun baik rabun dekat ataupun rabun jauh.Pesakit rabun disyorkan berbekam di pusat kepala dua minggu sekali sebanyak tiga kali sesi,insyaAllah sembuh.
3. MAMPU MENYEMBUHKAN GANGGUAN SAKA

Rawatan bekam di pusat kepala juga mampu menyembuh gangguan saka.Petanda seseorang itu terkena saka ialah ia kerap bermimpi menyusukan bayi,bermimpi ada oraang memberi amalan,boleh merawat dan mengurut belajar melalui mimpi,panas baran,mengetahui sesuatu perkara sebelum terjadi dan mudah melihat makhluk halus.Pesakit-pesakit gangguan saka disyorkan berbekam seminggu sekali sehingga sembuh,insyaAllah berkesan..
4. MAMPU MENYEMBUHKAN SEGALA JENIS SIHIR

Petanda terkena sihir ialah kerap sakit kepala,dada,pinggang,rusuk kiri kanan,jantung pada waktu lepas asar keatas dan kerap bermimpi yang menakutkan.Bagi rawatan bekam merawat sihir,mangsa-mangsa sihir perlu kerap berbekam di pusat kepala seminggu sekali sehingga sembuh,insyaAllah berkesan.
5.MAMPU MENYEMBUHKAN SIHIR SANTAU
6. MAMPU MENYEMBUHKAN PENYAKIT STROK

Rawatan bekam di pusat kepala adalah titik yang paling afdhal dan mustajab dalam menyembuhkan penyakit strok dan juga rihul ahmar.Pesakit disyorkan berbekam 2 minggu sekali sehingga sembuh.
Posted by Pembekam Wanita at 7:30 PM
Langgan:
Catatan (Atom)