Isnin, 14 Februari 2011

MANUSIA CANTIK BERNAMA MUSLIMAT





Diwaktu ini ummu ingin berbicara berkenaan wanita yang bernama muslimat.Ummu kemukakan satu cerita yang ummu  baca dari buku ENGKAU MEMANG CANTIK karangan Borhan Sodiq.Semoga cerita ini dapat memberikan pengajaran atau iktibar untuk rujukan kita yang bergelar muslimat. Ceritanya begini:

"Seorang lelaki beristeri .telah diundang untuk menjadi penceramah dalam sebuah perhimpunana wanita.Bagi melunaskan tanggungjawab yang diberikan,maka duduklah dia disebalik hijab kayu yang di pasang memanjang sambil menyampaikan ceramahnya.

Cuma  beberapa meter saja jarak antara lelaki tersebut dengan para tetamu wanita.Dalam khyusuk memberi ceramah ,perlahan namun pasti,aroma keringat menusuk hidungnya,hingga menggangu penumpuannya terhadap ceramah  yang disampaikannya.Meskipun bau itu tidak sekuat tukang beca yang bermandi keringat dalam memcari rezeki bagi  sesuap nasi untuk anak-anak dan keluarganya, tetapi tetap juga mengganggu lelaki yang sedang berceramah itu.

Lelaki itu cuba untuk bertahan dengan sesekali mengusapkan jari telunjuk ke hidungnya yang cukup besar.Namun bau yang kurang menyenangkan itu tidak  juga hilang,bahkan terus menyengat deria baunya".

Apa yang penulis kisahkan tadi mungkin hanya satu daripada sekian banyak kejadian yang pernah anda alami. Mungkin ketika anda bertemu sesosok akhwat muslimah yang bertudung rapi,benar dan sesuai dengan kehendak syarei.namun ternyata masih ramai yang bermasalah dalam penampilan.

Anggapan tidak boleh berhias  akhirnya melakar sebuah kenyataan ,bahawa muslimah membiarkan kurang terjaga dalam penampilan.Hatta terkadang  anggapan sedemikian menjerumuskan  seseorang wanita ke gaung masalah yang pada akhirnya turut menggangu orang lain di sekeliling

Semetara pada sisi yang lain ,kita juga menemukan akhwat  muslimat yang bersikap sebaliknya.Tudung sudah dikenakan,namun sayangnya pewangi  yang dipakai membuatkan dirinya menjadi tarikan perhatian orang lain.Aroma harum yang membalut tubuh  sudah tercium wanginya walaupun jaraknya masih cukup jauh.
Wajahnya  pula disolek bak mahu tampil dalam acara diraja.Semua ini mungkin sahaja  kerana mereka ingin mencuba untuk selalu mengikuti perkembangan zaman.Muslimah sebegini adalah yang berlebihan dalam penampilan namun minimun dalam pengetahuan.




Dari kedua keadaan yang ditulis oleh saudara Borhan dalam bukunya itu ,ingin ummu memberi sedikit nasihat kepada anak-anak ummu ,para pendokong jemaah dan muslimat amnya. Marilah kita berada dalam keadaan yang tidak terlalu bersolek sehingga menggangu kehidupan para pria diluar sana ,lagipun bersolek   diluar rumah adalah sangat dilarang dalam islam seperti dalam firman Allah yang bermaksud:

Diriwayatkan dari Aisyah ra.,bahwa pada suatu hari Rosulullah sedang duduk di masjid,tiba2 ada seorang wanita dari dusun Muzainah memasuki masjid dengan memanjangkan pakaiannya dan memampakan perhiasannya.Maka Nabi bersabda: " Wahai sekalian manusia,laranglah istri istrimu berhias dan bergaya di masjid,karena Bani Israil tidak dikutuk melainkan mereka mempersolek wanita wanitanya,kemudian para suaminya berbangga diri dimasjid " (HR.Ibnu Majah)

Ingin ummu menyambung lagi nasihat ummu,para muslimat diluar sana perelokkanlah pakaian maksudnya dalam keadaan yang kemas dan bersih bukannya dalam keadaan yang tidak terjaga, tidak bergosok ,kotor dan berbau.Ingatlah bahawa perwatakan kita melambangkan islam yang kita ambil atau pegang , kalau buruk perwatakan kita maka islam akan di pandang buruk .Janganlah kerana kita islam dipandang hina, jadilah seorang muslimat yang senantiasa menaikkan martabat islam.

Dalam salah satu hadisnya, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut: "Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih." (Riwayat Ibnu Hibban)

Dan sabdanya pula: "Kebersihan itu dapat mengajak orang kepada iman. Sedang iman itu akan bersama pemiliknya ke sorga." (Riwayat Thabarani)


  

Jumaat, 11 Februari 2011

SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH


SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH
Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu "
  • Islam
    - tidak wajib atas orang kafir dan murtad
  • Baligh
    - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh
  • Berakal
    - tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya
  • Merdeka
    - Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala
  • Berkuasa / Kemampuan
    - Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
" Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"
(Surah Ali Imran ayat 97)
Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-
a) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan
i) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
ii) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
iii) Ada kenderaan pergi dan balik,
iv) Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
v) Sihat tubuh badan,
vi) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.
Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
"Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan"
Riwayat- Daruqutni
b) Berkuasa dengan bantuan orang lain.
i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.

ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.
Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: " Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda : " Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali".
Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi
SYARAT - SYARAT WAKIL ATAU ORANG MENGAMBIL UPAH HAJI
Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah:-
  1. Orang itu telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya, Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji: " Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab lelaki itu, "Belum". Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula" (Riwayat-Abu Daud dan Ibnu Majah)
  2. Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.
  3. Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang berada di Mekah yang mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya. Jika dia berihram daripada miqatnya (di Mekah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.
  4. Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.
Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Melaka

RUKUN HAJI-BERGUNTING




RUKUN HAJI (6 PERKARA)
RUKUN UMRAH (5 PERKARA)
  1. Niat ihram mengerjakan haji
  2. Wukuf di Arafah
  3. Tawaf di Kaabah
  4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
  5. Bergunting atau bercukur rambut
  6. Tertib pada kebanyakan rukunnya
  1. Niat ihram mengerjakan umrah
  2. Tawaf
  3. Sai'e
  4. Bergunting atau bercukur
  5. Tertib

RUKUN HAJI DAN UMRAH
5. Bergunting atau Bercukur Rambut (Tahallul)
Rukun haji yang kelima ialah tahallul iaitu bercukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai, tetapi yang sebaik-baiknya bercukur semuanya sekali bagi lelaki. Bagi wanita pula tidak dihendakki bercukur, cuma menggunting rambut sahaja. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah membenarkan Rasul-Nya (dalam) mimpinya dengan kebenaran (iaitu) demi seseungguhnya kamu akan ke Masjidil Haram insya Allah ( jika dikehendaki Allah) dengan aman sentosa serta bercukur dan menggunting (rambut) kepalamu tanpa takut sedikit pun" (Surah Al- Fath ayat 27)
WAKTU BERCUKUR
Bagi orang yang mengerjakan haji, ialah selepas melontar Jumrah Aqabah atau tawaf rukun. Ini dinamakan tahallul awal. Bagi orang yang tidak membuat tahallul awal dalam mengerjakan haji, ialah selepas sa'ie. Demikian juga waktu bercukur bagi orang yang mengerjakan umrah.
Bagi orang yang membuat haji Ifrad ialah selepas tawaf rukun, jika dia telah mengerjakan sa'ie selepas tawaf qudum dahulu. Dengan bercukur atau bergunting itu maka seseorang itu telah bertahallul dan tamatlah pantang larang semasa berihram baginya.
PERINGATAN
Seseorang itu hendaklah bercukur atau bergunting untuk dirinya dahulu sebelum dia boleh mencukur atau mengguntingkan orang lain.
TAHALLUL HAJI
Tahallul haji terbahagi kepada dua bahagian iaitu: " Tahallul Awal " Tahallul Thani Tahallul Awal (pertama) ialah apabila seseorang itu selesai mengerjakan dua dari tiga perkara berikut:-
i) melontar jumrah Aqabah;
ii) tawaf rukun;

iii) bercukur atau bergunting
Tahallul Thani (Kedua) ialah apabila seseorang itu selesai mengerjakan ketiga-tiga perkara yang tersebut di atas. Setelah selesai melakukan tahallul awal (pertama), para haji bolehlah melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam masa ihram, melainkan tiga perkara masih terlarang, iaitu:
1. Berkahwin, mengahwinkan (menjadi wali) dan menerima wakil kahwin,
2. Melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan seperti bercium-ciuman, bercumbu- cumbu dan sebagainya dan,
3. Bersetubuh
Sebaliknya apabila telah selesai melakukan tahallul kedua, maka tidak ada lagi pantang larang semasa berihram itu sama sekali.
SUNAT-SUNAT SEMASA BERCUKUR
Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa bercukur atau bergunting rambut itu diantaranya ialah:-
    1. Memulakan bercukur di sebelah kanan, kemudian baru yang kiri, 2. Menghadap kiblat (Ka'bah) 3. Bertakbir serta berdoa, 4. Mengandam misai dan memotong kuku, Bagi orang yang berkepala botak, maka sunat melalukan pisau cukur di atas kepalanya, walaupun tiada berambut.

Tertib
Rukun haji yang keenam ialah tertib pada kebanyakan rukun, iaitu didahulukan niat ihram dari rukun-rukun yang lain. Didahulukan wukuf dari tawaf ifadah dan didahulukan tawaf dari sa'ie - tetapi sa'ie haji boleh didahulukan dari wukuf dan tawaf bagi orang yang mengerjakan haji ifrad.
Sa'ie itu dikerjakan selepas tawaf Qudum. Dengan berbuat demikian tidaklah perlu lagi dilakukan sa'ie selepas tawaf rukun nanti. Berlainan dengan rukun-rukun Umrah, wajib dikerjakan satu persatu mengikut tertibnya.

RUKUN HAJI-SA'IE



RUKUN HAJI (6 PERKARA)
RUKUN UMRAH (5 PERKARA)
  1. Niat ihram mengerjakan haji
  2. Wukuf di Arafah
  3. Tawaf di Kaabah
  4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
  5. Bergunting atau bercukur rambut
  6. Tertib pada kebanyakan rukunnya
  1. Niat ihram mengerjakan umrah
  2. Tawaf
  3. Sai'e
  4. Bergunting atau bercukur
  5. Tertib


4. Saie di antara Bukit Safa dan Marwah
Rukun Haji yang keempat ialah sa'ie, iaitu berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah. 

HUKUM SA'IE

Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji atau umrah tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batallah haji dan umrahnya.
SYARAT-SYARAT SA'IE
  1. Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun dan boleh juga selepas tawaf qudum bagi yang mengerjakan haji ifrad;
  2. Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah- jarak antara Safa dan Marwah lebih kurang 420 meter;
  3. Cukup 7 kali perjalanan dengan yakin iaitu dari safa ke marwah sekali dan dari marwah ke safa sekali;
  4. Hendaklah sa'ie hingga sampai penghujung tempat sa'ie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada kawasan yang dituntuti pada tiap-tiap kali.
  5. Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan sa'ie
  6. Hendaklah dilakukan sa'ie itu di mas'a sendiri iaitu tempat yang terbentang antara safa dan marwah bernama Al- Wadi
SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'IE
Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa mengerjakan sa'ie diantaranya ialah:-
  1. Berada dalam keadaan suci, yakni berwuduk,
  2. Keluar ke tempat sa'ie dengan melalui pintu safa
  3. Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke anak-anak batu bukit dan berdoa,
  4. Setiap kali berada di Bukit Safa dan Marwah hendaklah menghadap kiblat ( Baitullah) dan mengangkat kedua belah tangan serta bertakbir 3 kali dan membaca kalimah tauhid.
  5. Berlari-lari anak atau berjalan cepat di satu tempat bertanda hijau bagi lelaki.
  6. Mualat antara sa'ie dengan tawaf.

    RUKUN HAJI- WUKUF




    RUKUN HAJI (6 PERKARA)
    RUKUN UMRAH (5 PERKARA)
    1. Niat ihram mengerjakan haji
    2. Wukuf di Arafah
    3. Tawaf di Kaabah
    4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
    5. Bergunting atau bercukur rambut
    6. Tertib pada kebanyakan rukunnya
    1. Niat ihram mengerjakan umrah
    2. Tawaf
    3. Sai'e
    4. Bergunting atau bercukur
    5. Tertib


    2. Wukuf di Arafah

    Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)


    WAKTU WUKUF 
    Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah.
    Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.
    Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.

    Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"