Khamis, 22 Februari 2018

Skill & Teknik Trending. Bakar kek tanpa oven?




Takder oven macam mana nak bakar kek? Boleh ker nak bakar kek atau biskut kalau kita tak mempunyai oven? Jawapannya boleh! Jangan risau dan jangan bagi alasan bila suami atau anak-anak nak makan kek buatan ibu. Ikut cara ini lebih jimat, sangat mudah dan tak menyusahkan.
Http://t.me/cookeatlove123
Cara Bakar Kek Tanpa Oven

Pilih periuk besar atau kuali besar. Pastikan saiznya lebih besar daripada saiz loyang kek.
Letakkan TUNGKU dalam periuk. KALAU takut periuk bocor, isikan pasir 1 inci tinggi dari lantai periuk dan ratakan… setakat ni masak kek cara ini tak pernah bocor pun periuk nya)
Tutup periuk dan panaskan periuk dengan api kecil selama 5 minit (Preheat).
Masukkan loyang adunan dan letakkan di atas tungku dalam periuk tersebut.

Tutup periuk. Kalau gunakan kuali, tutup dengan penutup kukus.

Masak dengan api kecil ikut masa cadangan yang diberikan (Kalau 35-45 minit, buat 40 minit)

Selamat menjamu selera dengan kek tanpa oven!

Peringatan Bila Bakar Kek Tanpa Oven

1. Selepas adunan dimasukkan ke dalam periuk dan ditutup, JANGAN SEKALI-KALI MEMBUKA PERIUK KURANG DARI 30 MINIT. Sekiranya dibuka, kek akan mendap / jatuh / bantat.

2. Kaedah bakar kek tanpa oven ini tidak sesuai untuk kek yang menggunakan majerin / butter yang masih sejuk sebagai bahan adunan sebab nanti kek atau biskut atau pastrinya akan berminyak.

Soalan Lazim Bakar Kek Tanpa Oven

1. Nak letak AIR ke?
Kalau letak air jadi kek kukus. Jadi, kalau nak bakar tak perlu air.

2. Nak letak pasir dalam periuk ker?
Boleh letak, tak letak pun tak apa. Kalau letak, haba panas lebih lama. Tak sesuai untuk kek yang bermain suhu turun naik macam Japanese Cotton Cake. Kalau bakar biskut, pasir sungai sangat digalakkan untuk membakar biskut.

3. Periuk tak BOCOR ker?
Setakat ni dah lama buat cara macam ni, berpuluh-puluh biji kek terhasil, tiada sebarang masalah.

4. Sebelum masak kek nak kena PREHEAT?
Ikut resepi. Kalau resepi sebutkan preheat, kena preheat. Kalau resepi kata tak payah, terus jer bakar macam biasa.

5. Masa preheat nak kena TUTUP ke periuknya?
Wajib tutup sebab kita nak periuk tu kumpul haba yang cukup untuk bakar kek.

6. Macam mana nak tahu PERIUK SUDAH CUKUP PANAS?
Renjis sedikit air pada TUDUNG periuk. Kalau hilang kesan-kesan air tu maknanya dah cukup panas.

7. API besar mana?
Guna api kecil sahaja. Kalau Japanese cotton cake, buat api sederhana kecil dan api kecil.

8. Masa memasak?
Ikut resepi.

9. Bila masa untuk cucuk lidi pada kek?
Selepas 30 MINIT adunan kek dimasukkan ke dalam periuk.

10. Biskut / kek apa yang sesuai?
Semua jenis KECUALI kek / biskut yang memerlukan penggunaan api atas sahaja.

Sila SHARE petua ini kepada semua yang teringin membakar kek tapi tak mempunyi oven. Tiada alasan tiada oven lagi lepas ini.

Selasa, 2 Januari 2018

TUNGKU BESI MURAH

Boleh  hubungi no 01121965827 utk pembelian tungku . 






Tahun 2018 baru sahaja  menjelma , Kami menyediakan perkhidmatan menjual tungku besi seperti biasa .

Harga masih sama , tetap murah dan mampu milik

Boleh dibeli secara online , atau offline

Pembelian online boleh wasap ke 01121965827

Atau
Atau

Boleh walk in kedai kami di terengganu



Kami Di Sini

Alhamdulillah selamat sampai ke Terengganu . Kami telah berpindah ke Terengganu dgn rasmi .
Kepada pelanggan ummu yg pernah urut dgn ummu , Terimakasih ye semua

Alhamdulillah mula kerjaya sebagai tukang urut di tempat baru .....

Moga Allah permudahkan segala Urusan .....


Ahad, 8 Oktober 2017

Mandian herba Aish



Mandian herba aish mengandungi garam bukit
Garam bukit merawat aura positif yg hilang

Cara guna;
🖐�Rebus dahulu sebelum guna sehingga halba kembang dan biarkan sehingga sejuk atau sehingga kaki atau badan kita mampu menerima suhunya .

KHASIATNYA
🌿buang angin
🌿bongkar urat
🌿ringan badan
🌿stroke / angin ahmar
🌿lepas bersalin
🌿sukar tidur malam

CARA PENGGUNAAN�
☝�Selawat ke atas nabi dan dengan lafas bismillah minum sesudu dari air daun serum tersebut
✌�Rendam kaki selama 20 minit atau mandi selama 20 minit

Adunan daripada daun , akar kayu dan herba kampung seperti :
🍁Daun Kantan
🍁Halba
🍁Ketumbar
🍁Daun Pahit
🍁Daun Mengkudu
🍁Daun Pandan
🍁Daun Lengkuas
🍁Daun Bidara
🍁Daun Serai Wangi
🍁Daun Gunni
🍁Akar Pokok Pahit

💙For more info do whatsapp me at 01121965827 Ummu



Ahad, 24 September 2017

Assalamualaikum

Kepada pengunjung blog yg di sayangi , kami telah berpindah ke blog yg lebih mesra .
klik di sini utk ke blog baru kami⤵
https://aishgallery67.blogspot.my/?m=1
https://aishgallery67.blogspot.my/?m=1