Ahad, 28 Jun 2015

MANDIAN 7 AURA BUNGA DAN HARUM SEDAP MALAM

- MINYAK 7 AURA BUNGA 10ml

- MINYAK HARUM SEDAP MALAM 10ml







Ia berasaskan pati bunga menghasilkan bau haruman semerbak dengan hanya 1 titis pada setiap mandian.

Khusus untuk wanita yang mengalami masalah wajah kusam tidak berseri, aura bocor, hilang semangat, sentiasa 'moody' dan hubungan suami isteri yang semakin hambar dan bosan.
======================================
SIAPA YANG PERLU GUNAKANNYA?
======================================
✔ Suami isteri (mengeratkan perhubungan)
✔ Anak dara
✔ Wanita yang sedang mencari jodoh
✔ Bakal pengantin (untuk menaikan seri di hari bahagia)
✔ Wanita bekerjaya
✔ Usahawan/peniaga (meningkatkan daya keyakinan diri dihadapan pelanggan)
✔ Pelajar (untuk meningkatkan daya penumpuan)
✔ Penganggur (membuka peluang pekerjaan)
✔ SESUAI UNTUK LELAKI DAN WANITA
=========================
KEBAIKANNYA
=========================
- Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
- Menghalang bau tidak enak
- Menambah keharmonian suami isteri.
- Membuat suami tergoda
- Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual
- Mengurangkan tekanan dan tension
- Meningkat kan keyakinan diri
========================
MENGAPA PERLU MEMILIH MANDIAN?
========================
- 100% Pati bunga-bungaan yang mengandungi aura yang tinggi
- Membersih energy aura yang kotor dan negatif
- Meningkatkan daya pemikiran yang positif
- Merapatkan hubungan dengan orang tersayang
- Jika disertai dengan niat yang baik Insya Allah niat yang baik tercapai
===================
CARA MANDI MANDIAN AURA
===================
- Titiskan 3-5 titis ke dalam baldi / tab mandi
- Mandi seperi biasa. Guna air mandian aura untuk mandian terakhir di ikuti dengan selawat (11x) dan niat yang positif .Tidak perlu di bilas.
# Disyorkan mandian dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan sebelum tidur.
# Penggunaan yang berterusan amatlah digalakkan.




RM 56
Postage : RM6(wm),RM9(em)

WHATSAPP 01121965827 UNTUK KETERANGAN LANJUT 

Mandian Aromatherapi 7 Aura bunga



Image result for mandian aura kanda dinda


-Mandian untuk menaikkan seri dan memikat kerana khasiat bunga yang menyerap masuk ke dalam tubuh
-Gabungan 7 jenis bunga lavender, rose, zaffron, melur, orkid, ylang-ylang & daisy
-Umpana mandi bunga dengan 7 lapisan warna
-Hanya 2-3 titisan sekali mandian setiap hari. Boleh dicampur dengan potongan limau untuk mandian naik seri
-Boleh digunakan lelaki & wanita


Titikkan 3-7 titis untuk alami mandian kerohanian yang menakjubkan adalah menyamai kekuatan mandi bunga yang mampu membersihkan aura anda yang kotor, busuk, bocor, panas, kusam serta tidak bermaya yang menyebabkan wajah anda suram, pucat, tiada seri, kurang keyakinan diri, malang asyik menimpa diri, murung, stress, serta kurang diminati.

1 titisan pun mampu mengharumkan satu rumah apabila anda mandi di dalam bilik air!

7 Aura Bunga ni sesuai diamalkan oleh
1. Peniaga/Usahawan
2. Pekerja
3. Bakal pengantin
4. Bakal bertunang
5. Wanita yang mementingkan kecantikan aura wajah

Lelaki & wanita boleh amalkan.


Image result for mandian aura kanda dinda




Istilah aromaterapi sebenarnya terdiri daripada dua perkataan yang membawa maksud yang amat besar. Perkataan Aroma adalah membawa maksud Bauan atau haruman, manakala Terapi adalah membawa maksud rawatan. Aromaterapi merupakan perawatan menggunakan bauan atau haruman semulajadi. Aromaterapi itu sendiri adalah terapi yang menggunakan pati mianyak bunga-bungaan dan tumbuhan untun membantu memperbaiki kesihatan, membangkitkan semangat, membangkitkan keghairahan, menenangkan jiwa dan merangsang proses penyembuhan

Bagaimanakah Aromaterapi Berfungsi?

Menurut Dr. Alan Huck (Pakar Neurology Psikiatri dari pusat penelitian deria dan rasa di Chicago), bau mempunyai pengaruh secara langsung terhadap otak manusi. Di dapati bahawa hidung kita berkemampuan untuk menagkap lebih daripada 100000 bau yang terdapat dipersekitaran kita. Ia berlaku tanpa kita sedari.

Bauan tersebut akan mempengaruhi bahagian otak yang berkaitan dengan mood (suasana), emosi, ingatan dan pembelajara. Misalnya, dengan menghirup aroma Lavender, ia akan meningkatkan gelombang-gelombang alfa di dalam otak dan gelombang inilah yang akan membantu kita untuk berasa releks dan tenang.

Terdapat banyak teori yang menerangkan bagaimana aromaterapi boleh berfungsi.

Minyak diserap melalui kulit dan dialirkan melalui darah.Pengaliran darah ke seluruh tubuh akan memberi kesan kepada organ-organ tertentu ataupun fungsi badan. Pakar-pakar terapi menyatakan bahawa terdapat banyak minyak pati yang mempunyai satu kesan anti-radang, yang boleh membantu menyembuhkan penyakit artritis dan kesakitan otot. Minyak lain boleh membantu dengan masalah pernafasan atau menghalang atau menghalau jangkitan dengan membantu meningkatkan sistem imun anda.

Berkaitan dengan dengan deria bau anda. Apabila menghidu sesuatu bau,bau tersebut akan terus berhubung dengan otak. Makanan, bunga-bunga, wangian dan tananam membebaskan molekul-molekul kecil kepada udara dan merangsang sel-sel saraf bau anda (olfaktori). Sel-sel itu menghantar satu pesanan untuk otak anda untuk menafsirkan bau tersebut. Kemudian, bau tersebut akan bertindak balas di dalam badan secara fizikal dan emosi. Contohnya, bau boleh mengubah kadar penafasan dan membuat anda berasa tenang atau teruja. Oleh kerana minyak pati boleh merangsang deria hidu anda, jadi ini adalah salah satu proses yang penting dalam aromaterapi.

SMS / WHATSAPP KAK UMMU UNTUK KETERANGAN LANJUT DI 0137033819



Scrub badan ( Milky Coconut)


milky

KELEBIHAN MILKY COCONUT 
Ianya diperbuat daripada santan segar 
100% bahan semulajadi 
Berkesan menanggalkan daki disekitar pelipat badan dan ketiak terutama dibahagian leher ,celah peha & ketiak
Membantu megurangkan selulit 
Kulit menjadi gebu ,lembut dan licin 
Membantu memudarkan parut 
Meratakan dan memutihkan kulit hanya 5 minit selepas menggunakannyab
Berbau harum 

Cara guna:
1. Hanya campurkan dgn air hingga jadi pes, sapu dan biarkan separa kering..kemudian sental & bilas.. 
2. Campurkan  1 sudu kecil milky cocunut bersama dengan 1 sudu kecil garam bukit ,1 sudubesar oat meal yang telah di haluskan dan 1 sudu kecil kopi makan . Adunkan dengan air atau susu atau gel mandian ,sental dan bilas 
3. Lakukan 2 kali  seminggu ,InsyaAllah toner kulit tidak sekata akan hilang 

HARGA :
120gm   RM28
250gm   RM 50

URUSAN POS RM 7

WHATSAPP KAK UMMU UNTUK KETERANGAN LANJUT   0137033819

                                          

Selasa, 12 Mei 2015

Senggugut Dan Rawatan Secara Semulajadi



Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea"
.Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.

Rawatan
1.Penggunaan Haba

Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.



2.Bertanggas

Ada berbagai cara melakukan rawatan bertanggas . 

 ~~ Rawatan bertanggas boleh dilakukan selama7 hari berturut -berturut pada bila-bila masa 

 ~~  Bagi senggugut yang teruk bolehlah dilakukn dilakukan 3 hari dalam  seminggu sehinggalah senggugut sembuh

 ~~Dilakukan sebaik sahaja haid  hampir kering ,dilakukan 7 hari berturut -turut setiap bulan  




3.Urutan 

Urutan batu panas adalah lebih berkesan dalam menangani senggugut .Urutan  biasanya akan dilakukan di bahagian belakang punggung iaitu dari tulang L4 hingga tulang sulbi , bahagian ari-ari  dan dibahagian perut iaitu 2 - 4 jari dari pusat 






4. Pengambilan suplemen 

Suplemen yang biasanya disyorkan adalah vitamin B-6 (  seperti biji bunga matahari,kacang pistasio,)ikan ), vitamin B-1,Vitamin E ( sangat tinngi dalam minyak zaitun), Omega -3 ( dalam minyak ikan ), Kalsium  ( dalam susu ) Dan Magnesium.





5.Akupunture

Pada asasnya, Cara  TCM akupunktur Cina bekerja untuk mendapatkan darah dan qi bergerak lancar dengan rawatan saluran Hati sebagai tumpuan utama .akupunture merawat  laluan saluran Hati ke bahagian alat kelamin dan  organ-organ pembiakan. Jika seorang wanita  itu  "kekurangan darah ," ( panggilah daripada perubatan cina) , akupunktur boleh membantu dalam penukaran sumber badan lain untuk membentuk darah baru. Ini penting kerana kekurangan darah bermakna bahawa tidak ada darah yang cukup untuk darah mengalir dengan lancar dan sama rata kebahagian rahim , menyebabkan kesakitan dan kekejangan otot rahim .





6. Berbekam

Untuk mengurangkan kesakitan akibat sengugut disarankan berbekam pada bahagian belakang badan dan pada betis.. inshaa Allah kesakitan akibat senggugut akan hilang..



 Tidak perlu digunakan semua titik, bergantung kepada tempat sakit pesakit.





7. Senaman

Senaman akan membuatkan anda sihat .Anda boleh membakar lemak dan kalori .Ia akanmencegah kekejangan otot dan sekaligus merangsang  pelepasan horman tahan sakit  yang dikenali sebagai endorpin. Ia tidak akan menghilangkan rasa sakit sepenuhnya tapi ia akan meningkatkan kekuatan psikologi dan keyakinan untuk menghadapi kesakitan . Salah satu sebab utama berlakunya senggugut adalah kerana oksigen tidak mencukupi di bahagian rahim akibat pengecutan pembuluh darah yang membawa darah beroksigen ke bahagian rahim. Dengan senaman , salur darah akan mengembang dan jumlah sel darah merah juga akan meningkat sekaligus akan meningkat oksigen di bahagian rahim.


Sms atau whatsapp kakummu untuk dapatkan

rawatan di 0137033819

Rawatan adalah berdasarkan temujanji sahaja.










Khamis, 30 April 2015

Madu Makanan Kegemaran Ku




Fakta mengagumkan itu bukan sekadar mitos apabila sekumpulan ahli arkeologi yang membuat eksplorasi di makam yang ada di Mesir pernah menemui balang kaca berusia 2,000 tahun yang mengandungi madu dan ia masih berada dalam keadaan baik serta boleh dimakan.

Ia adalah pemanis semula jadi yang berasal daripada aktiviti lebah dan hampir satu juta tan madu dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia.

Menyingkap sejarah madu, dipercayai amalan menyimpan lebah bagi penghasilan madu sudah wujud sejak 20 juta tahun lalu berdasarkan beberapa peristiwa zaman purba yang direkodkan. Antaranya, masyarakat Mesir menjadikan bahan makanan itu sebagai alat pengorbanan dalam upacara keagamaan mereka manakala bangsa Rom pula menyapu madu pada luka mereka.

Namun, harga madu yang terlalu mahal ketika itu menyebabkan ia hanya mampu digunakan golongan kaya dan bangsawan.

Ramai terkejut apabila mendapati bakteria tidak boleh tumbuh dalam madu tetapi komposisi kimia unik iaitu kandungan air yang rendah dengan kadar asid tinggi menyebabkan madu mempunyai bacaan pH antara 3.2 hingga 4.5, sekali gus menyediakan persekitaran negatif bagi pertumbuhan mana-mana jenis mikro organisma.

Sebagai bahan rawatan semula jadi, madu pilihan tepat bagi meningkatkan tenaga fizikal kerana ia adalah sumber semula jadi karbohidrat yang mampu memberi kekuatan serta mengurangkan masalah lemah otot.

Kandungan gula semula jadinya juga mampu memainkan peranan penting dalam mengembalikan semula tenaga yang hilang selepas penat bersenam kerana gulanya diserap pantas. Ini seterusnya memberi tenaga segera sementara kandungan gula fruktosa yang ada di dalam madu pula diserap lebih perlahan, memberikan tenaga berpanjangan.

Oleh itu, sebelum melakukan sebarang senaman contohnya menyertai larian berjalan kaki, pengambilan sesudu madu sudah mampu memberi lebih tenaga yang boleh menyokong aktiviti berkenaan.

Madu juga mampu membina sistem pertahanan badan yang baik selain kandungan antioksidan dan antibakteria yang ada padanya menggalakkan kesihatan sistem penghadaman yang membantu seseorang itu kekal sihat dan kuat untuk melawan penyakit berjangkit.

Walaupun madu bukan ubat kepada barah, ia mempunyai komponen yang mampu memberi perlindungan sewajarnya.

Sejak berkurun lamanya, madu digunakan sebagai ubat semula jadi yang mampu merawat pelbagai masalah kesihatan termasuk jangkitan kulat, masalah kaki atlet dan sakit sendi berikutan ia mempunyai sifat antiseptik yang menghalang pertumbuhan bakteria tertentu dan membantu menjaga luka supaya ia kekal bersih dan bebas daripada jangkitan.

Ia juga boleh digunakan sebagai ubat semula jadi untuk merawat luka dan kulit terbakar kerana ia mampu menyerap kelembapan daripada udara serta menggalakkan penyembuhan.

Sapuan madu pada kulit juga boleh berfungsi sebagai ejen antiradang yang mengurangkan bengkak dan kesakitan termasuk parut.

Sakit tekak dan batuk juga boleh mendapat manfaat daripada madu memandangkan sifat antimikrob yang ada padanya, menenangkan kegatalan serta membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan pada kerongkong.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sukar tidur malam, gabungan susu suam bersama sesudu madu sudah cukup memberi ketenangan pada tubuh, yang akhirnya dapat menggalakkan tubuh mendapat rehat secukupnya.

Madu juga boleh digabungkan dengan beberapa bahan semula jadi lain untuk merawat diri antaranya cuka yang boleh digunakan sebagai rawatan kepada pelbagai masalah kesihatan antaranya membersihkan sistem penghadaman tubuh dan membantu mengurangkan sakit artritis.

Gabungan madu bersama kayu manis pula sudah digunakan sejak berkurun lamanya dalam merawat beberapa masalah seperti mulut berbau dan keguguran rambut yang serius.

Selain itu, campuran madu bersama limau nipis yang diminum ketika perut kosong atau selepas mengambil makanan berminyak, dapat membantu mengawal berat badan serta merendahkan kadar kolesterol kerana ia memecahkan lebihan lemak untuk digunakan sebagai tenaga.

Pemilihan madu bermutu tinggi penting bagi mendapat kebaikan penuh dan ciri yang perlu diberi perhatian penting adalah kandungan air yang rendah.

Ini kerana sekiranya kandungan air di dalam madu melebihi 19 peratus, ia boleh mengalami proses penapaian apabila lebihan air menyebabkan berlaku osmosis yang memaksa pembentukan yis, sekali gus menyebabkannya hilang kesegaran.

Madu yang dikelaskan berkualiti tinggi selalunya mempunyai kandungan air serendah 14 peratus yang menyebabkan harganya lebih mahal di pasaran.

Antara cara untuk mengukur kandungan air dalam madu adalah dengan menterbalikkan balang madu dan perhatikan buih yang bergerak. Buih lebih cepat bergerak di dalam madu yang mempunyai kandungan air lebih banyak.

Satu cara lagi untuk mengesan madu yang berkualiti adalah melalui Hydroxymethylfurfural (HMF) iaitu bahan yang terbentuk apabila madu disimpan lama atau dipanaskan.

Kandungan tinggi HMF boleh memberi petunjuk bahawa madu dipanaskan berlebihan ketika proses ekstrak dan sesetengah negara meletakkan had terhadap jumlah kandungan bahan itu di dalam madu yang diimport.

Paras HMF iaitu lebih daripada 100 mg/kg juga boleh menjadi penunjuk yang madu mungkin dicampur dengan gula lain seperti tebu atau sukrosa.

Selain itu, bagi kebanyakan pengguna, madu berkualiti tinggi perlu kelihatan bersih, jelas dan bebas daripada kekotoran, misalnya madu yang mempunyai kandungan debunga yang sangat tinggi akan kelihatan kusam.

Kehadiran pencemaran yang lain seperti zarah lilin lebah, serpihan kayu dan habuk sudah tentu mencacatkan rupanya dan menyebabkan ia nampak tidak menyelerakan, seterusnya membuatkan ia dikelaskan sebagai kurang berharga.

Madu turut diberikan gred mengikut warnanya sama ada cerah, gelap atau sederhana. Ia sebenarnya tidak memberi banyak makna dari segi kualiti tetapi mempunyai perbezaan rasa berdasarkan jenis bunga pada penghasilan madu itu.

Namun, madu yang mempunyai warna lebih gelap mengandungi kandungan mineral lebih tinggi seperti potassium, sodium, kalium, klorin, sulfur, zat besi, mangan dan magnesium.

Kaedah penyimpanan yang baik juga mampu memberi kelebihan kepada kandungan kebaikan madu supaya ia terus berada pada tahap optimum. Sekiranya ada bahagian madu berubah seakan-akan kristal, ia sebenarnya kerana kandungan airnya tetapi ia masih dalam keadaan baik dan tidak perlu dibuang.

Sebaiknya madu perlu disimpan di tempat kering pada suhu bilik dengan penutup bekas dirapatkan bagi menjaga kualitinya, selain dijauhkan daripada pancaran terik matahari.


 BERMINAT UNTUK DAPATKAN MADU TUALANG HAFIZ 

WHATSAPP ATAU SMS KE UMAR MADU  TUALANG 

01126089816